ISKANDAR panik. Peluh-peluh dinginnyamula keluar di dahinya. Dia lantas menarik brek tangan sebelum berlari keluardari perut kereta untuk melihat apa yang telah terjadi tadi.
Berderau darahnya saat mendapatisekujur tubuh seorang gadis sedang terbaring di hadapan keretanya dengankepalanya yang berdarah. Wajahnya diraup sebelum dia cepat-cepat bertinggungdan memeriksa nadi gadis itu.
“Alhamdulillah. Nasib baik hiduplagi.”
Tanpa membuang masa, tubuh gadisitu dicepung lalu dimasukkan ke dalam perut kereta sebelum kereta Alfa Romeomerah menyala miliknya memecut laju meninggalkan kawasan jalan raya yang sudahlengang itu.