Home Novel Cinta Dia Putera Jasmineku!
Dia Putera Jasmineku!
Nazsuha Faizila
19/9/2018 23:27:10
13,729
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab1(1)

IMANI menujahperut jejaka itu lantas menghentaknya dengan menggunakan siku hingga jejaka ituterlentang di atas lantai. Dia tersenyum sinis melihatkan keadaan jejaka itusemakin layu itu di tangannya.

“Hoi! Anak jantan! Bangunlah!Apsal lembik sangat?!” teriaknya dengan nada sinis sambil selamba memeganghelmet di tangan kirinya. Dia menunduk sedikit, merenung jejaka itu yangterkial-kial bangun. Dalam kesamaran lampu jalan, dia dapat melihat wajah jejakaitu berkerut-kerut menahan sakit.  

“Dasar jantan gila seks!” Sekalilagi penumbuk melayang di wajah tatkala jejaka itu cuba untuk bangun. Terpalingwajah jejaka itu hingga tersembam ke lantai.

“Lain kali kalau dah gatalsangat telur tu, garulah! Bukannya nak tayang-tayang kat perempuan lain!Faham!”

Lalu celah kelangkang jejaka itudisepaknya sekuat hati. Geram betul dia! Biar padan muka dengan jantan tak gunamacam dia ni!

“ARGHHHHHHH!”

Bergema jeritan jejaka berkemejakotak-kotak dengan seluar pendek itu. Nasib baik malam ini tiada pengunjung ditaman bunga ini, kalau tidak mahu jadi kes polis! Senak terasa dia hingga kehujung kepala. Berpeluh-peluh dia dibuatnya.

Imani tersengih. Dia rasa hendakketawa. Lembik betul jejaka ini kalau hendak dibandingkan dengan dia. Kemudian,matanya menyorot ke arah gadis bertudung yang sedang duduk memeluk lutut dibelakangnya.

“Jom, Jah. Kita balik. Dah setel ni,” ajaknya seraya mendekati gadis itu.

Gadis yang masih ketakutan ituperlahan-lahan bangun. Dia cuba mengintai keadaan jejaka itu yang kelihatanparah di matanya. “Teruk kau belasah dia. Kalau mati macam mana?”

Imani tergelak kecil. “Tak payahrisaulah. Tak mati punya. Setakat masuk klinik lepastu MC tiga hari eloklahtu,” bicaranya penuh yakin. “Najah, jom balik. Aku lapar dah ni tak dinner.” Lalu tangan gadis itu ditarik kasar membuatkan Najahterpaksa mengikut.

“Woi pengkid!”

Pantas langkah Imani terhentibegitu juga dengan Najah. Dia menoleh ke arah suara garau itu yang masih lagidalam nada menahan sakit. Tak sedar diri punya jantan!

Korang berdua ni couple ye? Patutlah kau marah sangat aku kacau girlfriend kau tu. Haha! Funny gila!”

Imani terasa telinganyaberdesing tatkala jejaka itu menuturkan kata-katanya. Darahnya sudah mendidihhingga ke kepala. Nafasnya turun naik dengan laju. Najah yang sedar, pantasmemegang lengan Imani dengan kuat. Dia tidak mahu gadis itu bergaduh denganlebih teruk lagi. Bukan dia tidak kenal dengan Imani. Kaki hentak orang dankaki gaduh dalam KL ni. Namun, pantas Imani tepis.

“Aduh, Iman! Iman! Kau nak buatapa tu???!”

Najah mula panik apabila Imanisudah laju meluru ke arah jejaka itu semula sambil membawa helmet di tangankirinya. Dia sudah mengagak akan ada kejadian yang tidak diingini.

“Apa kau cakap aku tadi,SETAN?!” jerkahnya sambil menarik kolar baju jejaka itu hingga terberdirijejaka tersebut. Matanya merenung tajam bagai singa lapar manakala rahangnyapula sekejapan timbul.

Namun, jejaka itu tidak gentar.Malah tenang dia menjawab, “Kau pengkid. Kau pengkid, kan?!”

“JAHANAM!”

“IMAN!”

Dihentak kepala jejaka itusekuat hati dengan helmet. Melayang tubuh jejaka itu dibuatnya hinggaterlanggar pokok. Najah segera berlari mendapatkan Imani. 

“Lain kali jangan panggil aku pengkid! Faham?!”

Helmet lantas dipakai lalu diabersama Najah berlalu dari situ dengan perasaan marah yang masih lagi belumreda. Sementara itu, jejaka itu masih lagi berada di situ. Menahan kesakitanyang amat dahsyat. 

Previous: Prolog
Next: Bab1(2)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.