Home Novel Cinta Dia Putera Jasmineku!
Dia Putera Jasmineku!
Nazsuha Faizila
19/9/2018 23:27:10
13,732
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab3(1)

TING!

Telefon pintarnya berbunyimenandakan mesej WhatsApps masuk. Imani pantas membaca mesej tersebut yangdikirim oleh Izhan.

Saya ada kat luar rumah awak J. Tolong keluar sekejap

“Hish! Budak tu nak apa pulak?”gerutunya sambil berdecit. Dia mengintai di balik langsir. Kelihatan seorangjejaka sedang duduk di atas motosikal di hadapan rumahnya. Lantas keluhan kecilkedengaran sambil dia menarik semula langsir itu. Serabutnya!

Kemudian, kedengaran pintuhadapan terkuak serentak itu suara seorang gadis kedengaran.

“Iman, Han tu datang nak jumpakau. Kesian kat budak tu lama tunggu kau. Pergilah jumpa dia cepat.”

Dengan malas Imani pun menghayunlangkah. Dia yang hanya berseluar pendek tiga suku dan t-shirt buruk itu keluarmenyarung selipar sebelum melangkah mendekati jejaka yang perlahan-lahanmengukir senyum itu.

“Hai, awak,” sapa Izhan sambiltersenyum. Panjang senyumannya. Walaupun penampilan Imani selekeh namun, bolehbuat hati jejakanya bergetar saat melihat wajah masam mencuka gadis itu.Baginya, wajah masam dan tanpa senyum Imani itulah yang membuatkan dia terpikatsejak pertama kali mereka bertemu di restoran makanan segera itu.

Imani meraup wajahnya. “Kau buatapa datang sini malam-malam buta macam ni?” Dahinya berkerut sambil diaberpeluk tubuh. “Tak malu ke jiran tengok?” sambungnya lagi dengan nada serius.

Wajah jejaka belasan tahun ituditenungnya. Walaupun hanya diterangi sinaran lampu jalan, jelas kelihatan riakwajah gembiranya. Entah apa Izhan suka pada dirinya, dia sendiri tidak faham.Beria-ia betul jejaka lepasan sekolah ini mahu menjadikan dirinya sebagaikekasih hati. Padahal dia bukannya cantik seperti perempuan lain di luar sana.

“Nah, dinner!” Izhan polisteren makanan kepada Imani sambil tayangsengih yang panjang.

“Aku tak mintak kau belikanpun.”

“Saja. Anggaplah saya belanja awakdinner harini. Saya tahu, awak belum makan lagi.”

Imani kemudian menilikpenampilan Izhan yang berseluar jeans dan mengenakan kemeja bercorakitu. Nampak kemas penampilan jejaka muda ini. Rambutnya, tidak dapat dilihatmemandangkan topi keledar masih tersarung di kepala.

“Kau dari mana? Pakai smart macam ni siap belikan aku dinner lagi. Kau ada buat salah kedengan aku?” soalnya sengaja menduga.

Selalu lelaki yang bersalahmesti akan berbuat baik secara tiba-tiba. Sejujurnya, dia bukanlah kisah sangatkalau Izhan mahu mencurangi dirinya. Malahan, dia berdoa agar Izhan bertemudengan gadis lain supaya hubungan mereka yang bagi dia merimaskan ini bolehputus.

“Kenapa tanya?” soal Izhankembali.

“Saja,” balas Imani serayamengalihkan pandangan ke kereta kancil putih yang memarkir di hadapan rumahnya.Tiga saat kemudian, keluar Wani daripada perut kereta tersebut.

“Kalau saya kata saya keluardengan perempuan lain, awak cemburu?”

Imani pantas tersenyum herot.“Baguslah. Cepat sikit kita break up dan kau boleh kapel dengan perempuan tu.”

“Ha? Awak tak sayang saya?” soalIzhan sedikit cuak. Riak wajahnya pantas sahaja berubah.

Wani dan Najah sedang mengintaimereka dari dalam di balik langsir. Terkekek-kekek mereka gelakkan pasanganburung gagak itu.

“Kau rasa?” Imani angkatkedua-dua belah bahunya. “Takkan kau tak penat dengan relay macam ni? Kau sorang je yang bagi effort, padahal aku tak pernah sekali pun bagi effort untuk kau. Kau tak nampak semua tu, Han?”

Izhan diam. Tunduk. Polisterenmakanan itu diletakkan kembali ke dalam raga motosikalnya.

“Aku tak nak kau buang masa kau kapel dengan aku, Han. Kau…”

“Bukan masa yang tepat untukkita cakap soal ini, Iman. Saya sayangkan awak,” potong Izhan pantasmenyebabkan Imani mengeluh lemah. “Saya akan bertahan walaupun saya tahuperasaan awak pada saya.”

“Suka… suka hati kaulah, Han.”Lantas Imani memusingkan tubuhnya dan ingin berlalu dari situ.

“Iman!”

Langkah Imani terhenti. Diatoleh ke belakang sedikit dan kelihatan Izhan yang masih lagi bertenggek diatas motosikal itu sedang menghulurkan polisteren makanan itu kepadanya.

“Mee goreng mamak feveret awak. By the way, jangan risau. Saya tak keluarpun dengan mana-mana perempuan tadi. Saya pakai macam ni sebab nak jumpa awakje.”

Thanks, Han.”

Orang tau kata, rezeki janganditolak, musuh jangan dicari. Polisteren makanan itu bertukar tangan dan belumpun sempat Imani memusingkan tubuhnya, Izhan terlebih dahulu menyentuh lengangadis itu.

“Nanti.”

“Kenapa?”

Pandangan mata Izhan tumpah ketepi bibir Imani yang kelihatan membengkak dan sudah bertukar warna itu.Dahinya pantas berkerut.

“Lebam awak tu macam teruk jedari pagi tadi. Risaulah saya. Jom, saya hantar awak pergi klinik.”

Imani menyentuh lebam tersebut.Bukan dia tidak biasa dengan perkara sebigini. Ini lebam kecil jika hendakdibandingkan dahulu.

“Tak payah. Sikit je. Janganrisau. Aku pernah kena lebih teruk daripada ni,” tolaknya, sopan.

“Tak. Saya cuma risau je takutawak…”

“Boleh tak jangan jadi boyfriend tipikal?! Aku tahulah jaga diri aku! Aku bukannyalembik macam perempuan-perempuan lain kat luar sana! Huh!” ujar Imani, kasar.Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia berangin. Terus dia masuk ke dalam rumahdengan langkah yang deras meninggalkan Izhan yang terkebil-kebol tanpa sebarangucapan selamat tinggal. 

Previous: Bab2(2)
Next: Bab3(2)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.