Home Novel Cinta Soulmate Hingga ke Syurga
Soulmate Hingga ke Syurga
putreekiwi
3/11/2017 23:35:39
14,798
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
1

Selesai mesyuarat tengah hari itu, aku cepat-cepat ke meja. Habislah…habislah.  Jam di tangan sudah lepas pukul 1. Tiba di meja, aku menggagau telefon bimbit dari dalam laci.


“Ara, sorrylah, akak silentkan phone Ara tadi. Banyak kali bunyi. Singa betina tu dah jelling-jeling semacam.” Belum pun sempat aku memeriksa panggilan, kak Nija bersuara di belakangku, separuh berbisik. Dia kemudiannya menepuk bahuku sebelum berlalu.


Adoiiii…48 miscalled. Habislah aku. Satu buku teks penuh alasan pun mesti tidak akan jalan. Aku meletakkan fail ke atas meja dan mencapai purse. Janji untuk pergi mencuba baju untuk majlis pertunanganku hujung tahun nanti mula terngiang dalam fikiran. Aku sudah satu jam lewat!


“Sara Aisya!”


Dalam kelam-kabut menuju ke lif, namaku dilaung. Encik Nuqman menggamitku dari depan bilik mesyuarat. “Jom, join kitorang lunch?” Ajaknya, merujuk ‘kitorang’ itu kepada beberapa orang kontraktor utama yang tadinya sama-sama bermesyuarat.


“Aaaaa…tak kot. Dah ada janji.” Serba-salah aku beralasan. Encik Nuqman mengangkat kening.


“Dengan Harith?” Aku angguk lambat-lambat. “Baik pergi cepat…” balas Encik Nuqman gelak-gelak. Pasti dia teringat peristiwa ketika aku baru mula berkerja di syarikat ini.

 

*****


Petang itu aku turun lewat tiga puluh minit buat kali pertamanya selepas 3 minggu berkerja. Aku berjalan beriringan dengan Encik Nuqman sambil berbicang tentang sedikit masalah berkaitan perpaipan.


Sampai di lobi, tiba-tiba Harith datang menerkam dan menumbuk Encik Nuqman. Lelaki gila! Cemburu tidak bertempat. Kecoh sekejap dibuatnya. Pengawal keselamatan datang masuk campur. Puas aku terjerit-jerit menerangkan yang Encik Nuqman itu adalah ketuaku namun Harith tetap melepaskan baran. Nasib baiklah ada yang mengugut untuk menelefon polis. Harith diseret keluar dari bangunan manakala aku tidak putus-putus memohon maaf bagi pihak dia.


Malunya aku, Allah sahaja yang tahu. Kecoh satu bangunan yang teman lelaki Sara Aisya bertumbuk dengan Encik Nuqman. Berminggu juga aku tak turun ke kantin. Juga mengelak daripada bertembung dengan Encik Nuqman yang lebam sebelah mata. Kasihan dia!



*****

 

Getar telefon bimbit mematikan cerita sembilan bulan lepas. Harith. Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum menekan simbol terima panggilan.


“Kat mana ni? Janji pukul berapa? Ni dah pukul berapa? Kenapa tak jawab call?” Itu dia, bertalu soalan bernada tinggi singgah ke telingaku.


“Orang ada meeting la…ni baru habis-“ talian pun putus sebaik sahaja pintu lif tertutup. Ah, pasti bertambah peratus marahnya nanti.


Salah aku juga. Sepatutnya aku tidak perlu terlibat dalam mesyuarat sebentar tadi.Tapi entah mengapa, gatal betul tangan ketika itu hendak menghantar fail di meja depan bilik mesyuarat. Dan ketika itulah Encik Nuqman menangkap wajahku dan memanggil aku masuk.


Sejurus tiba di tingkat bawah, aku terus menghubungi dia.


“Apa masalah awak ni? Suka-suka aje nak putuskan call. Ingat saya ni apa?” Harith menyambung jeritannya. Aku cuba mengawal rasa. Dia sedang menjadi api, biarlah aku tidak menjadi minyaknya.


“Dalam lif tadi.” Balasku, tertahan-tahan.


“Ada aje kan alasan? Dah, cepatlah sikit. Saya dah keluar dari depan ofis. Saya tunggu kat bawah jambatan dekat sekolah Cina tu.” Arahnya dan terus memutuskan talian.


Aku mengumam dalam hati. Jauhnya. ‘Bawah jambatan dekat sekolah Cina’ itu bermaksud aku terpaksa menyeberang jalan dan kemudiannya memanjat jejantas. Dengan perut berkeroncong berdondang-sayang kerana hanya diisi 2 keping roti bakar pukul 7,30 pagi tadi, tiba-tiba jejantas itu terasa amat tinggi untuk kudaki.


Skrettttttccchhhhhhhhh…diiringi bunyi hon yang agak panjang.


Dan “Arghhhhhhhhhhhhhh!!!!”   


Sedar-sedar aku sudah terduduk di atas tar. Pandanganku terasa sedikit berpinar dan jantungku dipalu rasa panik.


“You tak apa-apa ka?” Seorang wanita agak berusia turun dari kereta menghampiriku. Mukanya kelihatan sangat cemas.


Aku jadi kaku. Rasa debar yang mengoncang dada membuatkan aku hilang kata-kata.


“Miss, you ok ka?” Dia bertanya lagi. Kali ini dia cuba untuk memapah aku berdiri.


“Adoiiiiii…” aku terjelepuk semula ke atas tar sambil memegang pergelangan kaki. Ketika ini tubir mataku mula diisi air hangat. Rasa sakit datang menggantikan rasa-rasa yang lain.


“Your leg injured ka?” Wanita itu terus mengasakku dengan soalan. Aku cuma mengangguk. “I kena alih you letak tepi. Ada kereta mahu lalu belakang kereta saya.” Aku fikir itu agak mustahil kerana aku sendiri tidak mampu bangun tanpa bantuan dan wanita itu pula sudah berusia untuk membantu aku.


“Biar saya tolong…” satu tangan mendorong tubuhku, menolong aku yang terhinjut-hinjut memindahkan diri ke kaki lima. Wanita tersebut cepat-cepat mengalihkan kereta ke tepi. Ketika itu aku sudah mula dikerumuni.


“Kaki kanan ke kiri? Bahagian mana?” Aku terdongak mendengarkan suara itu. Suara manusia yang telah membantuku. Seorang lelaki, masih dengan helmet tersarung di kepalanya.


“Kiri. Kat pergelangan kaki…” aku jawab – lebih pada mengadu,  walaupun wajahnya gagal kulihat dalam samar full face’nya.


“Sorry…sorry. Saya tak nampak you lintas. You mau pergi hospital? Saya boleh hantar.”


Jawapanku terbantut disapa telefon bimbitku yang berbunyi nyaring. Aku tahu siapa di sebelah sana. Aku tahu juga yang tahap sabar dia juga sudah jatuh sifar peratus. Tiba-tiba aku jadi takut. Baran lelaki yang seorang ini boleh jadi sekecil api, boleh juga jadi sekuat taufan.


“Kat mana?” Sergahnya tanpa memberi salam dan memberi peluang untuk aku bercakap. Aku, walaupun tahu akan dimarahi begitu, tetap juga dihambat sebak. Di luar sedar, air mataku mula mengalir.


“Saya accident, wak. Kena langgar-“


“Alahhhhhhh…macam-macam la awak ni. Careless sangat la. Adoiiiii…”


Aku mengetap bibir, cuba menahan tangis yang semakin berat. Lelaki di sebelahku bingkas, seakan memahami dan memberi ruang. Wanita yang melanggarku tadi pula sedang sibuk membuat panggilan.


“Awak datang sini boleh? Jalan depan ofis.”


“Alahh…kena pusing balik la pulak. Menyusahkan betul la. Tunggu la situ!” Tanpa menghiraukan perasaanku, dia memutuskan lagi talian, meninggalkan aku menelan setiap patah katanya yang merobek hati. Tidak pentingkah aku di sisi? Bebankah aku?


“Nah,” sehelai key terhulur di depan mukaku. Aku terdongak dan lelaki tadi sedang berdiri separuh bongkok di depanku. Aku capai key tersebut teragak-agak. “Baru guna hari ni. Tak pakai pun lagi. Bersih.” Terangnya tanpa aku minta. “Tu, tapak tangan awak berdarah.”


Aku memandang tapak tangan kananku yang aku gunakan untuk menahan tubuh dari terlentang sebentar tadi. Ada darah di situ. Ketika itulah baru denyutnya sampai. Aku tekap key tersebut ke atas lukaku.


“Saya minta maaf, saya risau, anak sama suami masuk hospital. Accident jugak. Kalau you mahu pergi hospital, saya boleh bawa sekali. Nanti semua saya bayar.” Wanita berusia tersebut sudah kembali ke sisiku, menerangkan situasi dengan panjang lebar.


Aku tidak mahu meletakkan kesalahan itu bulat-bulat ke bahunya kerana aku rasa kelalaian itu juga ada di pihakku. Aku melintas tanpa memerhati kenderaan yang datang dengan isi kepala yang serabut dan menerawang.


“Takpe-takpe aunty…saya punya kawan sudah on the way. Nanti dia boleh bawak. Thank you. Aunty pergilah tengok family aunty.”


“Thank you…thank you…you banyak baik. Hopefully you tak ada apa-apa yang serious. This is my number. Anything you just call me. Boleh claim itu clinic punya bill.”


Dan wanita itupun berlalu. Aku tidak mahu menahan dia lebih lama di sini sedangkan ada urusan yang lebih menuntut perhatiannya.


Aku membelek siku yang mula terasa perit. Kemejaku koyak di situ. Pasti ada calar di kulit. Mungkin ada luka juga. Dalam tidak sedar, lelaki berhelmet tadi duduk bertinggung di tepiku.


“Ok ke? Nak saya tahankan teksi pergi klinik?” Aku geleng cepat-cepat.


Ketika itu kereta Harith berdecit berhenti di depanku. Dia cuma menjengukkan kepala melalui tingkap tanpa turun melihat keadaanku. Ada telefon bimbit di tangannya dan tahulah aku yang dia sedang dalam panggilan.


“Masuklah cepat! Saya ada hal lain lagi ni!” Jeritnya, membuat wajahku terasa sangat-sangat tebal. Aku cuba untuk berdiri tetapi gagal.


“Saya tolong?” Lelaki berhelmet tadi terus menawarkan pertolongan. Aku yang sememangnya tidak mampu untuk bangun sendiri hanya menganguk. Dialah yang membukakan pintu dan mendudukkan aku ke kerusi. Aku jeling Harith di sisi, bimbang angin cemburu butanya tiba-tiba datang menyinggah tetapi dia nampaknya sedang tenggelam dalam panggilan yang serius.


“Kawan awak?” Soal lelaki  tersebut, berbisik sambil mengenakan tali pinggang keledarku.


“Tak, bakal tunang saya.” Entah mengapa, selancar itu aku mengaku – juga berbisik. Lelaki ini sudah tidak terasa asing bagiku. “Eh, nah, tuala awak –“


“Simpanlah, pulangkan bila kita jumpa lagi.” Buntang mataku mendengarkan balasannya. “Kalau macam ni cara dia layan awak, mungkin dia bukan jodoh awak. Biar saya aje yang ganti tempat dia.”


Aku tidak nampak reaksi mukanya tapi reaksi mukaku memang terkejut. Mulutku sedikit terbuka mendengarkan kata-katanya yang kedengaran sangat selamba. Dengan itu, dia menutup pintu kereta. Harith serentak itu juga menamatkan panggilan telefonnya. Sambil mulutnya mula marah-marah, mengomel tidak tentu depan belakang, dia melepaskan hand-break. Perlahan kereta mula bergerak, meninggalkan lelaki berhelmet itu ke belakang, jauh dan semakin jauh tetapi ayat-ayatnya terus dekat di hatiku.


Dan ketika itulah baru aku perasan, betapa kurang asamnya manusia di sebelahku ini kerana dia langsung tidak berterima kasih kepada orang yang telah membantuku!




Previous: Prolog
Next: 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.