Home Novel Cinta Soulmate Hingga ke Syurga
Soulmate Hingga ke Syurga
putreekiwi
3/11/2017 23:35:39
14,793
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
11


Pagi itu selepas mandi dan solat, aku termenung di depan cermin. Aku belek-belek bahagian bawah leherku yang kelihatan kebiruan, kemudiannya ke lengan yang makin jelas lebamnya. Aduh Harith, cop mohor yang bulan lepas baru sahaja hilang, dia sudah menepek cop mohor baru. Dia ingat tubuhku ini pasport agaknya. Boleh dicop sesuka hati.

                

Silap aku juga. Aku yang tidak tahu melawan. Mungkin betul kata kak Nija, sudah sampai masanya aku menuntut ilmu mempertahankan diri. Sekurang-kurangnya belajar cara untuk menendang bahagian sulitnya dengan cara paling tepat.

                

Hampir satu jam merenung biasanku di cermin, aku memutuskan untuk turun mencari abah. Aku perlu berbincang dengannya. Aku sudah tidak mahu untuk meneruskan. Tetapi banyak hati perlu kujaga. Jika mengingatkan Harith, redha sahaja aku untuk menamatkan semuanya. Mungkin berkongsi rasa dengan abah boleh membantu aku membuat keputusan. Dengan itu, aku melepaskan ikatan rambut, membiarkan ianya jatuh menutupi leherku dan menukar t-shirt lengan pendekku dengan kemeja lengan panjang.

               

 Aku menemukan abah di meja makan, sendirian. Ada beberapa plastik ubat di depannya.

                

“Abah tak sihat ke?” Abah terdongak. Ada senyum di wajahnya.

                

“Dah tua…macam ni lah.” Aku sambut ucapan abah dengan rasa berbaur. Di bawah meja, aku lepaskan semula lengan kemeja yang telah aku lipat ke suku tangan.

                

“Ubat apa ni, abah? Banyaknya…” soalku, dalam diam merasa ralat kerana kurang ambil berat tentang dia.

                

“Doktor naikkan dos ubat darah tinggi abah. Lepas tu tambah ubat kolestrol. Haiiii…lepas ni banyak la kena pantang.” Aku sambut gelak abah dengan senyum tawar.


Nampaknya ini bukan masa yang sesuai untuk aku berkongsi masalahku. Biarkanlah kutanggung sendiri.

                

“Jom, Ara, minum dengan dengan abah. Ibu kamu pagi-pagi lagi dah hilang, keluar dengan si Lala.” Kasihan abah! Dalam cubaan menahan tangis, aku cedokkan juga mee goreng ke pinggannya. Ya, Allah, berikanlah segala yang baik-baik untuk abah!

 

*****

 

“Habis tu, memang tak nak report polis la ni?” Aku memandang kosong ke arah kak Nija yang bercekak pinggang di hadapanku. “Bagitau family tidak, report pun tak nak, nanti kalau dia buat macam tu lagi macam mana?” Soalnya lagi, sungguh-sungguh. Aku tahu dia cuma meluahkan keprihatinannya tetapi apabila didesak-desak begitu, aku jadi semakin serabut.

                

“Abah Ara tak sihat la kak. Kalau buat report pun nanti, abah tau jugak.” Balasku akhirnya, perlahan.


Saat itu aku terfikir, alangkah baiknya kalau aku punya ibu seperti orang lain. Yang boleh jadi tempat mengadu dan berkongsi masalah. Jadi aku tidak perlu membebankan abah setiap masa. Ini pun mujur ada kak Nija dan Wana yang selalu sudi menjadi kaunselor tidak rasmiku.


“Bahayalah, kak Ara. Wana takut, nanti-nanti dia buat lagi. Takut lepas ni, dia buat lagi teruk, hah…macam mana?”


“Hah, akak ada idea…” aku dan Wana sama-sama terpaling ke arah kak Nija. Wajahnya nampak serius. “Ara upah bodyguard.” Terangkat keningku mendengarkan idea kak Nija.


“Gaji Ara tiap-tiap bulan pun lepas untuk hidup je, kak. Ni nak pasang bodyguard? Akak nak belanja ye?” Aku tahu dia mengusik, cuba untuk menghiburkan aku.


“Bodyguard free kan ada. Kalau Ara seru, anytime dia muncul.”


“Siapa?” Belum sempat aku membuka mulut, Wana sudah bertanya terlebih dahulu.


“Abang Jampi!”.


“Abang Jampi jadi bodyguard? Badan dia punya halus, tak payah tunggu orang pukul, angin tiup pun Ara takut dia boleh terbang.” Dan kami sama-sama ketawa.


“Pasunglah. Ikat dia kuat-kuat!“ Aku tersentuh dengan ayat itu.


Kalaulah boleh, memang ingin aku mengikatnya, bukan dengan tali, tetapi dengan hati!


Perbualan kami terhenti apabila Alvin menghampiri. Dia bertanyakan sesuatu kepada Wana.


“Alaaaa…Encik Nuqman suruh masuk meeting laaa. Nanti kita sambung eh?” Sempat lagi anak dara dua puluh tahun itu meninggal pesan sebelum melangkah ke bilik mesyuarat dengan beberapa fail di tangan.


Aku ambil kesempatan ini untuk berbincang lebih serius dengan kak Nija. Bukannya aku tidak mahu berkongsi dengan Wana, tetapi aku belum betul-betul serapat itu dengannya.


“Kak Nija…” terlanjur timbul cerita Abang Jampi, aku terfikir untuk bertanya tentang sesuatu. “Kenapa akak suruh Abang Jampi jemput Ara hari tu? Macam mana akak ada nombor dia? Lepas tu kan…aaaa…akak ke yang bagi nombor Ara kat dia?”


Kak Nija tersengih mendengarkan soalan-soalanku. Dia menarik kerusi dan duduk rapat kepadaku.


“Ara marah ek? Sorry la, akak betul-betul risau hari tu. Tak boleh nak fikir apa dah.” Laju dia memberi alasan. “Yang pasal nombor Ara tu – “ dia menggigit hujung jari. Aku tahu yang tekaan aku betul. “Sorry…janganlah marah.”


“Dia mintak  bila kat akak?” Aku tetap mahu tahu.


“Lama dah. Mula-mula tu memang akak tak nak bagi, tapi Ara tau la kan, dia punya jampi tu macam mana.” Tersungging senyumku. Abang Jampi yang seorang ini memang pakar menjampi! “Ara marah ke? Akak tengok dia tu betul-betul nak kawan dengan Ara. Bersungguh. Tu yang akak bagi jugak tu.”


Dia bersungguh mahu kawan denganku! Aku sendiri pun sudah tidak pasti di mana letaknya dia di dalam hatiku. Sudah mendapat lot tersendirikah, atau masih tercari-cari ruang. Si Abang Jampi ini memang mencuri perhatianku bermula daripada pandang pertama. Selama ini cuma aku yang buat tidak tahu.


Kak Nija masih dengan muka sedih, menantikan aku meluahkan sesuatu. Geram pula aku melihatkan dia begitu, tetapi tidak termarah apabila mengenangkan persahabatan yang telah terjalin sejak dari zaman universiti lagi. Kak Nija merupakan senior sebilikku di kolej.


“Boleh dimaafkan, dengan syarat - belanja makan meatballs Ikea.” Kak Nija melepas nafas.


“Ara punya pasal, anytime!”



Previous: 10
Next: 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.