Home Novel Cinta ~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
usakoprincessz
15/5/2019 14:58:06
5,026
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16


     Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku merebahkan diri ke atas katil milik Das. Das sudah lama lena dibuai mimpi seusai solat isyak tadi. Aku masih belum tidur memikirkan strategi penjualan perfumes itu. Fikiranku juga sempat menerjah ke arah kata-kata Encik Kacak petang tadi. Dia salah faham denganku. Aku bukan ketawakan dia yang tak pandai makan burger tu. Lang Merah lah ni! Kalau kau tak buat lawak antarabangsa tadi, tak mungkin aku tiba-tiba macam orang gila tergelak macamtu tadi. Tiadalah jiwa yang sensitif kan. Telefon ku berdering menandakan ada mesej masuk. Lang Merah! Panjang pun umur kau.

     'Salam. Kat mana tu? Sejuklah kat luar malam ni. Angin kuat, hujan lagi. Awak make sure pakai baju sejuk tau' Padan muka kau, siapa suruh kau duduk kat luar? Aku tergelak

     'Wassalam. Sejukke? Kesian awak.. Saya tak pakai pun baju sejuk. Awak tu yang kena pakai. Baru panas..hehe' aku membalasnya.

     'Awak jangan mengada. Demam nanti. Saya ada yang tebal ni. Nak tak? Awak kat mana? Sejuk sangat ni' sejuk..sejuk.. Berapa kali nak ulang benda sama entah. Aku menyelak jendela tingkap bilik Das. Memang Seremban dilanda hujan pada malam ini. Tapi, dia duduk di Serembanke? Aku mula mengingatkan kembali akan perbualan yang pernah terjadi antara aku dengannya melalui Yahoo Messenger dulu. Setahu aku, dia tinggal di Kluang, Johor. Bekerja sebagai technichian kilang di sana. Agaknya di sana turut dilanda gerimis begini seperti yang terjadi di Seremban ini.

     'Siapa suruh main hujan. Sebabtulah sejuk. Saya tak nak baju sejuk awak. Saya kan mamalia berdarah panas..hehe' aku membalas lagi.

     'Bukan main hujanlah. Duduk sini ja. Awak kat mana tu?' suka ulang benda sama.. Dah macam lagu.. awak.. awak.. awak.. kat mana..

     'Saya kat rumah. Landing atas katil. Awak buat apa kat luar. Dah tahu sejuk janganlah keluar' ujarku lagi padanya.

     'Rumah? Awak ada kat rumah? Awak belum keluar? Sekarang pukul berapa?' Lang Merah bertanya lagi. Eh, ingat aku perempuan yang suka hangout malam-malam tu ke? Sosial betul Lang merah ni. Ingat semua orang macam dia ke, suka keluar rumah malam-malam. Engkau silap. Aku ni perempuan Melayu terakhir tau.

     'Yalah kat rumah. Pukul 10 lebih dah. Nak buat apa keluar? Saya tak suka keluar rumah malam-malam buta ni' aku membalas panjang pertanyaan yang tak masuk akal oleh Lang Merah tadi. Lama juga aku tunggu, tapi mesej ku tidak berbalas. Hehe.. Penat melayan kot. Entah apa-apa lah si Lang Merah ni. Dah sejuk nak membising pula dia. Sibuk nak bagi baju sejuk tebal dia kat aku. Macamlah ada di sebelah aku. Aku kembali merebahkan badan di katil. Das yang nyenyak tidur langsung tidak terkesan dengan pergerakan ku itu. Penat sangat mungkin. Jauh juga dia memandu sebentar tadi. Apa yang harus aku lakukan esok ya? Esok hari sabtu. Aku sepatutnya sudah mula menjual perfumes-perfumes tersebut. Seperti yang telah dimaklumkan oleh Encik Shark sewaktu menyerahkan tester-tester perfumes tersebut, komisen akan dikreditkan ke akaun peribadiku setiap kali perfumes itu terjual. RM5 untuk satu unit perfumes yang terjual. Sekiranya aku berjaya menjual sebanyak seribu unit perfumes dalam satu hari, bererti Rm5000 aku berjaya kumpulkan. Aku hanya memerlukan RM2000 lagi untuk menjelaskan ganti rugi Datin Anita, manakala RM2000 lagi untuk membayar duit yang aku pinjam dari Das. Kalaulah aku berjaya menjual kesemua 10 000 unit perfumes, bolehlah aku membantu adikku yang kehilangan duit yang dipinjamkan oleh bakal tunangnya itu. Rindu pula untuk menatap wajah mak. Sepatutnya malam ini aku dah sampai ke kampung. Dapat berbicara dengan ibuku, setelah hampir sebulan tidak bersua. Rindu. Mataku masih belum mahu terlelap lagi. Aku memandang ke arah skrin Nokia C3 ku. Tak ada pula pesanan datang dari Lang Merah ketika aku dilanda kebosanan begini. Hm... Apa salahnya kalau aku yang memulakannya kan..

     'Hai, awak. Dah balik rumah ke tu? Tu lah, lain kali dengar nasihat mak. Jangan keluar tengah malam' ujarku dengan nada mengusik. Tak lama kemudian pesanan dari Lang Merah menembusi talian telefonku.

     'Mak pun tak ajar berbohong dengan orang lain! Bukan setakat tak bagi keluar rumah ja!' aku membaca setiap patah yang keluar dari mesej Lang Merah itu. Amboi, siap dengan tanda seru lagi! Dah kenapa emosi sangat ni? Macam orang nak datang bulan ja.

     'Kenapa emosi ni? Cool man. Baru lah macho. Marah-marah ni, nanti awek lari baru tau..hehe' balasku masih mengusik.

     'Lelaki pun ada perasaan gak. Pandai juga rasa sedih. Ingat perempuan saja ke nak difahami' pulak! Berfalsafah pula mamat technician ni.

     'Awak ni jenis lelaki sensitif ya? Saya pun ada sorang kawan yang macamtu. ' ujarku lagi apabila Lang Merah seolah-olah mempamerkan riak perasaan lelaki yang sedang terluka.

     'Siapa? Apa yang dia buat?' tanya lelaki itu pendek. Ingatanku terarah akan peristiwa di Restoran KFC tadi. Encik Kacak. Aku mula menceritakan perihal Encik Kacak itu kepada Lang Merah. Kelihatan dia seolah-olah berpihak kepada Encik Kacak. Eleh, mestilah dia nak menangkan sebelah lelaki. Aku mengejek di dalam hati.

     'Kenapa lak saya yang salah? Dia lah yang sensitif tak bertempat. Awak punya pasallah juga. Ketiak ayamlah...Hahaha' aku masih mempertahankan diri. Tak puas hati dengan pendapat Lang Merah yang masih mengatakan aku yang bersalah.

     'Hehe... kan bagus kalau awak terangkan macamtu pada dia. Tak adalah dia salah faham yang awak mentertawakan dia' akhirnya dia beralah. Tu lah, bukan salah aku kan. Memang sepatutnya dia berpihak pada aku.

     'Tapi, muka dia masa tu kelat macam peria tau...hahahha. Buruk benar lelaki kalau merajukkan..' aku sengaja memancing emosi lelakinya. Pernyataan lelaki sengaja aku umumkan supaya turut terkena padanya.

     'Amboi, sedap mengata muka orang. Tapi, awak pernah tengok tak muka perempuan kalau dia terjatuh atau tersadung? Lagi dahsyat tau. Tak tahu nak bandingkan dengan buah apa...hehe' lelaki itu kemudiannya membalas. Cis, dia mengata perempuan pulak. Tambahan pula, akulah antara mangsa yang pernah jatuh longkang malah pernah juga mencium jalan raya. Kurang asam. Terasa pula aku.

     'Awak belum ngantuk lagike?' lelaki itu menghantar pesanannya apabila aku lama tidak membalas pesanan darinya tadi.

     'Belum. Mata tak dapat lelap. Banyak masalah negara' ujarku. Memang tak boleh nak tidur pun. Asyik duk fikir bagaimana nak jual perfumes tu supaya laku.

     'Masalah apa? Kongsilah sini. Mana tau saya boleh bantu' Dia boleh bantu? Bantu macam mana? Tapi, kalau aku recommend perfumes aku ni pada dia. Agak-agak dia nak beli tak? Kotlah dia nak bagi hadiah dekat kawan-kawan kilang dia ataupun menjual pada kawan-kawannya.

     'Awak suka perfumes tak? Saya jual perfumes. Bau dia best tau. Awak minat nak beli perfumes tak?' aku mula bertanya padanya.

     'Awak jual perfumes? Tak ada pula awak ceritakan sebelum ini tentang tu' lelaki itu membalas. Hm.. Tak salah kalau aku bercerita padanya. Dia bukan kenal aku pun. Aku mula meceritakan bahawa aku mendapat tawaran istimewa untuk menjual 10000 unit perfumes. Kebetulan aku juga perlukan sejumlah duit untuk melunaskan ganti rugi dengan seseorang.

     'Jadi, awak jual perfumes sebab nak dapatkan duit tu untuk bayar duit ganti rugi? Bukan sebab bau perfumes tu best?' tanya Lang Merah lagi. Alamak, tertangkap sudah tujuan sebenar. Aku terlalu lurus untuk menceritakan perkara ini padanya. Ah, tidak mengapalah. Bukan pada siapa pun. Hanya rakan 'chatting' ku ini sahaja.

     'Hehe...nampaknya macam tulah. Tapi, bau dia best. Awak nak cuba tak?' tanyaku lagi. Agak-agak dia nak cuba tak ya.

     'Tengoklah nanti. Saya mengantuk dah ni. Nak demam pun ada ni. Sejuk sangat kat luar tadi,' ujarnya lagi. Aku mendongak ke arah jam. Jam telah menunjukkan angka 12.30. Memang aku harus tidur juga.

     'Yalah. Lewat sangat dah ni. Saya pun nak tidur dah ni. Selamat malam' aku menyudahkan mesejku dengan ucapan salam.

     'Selamat malam. Tidur lena ya. Sayang awak sangat. Bye. Assalamualaikum' lelaki itu membalas kemudiannya. Sayang sangat? Huii... macam orang bercinta pulak. Ah..lelaki. Kau ingat senang nak mainkan perasaan perempuan macam aku.

     'Waalaikumussalam. Tak payah nak sayang sangatlah.' aku sertakan sekali emoji menjelirkan lidah padanya. Kemudian, laju sekali balasannya.

     'Mmmuaah... sayang sikit' lucah betul lelaki ni. Makin dilayan makin menjadi-jadi. Aku menutup telefon bimbitku itu dengan menekan-nekan pada papan kekuncinya. Sudahlah, jangan dilayan mesej lelaki yang sudah merapu itu. Lampu bilik ku tutup. Aku harus bangun awal keesokan harinya.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh usakoprincessz