Home Novel Cinta ~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
usakoprincessz
15/5/2019 14:58:06
16,519
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3


"I'm not the other guy, don't ever wanna lie to you baby..." suara Nick Carter kedengaran nyaring di dalam beg tangan ku menandakan ada pesanan masuk ke peti mesej Nokia C3 ku. Aku menarik telefonku itu seraya menghentikan penjelajahanku di wilayah jalur lebar menerusi komputer riba Asusku. Slot pada petang ini hanyalah perbincangan untuk melaksanakan tugasan yang telah diberikan pada slot yang disampaikan sebelum ini. Setiap peserta perlu menghasilkan blog utuk memasarkan produk secara online. Lantas ku buka pesanan mesej itu. Tertera nama adikku, Fifi. Aku mula berteka-teki, apa lagi yang dimahukan oleh adikku ini.

'Salam, Kak Teh, pada pendapat akak warna apa yang sesuai untuk pertunangan Fifi nanti? Warna hijau cantik tak?'

Aku tidak terus membalas pesanan tersebut. Bukan dia tak tahu, kami selalu berbincang tentang perkara ini. Aku kononnya ingin bertunang dalam busana hijau dan dia pula sukakan warna perang keemasan. Alih-alih dia pula nakkan tema warna kesukaanku itu. Memang kedengaran agak kebudak-budakan, tetapi aku mula rasa jengkel. Baru aku ingin melupakan perkara ini, tupp..tupp.. datang pula pesanannya yang berbunyi begitu. Bukan aku tak suka dia ingin bertunang, tetapi aku dibayangi rasa sedih kerana memikirkan diriku yang masih sendiri begini. Walaupunbegitu, tidak pernah sedikitpun aku menunjukkan perasaan sedih ini padanya. Selalu aku cuba berlakon untuk berkeadaan gembira apabila berhdapan dengannya. Tambahan pula, dialah insan yang paling rapat denganku berbanding adik-beradikku yang lain. Aku menyayanginya kerana dialah satu-satunya adik perempuan yang aku ada. Adik lelakiku masih lagi menuntut di sebuah universiti tempatan dalam jurusan kejuruteraan. Kenapa aku harus diuji denagan dugaan yang sebegini? Buruk sangatkah wajahku sehinggakan tiada lelaki yang sudi datang meminangku. Huhu.. Malangnya nasib insan yang bernama Hasnawahida ini.

'Cantik :)' begitu pendek balasan ku padanya. Sempat juga kusertakan icon smiley untuk menyembunyikan perasaan yang bergelodak di dalam hati ini. Sejurus kemudian, Nick Carter menjerit lagi menerusi Nokia C3ku yang sengaja kuletakkan ke dasar beg tanganku supaya tidak kedengaran terlalu kuat. Kali ni kubiarkan lama. Mataku khusyuk memandang skrin komputer ribaku itu. Fokus untuk menghasilkan sebuah blog yang berkualiti.

"Ida, ada call," aku terkejut apabila suatu garau menegurku. Encik Kacak tersenyum di hadapanku seraya menarik kerusi duduk bersebelahanku. Memang dia fasilitator kumpulanku. Tidak pelik kalau dia datang ke sini. Ingatanku tiba-tiba menerjah peristiwa malam tadi. Hissy.. Encik Kacak dah nak bertunang! Sensitif betul dengan perkataan 'pertunangan' sekarang ini. Adik aku pun nak bertunang. Semua orang nak bertunang!

"Bukan call. Mesej je tu" aku menjawab pendek. Dah tak ada semangat nak membelek-belek telefonku tu lagi. Tentu pesanan dari adikku lagi. Aku sebenarnya malas nak fikirkan tentang pertunangan mereka lagi, kerana itu hanya menambahkan kesedihan di hatiku yang masih belum berpunya ini.

"Hmm..kesian dia. Boyfreind Ida tu dah rindu kot. Lama tak jumpa kan", Encik Kacak kemudian bersuara lagi. Boyfriend? Nak gelak boleh? Aku ada boyfreind? Kalau dah ada boyfriend, sekarang juga aku suruh masuk meminang, jadi tiada lagi istilah langkah bendul di sini. Aku hanya tersengih. Tiada jawapan. Nak kata tak ada boyfriend, nanti dia cakap aku tak laku pula. Nak mengiyakan pun tak boleh. Mudah-mudahan makbullah kata-kata Encik Kacak tu. Kata-kata itukan suatu doa. Ingat tu!

"Ida, when u love someone, don't ever leave him to wait," dia menyambung lagi. Boleh tahan juga lelaki ini. Nak usik-usik aku pula. Aku berterus-terang juga karang, baru tau! Hehe.. tidak! Jatuh saham aku, nampak sangat tak laku. Hehe..

"Let him to have more patience" aku tersenyum memandang wajahnya. Oh, kacaknya lelaki ini! Macam Nick Carter pun ada..aku hanya memuji di dalam hatiku. Aku memang peminat setia Nick Carter artis barat yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Backstreet Boys itu. Lelaki itu hanya memandang bersahaja ke wajahku. Eleh..cakap orang! Dia pun buat Cik Asfarina menunggu lama juga. Dahlah telefon tak angkat banyak kali. You already leave her to wait so long man!

"Kalau sayalah di tempat lelaki itu, saya dah merajuk", kami sama-sama tergelak mendengarkan jawapan spontan Encik Kacak itu. Ah, lelaki! Buat orang pandai, tapi kalau dah terkena batang hidung sendiri tahu nak merajuk! Masih terbayang wajah Cik Asfarina malam tadi di meja makan restoran itu. Agaknya itulah wajah merajuk yang disitilahkan oleh Encik Kacak tadi. Ila dan Das yang baru melabuhkan punggungnya di hadapan kami kehairanan. Mana tak pelik, Encik Kacak yang terkenal dengan ketegasan dan serius itu yang tergelak begitu.

"Boyfriend saya ni tak manja macam encik", aku kemudiannya menyambung kata. Encik Kacak hanya menjeling seraya tersenyum. Ila dan Das yang masih kebingungan itu saling berpandangan. Tidak memahami apa yang kami bualkan.

"Bukan haritu kau cakap tak ada boyfriend ke? Then, sebabtu adik kau..." belum sempat Das menghabiskan kata-katanya, aku memijak kakinya menggunakan Kasut K Volle 4 inchi ku itu. Kurang asam! Pecah tembelang aku...adoii..

"Haaa...kau kan bergaduh dengan si Amin tu, aku ingat kau dah break up" Das berkata lagi. Pandai pun cover line. Tapi, Amin tu siapa? Pandai-pandai kau saja ya. Dah macam nama pemain bola Terengganu yang pernah menjadi rakan chattingku di universiti dulu. Tak sangka aku dapat chatting dengan pemain bola Terengganu tu. Tapi, pada masa tu dia belum jadi pemain bola pun. Ila yang tidak tahu menahu itu hanya tersenyum sambil mengangguk-angguk. Encik Kacak yang berada di sebelahku hanya memandang ke wajahku. Sejak dari peristiwa mengurut kaki ku yang terseliuh itu, dia kerap memandangku dan menegurku. Kalau dulu, nak bercakap pun tak pernah. Hanya berbalas senyuman sahaja. Masih teringat hari kedua aku berada di sini. Kak Erra yang kukenali ketika belajar bahasa Mandarin di Taman Bukit Dahlia dulu tiba-tiba menegurku. Aku langsung tak menyangka dapat berjumpanya lagi di sini. Aku suka akan penampilannya ditambah pula wajahnya yang cantik dan ayu ala-ala Juliana Evans itu. Masa di kelas dulu, selalu juga aku bertanya di mana dia dapatkan baju dan kasut ala-ala Korea yang dipakainya. Dari dialah aku belajar mengenali dunia pembelian secara online. Hari itu juga dia memperkenalkan aku dengan adiknya yang kacak ini. Nampak tak mesra langsung. Antara pandang dengan tak pandang sahaja ke wajah ku ini. Maklumlah wajahku tidaklah secantik Neelofa mahupun Nora Danish tu. Lihat sajalah teman wanitanya, Minah Ketak yang cantik itu. Huhu.. Tak sangka pula hari ini, aku dapat bersua dan bergelak ketawa pula dengannya.

"Mana tak bergaduh, kalau asyik biarkan orang menunggu saja," Encik Kacak kemudiannya berkata selamba. Aku tersenyum sumbing. Buat-buat faham apa yang diperkatakan olehnya. Maklumlah, sepanjang 27 tahun ini, mana pernah aku bercinta. Sehingga aku digelar Gadis Innocent oleh Linda, teman rapatku di universiti dulu. Katanya, bertuahlah mana-mana lelaki yang berjaya mencuri hatiku kerana belum pernah ada sesiapa pun yang berjaya menghuni hatiku sebelum ini. Memang betul-betul bertuahlah ni! Dia dah ada dua orang anak, aku juga yang masih terkontang-kanting di sini.

Perbincangan pada petang itu banyak memberikan aku maklumat tentang jualan online. Produk yang bagaimana harus diketengahkan. Bahasa yang bagaimana harus digunakan supaya dapat menarik pelanggan dengan bijak. Dear? Sis? Babe? Yunk? Macam-macam contoh panggilan yang diberikan. Nampak mamcam simple. Rupa-rupanya bahasa tersebut turut merupakan salah satu peranan yang penting supaya pembeli berasa selesa dengan penjual. Aku mula berfikir-fikir untuk menjual produk yang boleh keuntungan yang tinggi dengn permintaan yang banyak. Bajukah? Tudung? Kain? Jari-jemariku pantas menekan punat papan kekunci komputer ribaku itu. 'Kedai Aira Comel'. Ya! Aku selalu membeli perfume di kedai ini. Walaupun wajahnya tidak ku kenal, tetapi bahasa yang digunakan cukup membuatkan aku berasa selesa untuk berjual beli dengannya. Dari dialah ku kenali haruman Burberry Brit Spray EDT yang mengancam ini. Katanya, wangian itu sangat sweet dan sangat sesuai untuk gadis sepertiku. Walaupun dia tidak mengenaliku, dia yakin bahawa aku akan suka akan wangian itu.Ternyata memang benar telahan yang dibuat olehnya. Aku memang betul-betul sukakannya. Aku memang sensitive pada bau sebenarnya. Tetapi, wangian Burberrry Brit Spray EDT ini langsung tidak memeningkan kepalaku. Oleh itu,tak perlu lagi aku ke Jusco mahupun JPO Outlet di Johor Bharu, hanya order pada halaman 'Kedai Aira Comel' ini sahaja, esoknya haruman itu sudah menjadi milikku. Setahu aku, dia merupakan agent wangian berjenama, sudikah dia menjadi pembekal ku untuk tugasan aku kali ini. Kata orang inggeris agent dropshipku. Mungkin bukan untuk selama-lamanya, tetapi hanya untuk 2 minggu ini pun sudah cukup. Tidak perlulah aku ke sana ke sini mencari fasilitator di sini untuk mencari nama pembekal yang boleh dihubungi untuk memasarkan produk mereka. Berurusan dengan orang yang sudah terbiasa dengan kitakan lebih senang. Keuntungan yang diperoleh juga tinggi. Kalau dapat jual satu botol 100ml wangian asli yang berjenama terkemuka dunia ni sahaja pun sudah dapat memberi keuntungan yang tinggi. Dalam masa yang sama dapatlah aku membeli wangian yang berjenama ini dengan harga yang lebih murah. Bolehlah kujadikan koleksi botol-botol wangian ini di dalam almariku. Pelik betulkan! Sudah habis pun, aku masih suka menyimpan botol-botol wangian ini. Maklumlah botol-botol ini bukan sembarangan..hehe.. botol yang dibeli dengan harga yang mahal dan bentuknya juga unik dan menarik. Kalau duit dalam poket tidak mencecah angka RM150, jangan nak bermimpilah untuk mendapatkan wangian-wangian yang first class ni. Kadang-kadang, sesetengah penggila wangian berjenama ini sanggup menghabiskan duit beratus-ratus ringgit untuk mendpatkan wangian ini. Terbayang rakan guru di sekolahku, Zel dan Kak Sakinah. Mereka memang hantu wangian berjenama ini. Kalau kena dengan caranya, mereka berdua ni boleh jadi pelanggan setia di kedai online ku ini. Hehe...


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh usakoprincessz