Home Novel Cinta ~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
usakoprincessz
15/5/2019 14:58:06
12,584
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

                Kaki kiri ku picit perlahan-lahan. Botol wangian Burberry Brit Spray Edt yangberkecai itu ku kutip perlahan-lahan. Menyesal letak perfume mahal ni dalam begtanganku hari ni. Separuh daripada isi dalamnya telah tumpah. Beg tangan jenamaFurlaku itu sudah dibanjiri haruman Burberry kesukaanku itu. Kaki kiriku pula sakitbetul kurasakan. Ada ke patut aku boleh terjatuh ke dalam longkang besar tepijalan besar tadi. Huh! Memang tak patut. Nasib baik tak ramai orang kat situtadi. Kalau tidak, mana aku nak letak muka aku ni. Cis! Jatuh saham aku. Hmm.Aku berdehem kecil. Ila memandang wajahku sambil mengangkat keningnya.

                “Kau okay ke, Ida?” pertanyaan Ila ku jawab dengan cebikan di bibir saja. Sakit tau!

                “Hehe..Itulah kau. Jalan tak tengok depan”, Ila tersengih sambil menghulurkan tangannyauntuk menolongku. Aku membiarkan sahaja. Elok juga dia tolong aku. Tadi bukanmain lagi gelakkan aku.

                “Inisemua pasal Minah Ketak tulah.” Huh! Aku mengeluh kecil. Geram betul aku denganSetiausaha Syarikat Megah Biru Holdings tu. Kalau dia tak kejar aku untukfotostatkan salinan kad pengenalan aku tadi untuk mengisi borang tuntutanperjalanan, tak adanya sampai aku berlari-lari keluar dewan seminar ni tadi.Sudah tentu kaki aku tak terseliuh begini.

                “Hehe.Minah Ketak tu memang macamtula Ida.  Sengajacari pasallah tu”. Hei, tak sabar betul aku nak habiskan kursus ni. Lagipunkursus ni bukan apa-apa pun pada aku. Kursus Keusahawanan! Apa kaitan denganaku? Aku cikgu. Aku bukan bisneswoman. Nak kata aku guru koperasi pun bukan.Alih-alih nama aku pula yang dicadangkan untuk mengikuti kursus ni. Memang malang betul!

                “Ila,aku nak pergi klinik la lepas slot ni tamat. Temankan aku boleh? Aku taktahanlah. Sakit sangat ni. Tengok ni, dah bengkak!” Aku memuncungkan mulut serayamenunjuk ke arah kaki yang kelihatan bengkak

                “Ha’ahla Ida. Bengkak!” Ila mengiyakan kata-kataku tadi. Jelas wajahnya menunjukkankerisauan. Nasib baik Ila ada tadi. Kalau tak, tak tahulah macam mana aku nakkawal keadaan ketika dalam longkang tu tadi. Walaupun tak ada air, tapilongkang tu dalam tau! Kalau tak ada manusia yang tarik aku keluar darilongkang tu tadi, dah tentu aku tidur kat situ je malam ni.

                “Tapi,kita nak pergi ke klinik macam mana ya? Poliklinik terdekat pun kira-kira 2kmdari Berhulu Camp ni.” Ila menggaru-garukan kepalanya. Aku memandang tepat kewajahnya.

                “Alah,apa susah. Kita call teksi”, aku tersenyum dan menunjukkan handset Nokia C3kuyang tak berapa canggih tu. Maklumlah sekarang, dah banyak sangat gajet-gajetcanggih yang ada kat pasaran. Kalau setakat Nokia C3 ni, budak sekolah rendahpun dah boleh pakai.

                Ila tersenyum seraya mengangguk. Setuju dengan cadanganku. Seketika jari jemarikupantas mendail nombor teksi, bahuku disentuh. Aku sedikit terkejut. Seoranggadis cantik tinggi lampai tercegat di hadapanku.

                “Kaki Ida okay?” Aku memandang ke arah Ila. Bagaimana pula Kak Erra tahu akan halini. Takkan cepat benar berita yang aku jatuh longkang dah tersebar. Seingataku tak ramai orang pun kat jalan besar tadi. Tak nampak muka  peserta kursus di Berhulu Camp ni pun katsana. Ila hanya tersenyum.

                “Sakit lagi Kak Erra. Terseliuh ni. Tapi, macam mana akak tahu?” Aku mengangkatkeningku. Betul-betul musykil ni. Kalau Kak Erra dah tahu, bermakna....

                “Faidicall akak tadi. Akak dalam ofis kem tadi. Dia cakap Ida sakit kaki. Dia suruhakak tolong tengokkan, sebab dia kena attend slot Q&A dengan peserta kursusdalam kem ni sekarang”,

Aku tergamamseketika. Bagaimana pula Encik Faidi boleh tahu? Masa  Minah Ketak suruh aku fotostat salinan kadpengenalan ahli kumpulan aku, dia kelihatan sibuk bersama fasilitator yang laindi hadapan dewan seminar. Ada kuasa psikik ke apa..atau..sejurus kemudian akumemandang wajah Ila. Ila  tersenyumsambil mengangkat tangan dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

                “Tak..aku just mesej kat Abang Yuz. Nak tanya kot-kot ada orang boleh urutkan kaki kautu. Kemudian, dia tanya aku siapa yang sakit..then...aku jawab..” aku menjelingtajam ke arahnya. Ila dan Kak Erra tergelak. Kak Erra kemudiannya memegangbahuku.

                “Apa salahnya Ida. Faidi pun pandai urut kaki yang terseliuh ni”, Kak Erratersenyum. Nadanya dah semacamje. Oh, tidak! Encik Faidi nak urut kaki aku kah?Tak tidur malamlah aku nanti. Aku ni dah la minat kat dia. Kakak dia ni punsatu. Macam bagi ruang ja. Tak kisah ke dia kalau aku suka kat adik dia?..Ataupun Encik Faidi tu memang suka kat aku tak?..hehe.. Mula dah perasan! Akumenggeleng-gelengkan kepala.

                “Sakit sangat ke Ida?” soal Kak Erra apabila melihat aku menggeleng-gelengkan kepala sambilmenghulurkan pil penahan sakit. Aku tersedar dari lamunanku lalu menggeleng-gelengkankepala lagi tanda tidak. Oh, kalaulah dia tahu aku berangankan adik dia.. Dah tentu malu besar aku dibuatnya. Muka macam katak, ada hati nak ngorat puterakacak kan! Aku menyambut hulurannya. Nak makan ke tidak ni?.. Bahaya juga‘postant’ ni. Ubat yang mengandungi dadah yang tinggi. Aku dah pernah makanketika sakit gusi dahulu.

                “KalauIda tak tahan sakit, Ida makan dulu ubat ni. After Q&A session nanti, Faidi datang urut kaki Ida. Don’t worry ya. Akak ada kerja lagi kat ofis ni untukslot petang ni. Akak gerak dulu”. Kak Erra berlalu dengan senyuman. Akumenjeling sekilas ke arah Ila di sebelahku.

                “Nampaknya,kita tak jadi pergi ke klinik la ya Ida?” Soal Ila

                “Siapacakap kita tak jadi pergi. Aku dah call teksi”. Aku saja mengugut Ila.

                “Isy,kau ni. Buat apa lagi nak pergi ke klinik. Urut lebih bagus tau! Baru sendi tujadi elok semula.” Aku mendengus geram mendengarkan kata-kata Ila itu. Memanglah!Aku mengaku mengurut lebih bagus daripada makan ubat. Bukan aku tak pernahmengurut. Dulu, masa arwah ayah aku ada, ayah selalu mengurut sendi aku yang terseliuhdan memang berkesan. Tetapi sekarang, persolannya pandaikah  Encik Faidi tu mengurut? Kedua, Encik Faidi tusiapa, bukan ayah aku kan..bukan pula mahram aku. Ketiga, aku minat dia,nanti adayang tak boleh tidur malam ni..huhuhuhu

 

 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 


                Jendela dorm ku kuak perlahan. Tiba-tiba panas pula keadaan malam di dalam dorm ini. Lagipunjam baru pukul sebelas malam. Riuh rendah suara peserta Kurus di kem ini masihjelas kedengaran. Rakan sebilikku, Das nampaknya macam dah lena. Penat sangatagaknya. Kami sama-sama guru tetapi dari berlainan sekolah. Aku dari SMK PasirGudang, Johor dia pula dari SMK Pendeta Zaba , Seremban. Hanya sebilangan sahajaguru yang menyertai Kursus ini. Kebanyakan mereka merupakan kakitangan darijabatan lain. Tajuknya pun umum sangat! Kursus Keusahawanan.  Pesertanya pun dalam seratus orang sahaja.Kursus ini anjuran kerjasama badan kerajaan dan sektor swasta. Kebanyakan yangada di sini terlibat dengan dunia perniagaan. Orang-orang yang berjinak-jinakdengan dunia korporat. Termasuklah aku..hehe. Walaupun tak berapa minat,terpaksalah aku buat-buat minat. Bukan sekejap, tapi memakan masa selama 3 minggu. Hampir sebulan tu! Hari ni pun dah masuk hari ketujuh. Macam-macamperkara dah berlaku.

                “Ida!”... Suara Das mengejutkan aku. Bila masa pula budak ni bangun. Tadi macam dahlena.

                “Hai,seronok tadi”, usikan Das ku balas dengan jelingan tajam.

                “Seronok?Kaki aku ni sakit tau! Tapi dah okay sikit”, aku memandang sekilas wajah Dasyang tersengih-sengih macam kerang busuk. Malas nak pandang lama-lama.

                “Patutlahkau tak tidur-tidur lagi ni..hehe,” aku membaling bantal berbentuk hati milikkuke arah Das. Malu pula rasanya. Memang Das dah tahu yang aku minat dengan EncikFaidi. Walaupun baru seminggu berkenalan dengan Das, tapi aku dapat rasakan adachemistry dengannya. Kami jadi rapat sehingga dapat berkongsi cerita melibatkanhati dan perasaan. Mungkin Das pun seorang guru. Maklumlah hanya ada beberapaorang sahaja yang bergelar guru di sini

                “Hehe..mestilah!Bukan sembarangan perempuan boleh diurut oleh Encik Kacak tu tau. Kau ada?”bibirku sengaja kujuihkan ke arah wajah Das yang makin hampir denganku .

                “Eh,macam mana Encik Kacak tu boleh mengurut kaki kau ya? Ini mesti kau yang paksa dia urut kan”,Bulat mataku memandang Das. Apa? Ingat aku murah sangatkah..sampainak hegeh-hegeh macamtu...

                “Tolongsikit ya. Mana lah aku tahu Das. Yang penting aku tak paksa dia, tapi..dia yangnak tolong aku”, Kami tertawa. Das kemudiannya  menepuk-nepuk bahuku dan mengangkatkan ibujarinya. Memang macam tak percaya, tetapi aku akui Encik Faidi atau lebih dikenalisebagai Encik Kacak antara aku dan Das seorang yang prihatin bak kata orangputih Caring. Oleh sebab itulah ramai gadis di sini sukakannya. Termasuklahaku. Aku masih ingat lagi waktu mula-mula mendaftar kursus di kem ini. Orangpertama yang aku nampak adalah Encik Kacak tu lah. Aku pun tak menyangka samasekali dia merupakan ketua fasilitator di sini. Risik punya risik rupa-rupanyadia ialah pengurus besar Megah Biru Holdings. Anak Datuk Harun yang memiliki Syarikat Berjaya Megah Holding di Kuala Lumpur dan merupakan penganjur KursusKeusahawanan di  Berhulu Camp ini. Kursusini sebenarnya adalah hasil kerjasama badan kerajaan dan sektor swasta. Salahsatu pihak yang membantu ialah Megah Biru Holdings. Ketawa kami terhenti apabilaterdengar irama “Unmistakable’ dari Handphone C3 ku. Panggilan dari ‘BaitiJannati’. Kenapa mak call?..Lantas cepat-cepat aku menekan butang hijau padatelefonku itu. Terdengar suara ibu yang sentiasa kurindui.

                “AssalamualaikumTeh”, mesra saja suara emak. Teh! Begitulah nama panggilanku di rumah. Tehuntuk Puteh. Kata mak, akulah anak yang paling putih. Sebabtu, aku dipanggilputih.

                “Fifinak bertunang akhir bulan 10ni. Teh boleh balik tak?” soal ibu lagi. Darahkuberderau. Memang aku dah agak, adik aku nak berkahwin sebelum aku. Aku takdapat menggambarkan perasaan aku. Maklumlah kakak mana yang tak terasa apabilaadik mahu melangkah bendul bak kata orang tua-tua. Kakakku baru sajamelangsungkan perkahwinan bulan 3 tahun ni. Macam tak sabar-sabar pula dia nakambil turn. Mentang-mentanglah aku belum ada teman lelaki.

“Insya Allah boleh mak. Kursus ni, pertengahan bulan 10 dah tamat.” Aku membalas pendeksekadar menyembunyikan perasaan yang bergelodak dalam hatiku. Ibuku kemudiannyameletakkan gagang telefon setelah mengucapkan salam kepadaku. Mood ku bagaikandisentap seketika.  Aku bukan mahumenyalahkan takdir, tetapi kadang-kadang aku sedih juga. Memang aku belum adateman lelaki pun, tetapi sekurang-kurangnya bagilah aku masa setahunke walaupunmemang buat masa sekarang aku belum ada teman lelaki lagi. Mana lah tau akujumpa Mr. Right aku dalam tahun ini. Ini tidak. Waktu ini juga dia mahumelangsungkan pertunangannya. Kalau boleh dia nak kahwin tahun ni. Tapi, duittak ada sebab belum bekerja.  Das memandangke arah ku seraya mengangkat keningnya.

“Kenapa Ida?.Lain macam ja muka kau ni”, soal Das yang hairan dengan perubahan wajah kusecara tiba-tiba itu.

“Adik aku nakbertunang”, Das memandang ke arahku.

“Adik kau nakbertunang sebelum kau? Dia tak nak tunggu kau dulu ke?”..soal Das lagi

“Kalau naktunggu, dia takkan bertunang sekarang Das”, nada ku mendatar dan perlahan. Dasmenepuk-nepuk bahuku seraya berkata.

“Tak apa. Kaukan ada Encik Kacak”, kata-kata Das menyebabkan aku tergelak. Apa kaitan denganEncik Kacak sekarang. Bukan Encik Kacak tu boleh menyelesaikan keadaan ini pun.

“Aku sedihla Das. Apalah nasib aku. Tak laku sangat kot aku sampai adik aku terpaksa langkahbendul aku. Maklumlah adik lebih cantik dari kakak”, aku meletakkan kepala ke bahuDas. Aku seakan mahu menangis. Bagaimana pandangan orang kampung terhadap akunanti. Aku malu juga. Tahu-tahuja la mulut orang kampung nanti. Habis dijajanyananti. Katanya anak arwah Pak Hasan tu kahwin melangkah bendul. Tak lakukakaknya, adiknya  pula yang kahwin dulu.

“Jangan cakapmacamtu lah Ida. Jodoh masing-masing. Buat apa kau nak terburu-buru. Mungkinjodoh kau lebih baik daripada apa yang ada pada orang lain”, suara Das perlahanmemujukku. Air mata ku seka perlahan-lahan. Berat rasa hati nak menamatkankursus ini. Tamat kursus ini bermakna aku akan hadapi keadaan yang sukar itu.

“Jom tidur.Jangan nangis banyak-banyak. Nanti, kaki kau yang hampir baik tu bengkak lagi.Susah pula aku nak panggilkan Encik Kacak urutkan kaki kau lagi’, Gurauan Dastak mampu menerbitkan rasa lucu lagi di hati ku. Fikiran ku mula berserabut.Tak dapat aku membayangkan bagaimana keadaannya nanti. Perasaan kubercampur-baur, bukan aku tak suka ada insan yang menyayangi adikku, ada orangyang sangat cinta akan adikku  malah adaorang yang sudi melamar adikku, tetapi yang aku fikirkan adalah aku. Kenapa akutak mampu untuk mencari seorang pasangan hidup seperti yang dimahukan oleh adikkudulu, kalau boleh dia inginkan aku yang melangsungkan perkahwinan dulu sebelumdia. Aku sudah gagal mengotakan janjiku padanya. Bagaimana lagi mahu mengotakanjanji kalau adikku terlebih dahulu bertunang sebelumku, sedangkan aku masihtiada calon mahupun teman hidup. Warrrrghhhhh!

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh usakoprincessz