Home Novel Cinta ~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
usakoprincessz
15/5/2019 14:58:06
6,877
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5


Pagi itu, sebelum turun bersarapan seperti biasa bersama Das dan peserta-peserta kursus yang lain. Hujan renyai-renyai turun membasahi jalan dari hostel menuju ke kafeteria yang tidak berkaki lima itu. Rintik hujan itu membasahi tudung bawal Aidijuma New York Umbrella yang kupakaikan dengan blaus sifon unguku itu. Mak aku kata jangan main hujan nanti demam. Minta dijauhkanlah demam di waktu begini. Kasut K Volle tumit tinggi halus itu agak licin apabila jalan basah begini. Oleh itu, aku harus berhati-hati ketika berjalan supaya tiada insiden memalukan pada hari ini. Sesampai sahaja di muka pintu kafeteria, Ila yang berdiri menunggu giliran terus menyapaku.

"Ida, malam tadi kau tak turun dewan seminarkan? Kaki kau dah baik?" tanya Ila. Laju sahaja info yang diketahui oleh Ila. Tapi, aku tak hairan pun. Dia tunang Encik Fairuz. Sudah tentu dia mengetahui berita itu daripada Encik Fairuz yang merupakan rakan fasilitator Encik Kacak. Encik Kacak kelihatan rapat benar dengan Encik Fairuz berbanding rakan-rakan fasilitatornya yang lain. Encik Kacak?? Hah..meluat aku dengan nama itu. Dia dan Minah Ketak itu membuatkan hidupku kurang tenang saat ini.

"Dah okay babe", aku menjawab pertanyaan Ila seraya tersenyum pendek. Aku terus beratur di belakangnya menunggu giliran untuk mencedok makanan yang tersedia di dalam buffet yang terletak di penghujung sebelah kiri kafe. Das pun turut berkelakuan sama. Hidangan buffet sengaja diletakkan kedua-dua belah arah kafe itu, supaya urusan mengambil makanan menjadi lebih cepat. Aku dan Das selalu mengambil makanan di hujung sebelah kiri kerana lokasinya berdekatan dengan sinki tempat untuk membasuh tangan. Menu hari ini ialah nasi lemak beserta telur mata kerbau. Ubat tidur dalam slot ceramah pagi nanti. Bihun goreng juga turut disediakan, tetapi aku lebih gemar memilih nasi lemak sahaja. Selesai mengambil makanan di meja buffet, aku berlalu ke sinki tempat untuk membasuh tangan. Ada suara yang kukenali yang menegurku.

"Ida, everything is fine?" aku menoleh mengangkat wajahku. Encik Kacak berdiri di sebelahku juga turut membasuh tangannya. Aku yang menyampah melihat wajahnya seraya mengangguk dan melarikan pandangan ke arah lain. Malas untuk ku renung wajahnya. Masih terngiang-ngiang di telinga ku kata-kata Minah Ketak malam tadi. 'I hate girls yang tergedik-gedik dengannya'...oh.. My god! I am not that kind of girl! Aku menjerit dalam hati.

"Sorry, pasal semalam tu. She can't cope herself. I'm so sorry for her", kata Encik Kacak lagi. Nadanya kedengaran mendatar dan berbau kesal. Aku memberanikan diri untuk bertentangan mata dengan lelaki itu.

"She is just a normal girl. Getting jelous when her future fiancé try to be with someone else. Although it is just a sincere help. Actually, U no need to do that", lancar sahaja ayat yang keluar dari mulutku. Speaking London pula tu. Tak sangka aku terlalu berani untuk berkata sedemikian. Mungkin kerana aku terlalu geram dengan apa yang telah dilakukan oleh Minah Ketak itu. Biarlah..lantak dialah. Encik Kacak memandang wajahku tanpa berkelip. Aku tidak menghiraukannya dan berlalu ke meja makan di sisi Das. Baru puas hati aku. Dia ingat aku terhegeh-hegeh sangat mahukan pertolongan dia. Not my type man! Walaupun berwajah kurang cantik, aku masih ada harga diri. Tidaklah aku perempuan yang tergedik-gedik apabila ada lelaki yang berwajah tampan cuba mendekati. Sudu yang berisi nasi lemak itu terus ku suap ke mulutku.

Pagi ini adalah slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Setiap kumpulan perlu menghasilkan satu kertas kerja perniagaan dan menulis testimony bagi produk yang akan dihasilkan. Aku bergerak malas menghadap semua ahli-ahli kumpulanku. Bukan apa, aku kurang suka dengan sesi pembentangan di akhir slot nanti. Dah macam pelajar sekolah pula malu nak keluar ke hadapan. Lagipun, aku malas nak menghadap wajahku dengan Encik Kacak lagi. Dia merupakan fasilitator kumpulanku. Sudah tentu dia akan berada di situ. Malu pula rasanya dengan kata-kataku di kafe sebentar tadi. Lantaklah. Skirt labuh unguku, ku angkat perlahan-lahan menuju bulatan kumpulan ku yang sudah bersedia dengan kertas mah-jong besar yang disediakan oleh pihak urusetia. Ada sepasang mata yang merenung tajam ke arah ku. Aku tidak berani mengangkat muka. Encik Kacak! Tak puas hati kot dengan kata-kataku tadi. Perbincangan diteruskan. Aku turut memberi pendapat. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Ila lah yang tampak paling bersemangat. Jiwa bisnes betul minah ni. Pembentangan pagi itu pun turut diketuai oleh Ila. Aku hanya mendengar dan sesekali sahaja mencelah. Lagipun aku memang cetek pengetahuan tentang bisnes ni. Lainlah adikku, Fifi. Dia memang suka akan bidang perniagaan ini. Sehinggakan sudah melancarkan syarikatnya sendiri bersama teman lelakinya baru-baru ini. FiRi Enterprise! Begitulah nama yang diberikan kepada syarikat mereka. Hebat betul! Belum ada apa-apa ikatan, mereka sudah pun berpakat menghasilkan syarikat bersama. Andaikan hubungan mereka tidak yang seperti diharapkan? Apa jadi dengan syarikat itu? Nauzubillahiminzaalik..

Nokia C3 ku tiba-tiba menjerit menyanyikan lagu Nick Carter lagi. Ada pesanan yang masuk ke peti mesej ku. Aku menarik telefon bimbitku yang berwarana merah jambu itu. Nombor yang tak dikenali tertera di situ. Kepala ku ligat memikirkan siapakah orang yang menghantar mesej tersebut. Pengetua kah? Atau Ibu Bapa pelajar-pelajar kelasku kah? Pesanan itu kubuka.

'Salam. Sorry I ganggu U. I nak tanya pasal order I yang semalam. Bila agak-agaknya perfume sampai ke tangan I? I tak sabarlah U'

Aku menarik nafas lega. Mesej bukan daripada pengetua sekolah, tetapi mesej tersebut sudah tentu daripada BB Addicted. Hisyy.. tak sabar betul minah ni. Baru semalam aku memberitahu dia bahawa perfume tersebut akan sampai dalam masa 2-3 hari. Tapi, mungkin amount yang banyak membuatkan dia tak sabar dan teruja agaknya. Huhu. Lantas aku menekan keypad telefon bimbitku itu untuk membalas pesanan tersebut.

'Sabar ya dear. J Perfume U akan sampai dalam masa 2-3 hari after ur payment. Jangan risau, perfume U akan sampai ya dear. Don't worry dear J' berapa kali ayat 'dear' yang aku tulis dalam mesej ni... Haha. Layanan first class lah konon. Hehe.

'Okay dear J. I don't like to wait, but for the lovely perfume I need to be patient. I'll be waiting J' begitu ayat yang ditulis oleh BB Addicted ini. Betul juga. Siapa yang boleh menunggu barangan yang sungguh mahal itu. Tapi, jangan risau aku takkan tipu dia. Aku juga berharap Kedai Aira Comel pun tidak menipu aku.

Kumpulanku merupakan kumpulan yang terakhir yang membuat pembentangan pagi itu. Setelah selesai slot LDK itu, semua peserta kursus disediakan makan tengah hari. Aku terus bangun daripada kerusi plastik dewan itu untuk menyaingi rakan-rakan peserta kursus yang lain. Ila yang bersamaku tadi telah mendapatkan tunangnya yang berdiri di muka pintu dewan dengan senyuman. Bahagianya hidup ada orang sayang macam tu. Hatiku berbisik sayu apabila mengenangkan aku yang masih belum berpunya. Tiada siapa yang sudi. Buruk sangatkot wajahku. Sehinggakan tiada pernah lelaki yang sudi menjadi teman lelaki ku. Oh..sedihnya. Sempat lagi aku melayan perasaan. Mataku meliar mencari kelibat Das. Gadis tinggi lampai berbaju merah itu tidak kelihatan pula di sini. Mataku tiba-tiba bersabung dengan mata yang sedang merenungku di sudut kanan dewan. Aku jadi gabra apabila direnung begitu. Renungan yang tak berkelip itu menyebabkan aku terpaksa melarikan pandanganku ke arah lain. Dari tadi lagi Encik Kacak asyik merenungku. Ada apa yang tak kena lagi hah? Aku mula menjerit di dalam hati. Malas aku nak cari Das lagi. Aku terus menghayun langkah menuju ke kafeteria tanpa menoleh ke belakang lagi.

"Ida, tunggu sekejap", suara garau yang ku kenali itu menegurku dari belakang. Encik Kacak berdiri di belakangku. Mahu tak mahu terpaksalah juga aku berhenti. Segan juga dengan peserta-peserta lain yang ada di situ kalau tidak dilayan sapaan itu. Aku menoleh ke arah lelaki itu malas. Dia sedang merenungku. Apa lagi yang ingin diperkatakan kali ini.

"Ida marahkan saya.." soalan dalam nada yang mendatar keluar dari bibir lelaki itu. Tanya pulak! Aku mencebik dalam hati. Tak tahukah dia yang aku kebuluran malam tadi! Aku memandang ke arah lain seraya berkata

"Saya tak marah. Cuma, rasa kesal dengan apa yang terjadi semalam. Encik Faidi tak sepatutnya buat macamtu pada Cik Asfarina semalam. Kesian dia", kenapa pula aku tiba-tiba memihak Minah Ketak tu ya? Hmm.. tapi logik jugak. Perempuan mana tak cemburu sekiranya kekasih hati mengambil berat lebih tentang perempuan lain. Encik Kacak hanya memandang ke arah ku. Sukar aku mentafisrkan wajahnya pada waktu itu. Matanya yang redup itu seoalah-olah ingin berbicara sesuatu padaku. Seperti biasa, aku memang tak dapat memandang lama ke arahnya. Penyakit jantung ku ini akan datang apabila mataku bertaut dengan sepasang mata redup itu.

"Saya nak minta maaf sekali lagi atas apa yang berlaku semalam tu. Saya betul-betul kesal dengan apa yang terjadi", lelaki itu kemudiannya berkata lagi. Wajahku ku hadapkan ke arah lain. Malas ingin ku bertentang mata dengannya. Kenapa aku sensitif sangat ni?

"Tak apalah.. Lupakan sajalah apa yang berlaku semalam. Semoga tak berlaku lagi lain kali", aku menjawab. Cukuplah tu. Jawapan pendek tu aku rasa sudah cukup untuk permohonan maafnya yang panjang lebar itu. Kasihan pula ku lihat wajahnya. Kejam sangat kot kalau aku tidak memaafkannya. Tapi, aku memang mangsa keadaan pada waktu itu...

"Ida makan tak malam tadi.." Encik Kacak masih ingin berbual-bual denganku. Terbayang buah pisang yang dibawa oleh Das dan Pizza Supreme Hawaiian malam tadi. Perlukah aku ceritakan pada dia aku makan apa malam tadi. Tak perlu kot.. makan ke tak makan ke.. perut aku yang menanggungnya. Aku membiarkan soalan itu tanpa jawapan apabila melihat kelibat Das muncul di sebelahku. Aku menarik tangan Das lalu berlalu ke kafeteria tanpa menoleh ke belakang lagi. Terasa bagai ingin menamatkan kursus ini dengan segera pula. Hampir terlupa aku tentang pertunangan adikku nanti.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Malam itu, ceramah teknik pemasaran produk disampaikan oleh wakil pegawai daripada Berjaya Megah Holdings. Aku duduk di barisan belakang sekali. Sengaja ku pilih tempat duduk di situ pada malam itu. Kalau nak diikutkan, aku dah malas nak dengar apa-apa ceramah di sini lagi. Walaupun terdapat selingan kuiz yang memberi ganjaran hadiah yang menarik. Laptop Asus ku buka. Tertera alamat laman sosial kegemaranku yang telah ku set pada muka hadapan browser Google Chrome ku. Peserta kursus tidak dihalang untuk berbuat sedemikian. Mendengar ceramah sambil melayari internet. Lagipun dapat mengawal rasa kantukku yang kadangkala menggila menguasai diri. Lebih-lebih lagi berada dalam sesi ceramah macamni.. Tak minat sangat pun dah kira satu hal.. Berniaga memang aku kurang minat tetapi kalau ber'shopping'...hang bolehla bagi kat ceq...hehe.. Aku tersenyum sambil menekan-nekan papan kekunci laptopku menaip nama-nama butik tudung dan 'shawl' kegemaranku di laman sesawang 'facebook' milikku.. Sekarangni, makin banyak selendang segera atau 'instant shawl' berada di pasaran... Macam-macam fesyen dan stail yang ada.. Malamni pun aku kenakan 'instant shawl' ombak rindu biru muda yang baru kubeli bulan lepas. Harga pula mampu milik saja. Namun, malam ini ternyata pemilik butik tersebut 'mengupdate' stok baru.. Cantik.. Instant Shawl Tindih Kasih.. Wow... Jiwa sudah tertawan beb.. Aku melebarkan senyuman seraya menongkat dagu sambil berangan-angan memperagakan tudung istimewa itu dalam pelbagai warna... Murid-murid dalam kelas ku nanti mesti bertanya di manakah aku mendapatkan tudung secantik itu.. Selalunya stok baru akan berada di pasaran online dahulu barulah melata di kedai-kedai sekitar.

"Betul kan saudari?" Tiba-tiba ada satu suara menyapa cuping telinga kanan ku. Aku menoleh. Mikrofon sudah tegak berada di depan mataku. Pegawai yang berada di hadapan tadi sudah betul-betul berdiri di sebelahku. Panik.. Sudah.. Aku mula menggelabah. Apa dah berlaku ni? dah sampai Q&A session ke?.. Soalan apa tadi ya?.. Aduh.. Ceq dah mengelamun sampai bulan..rupa-rupanya jet baru cecah atmosfera bumi.. Aku tersenyum seraya menutup 'blur' yang bersarang di benakku. Hentam sajalah...dah semua mata terarah ke arahku.. Takkan nak memalukan diri sendiri...

"Yup.. Betul!".. aku menjawab pertanyaan tadi sambil mengangkat telunjuk. Berlagak yakin kot!.. Apakah soalannya aku sendiri kurang jelas. Ila yang berada di sebelahku sempat menyikuku.

"So,it means.. u will really take this challenge, right sista?" pegawai berkulit cerah itu bertanya lagi. Kali ini lebar senyumannya menampakkan sebaris gigi putihnya. Waa..pandai dia menjaga kesihatan giginya. Cantik..putih..tersusun..kemas.. Guna Colgate ke Systema ni? Hahaha.. Sempat lagi aku berseloroh dalam hati..Tapi.. Challenge?.. what's the challenge?.. Aku menggaru-garu kepala kepala yang tidak gatal. Aku gagap. Mataku beralih ke arah Ila apabila semua mata memandang ke arah ku.. Cabaran apa ni? Mencari jawapan daripada wajah Ila. Ya. Memang aku kurang fokus pada perjalanan ceramah tadi dek asyik tertancap pada gambar-gambar 'instant shawl' dalam halaman 'facebook'ku sahaja sebentar tadi sehingga aku tidak dapat menangkap soalan yang diajukan ke arahku itu. Yang aku tahu tajuk ceramah adalah berkaitan dengan teknik pemasaran produk.

"Hmm... aaa... aaa.. Yes.. I will" serentak dengan jawapan aku yang tergagap-gagap itu warga dewan bertepuk tangan. Gemuruh betul suasana dewan. Aik.. apa main tepuk-tepuk pula ni? Aku mula berteka-teki dalam hati. Sebenarnya apa yang dah berlaku? Makin pening nampaknya. Cabaran apa yang telah aku persetujui tadi ya? Aku sepertinya terjerat di dalam perangkap sendiri. Sepatutnya aku bertanya dahulu cabaran apa yang dimaksudkan oleh penceramah itu..walaupun ia akan menampakkan keterlekaan aku...namu aku terlalu ego untuk berbuat demikian.

"Good. What a brave girl! Saudari tolong tunggu di sini selepas slot ceramah ini habis ya," Penceramah itu bersuara lagi. Kali ini berbentuk arahan pula. Aku makin pelik. Ila yang berada di sebelahku memandang wajahku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Kelihatan Das yang duduk 3 baris di hadapanku turut berkelakuan sama. Haisy.. Tak boleh jadi ni.

"Ila..sebenarnya, apa yang dah berlaku? Penceramah tadi 'challenge' apa kat aku? Tak faham," aku menggaru-garu kepala. Wajah Ila tetap serius seperti tadi. Macam sesuatu yang menakutkan saja.

"Aik.. tapi..tadi kau jawab.. Yes! I will! tu apa?" Tanya Ila seraya mendabik dada menyindirku. Aku menggeleng-gelengkan kepala.

"Aku gabra 'time' tu. Tiba-tiba pulak penceramah tu terpacak kat depan aku. 'Aiskrim'tu pula dah betul-betul kat mulut aku ni haaaa.." aku bersuara lagi seraya memuncung mulut ke arah mikrofon yang dipegang oleh penceramah di hadapan.

"Ida...penceramah tadi adalah pegawai pemasaran Berjaya Megah Holdings. Masa Q&A session tadi, ada peserta yang bertanya tentang apakah produk yang terbaru yang dihasilkan oleh syarikatnya.. Then.. pegawai tu memberitahu produk terbaru mereka ialah minyak wangi baru yang yang mempunyai sebanyak 12 jenis haruman. So..dia offer peserta yang bertanya tadi untuk memasarkan produk tu dalam masa sebulan dengan ganjaran RM10 000.. target nya ialah produk tersebut terjual 10 000 unit dalam masa sebulan.. tetapi.. peserta tersebut 'refused'..sebab dia sendiri ada kedai dan komitmen lain.. So..dia 'open'kan pada peserta-peserta lain...macam Yana, Hafiz, Johari...but they all refused also.. So..dia 'offer'kan kat kau.. Then kau dengan yakinnya setuju kan tadi," panjang lebar penerangan daripada Ila. Aku melopong sejenak. Jauhnya aku berkhayal sehinggakan langsung tidak dapat menangkap apakah isu yang sedang dibincangkan oleh warga dewan sebentar tadi. Pegawai Pemasaran Berjaya Megah Holdings? Tak pasal-pasal pula aku akan terjebak dalam dunia korporat ni... Isy..tak boleh jadi ni.. Lagipun, aku adalah seorang guru. Lepas kursus ni, aku boleh 'blah' kot. Nak tolong pasarkan apa pulanya.. Kerja aku melambak-lambak di sekolah. Akhir tahun dah tentu kena buat laporan PBS. Fail PBPPP lagi nak dilengkapkan juga. Duit? Aku dah pun bergaji..bukan nak pakai duit banyak sangat pun.. Gaji aku ni dah cukup nak menampung hidup aku. Keputusannya adalah... TAK MAHU!

Tamat saja slot ceramah tersebut, aku mengangkat punggung berlalu ke hadapan. Kelihatan ramai juga orang yang berdiri dan dan ada yang duduk di sekeliling pegawai pemasaran yang diterangkan oleh Ila tadi. Kebanyakan mereka memakai 'blazer'. Ada yang ber'blazer' biru' dan ada pula yang ber'blazer' merah. Wah.. malam-malam pun pakai 'blazer' ya.. Biru dan merah pula tu.. Dah macam tema kelas aku pula.. J.D.T!... Johor Darul Takzim!.. Hahaha.. Para fasilitator pun turut berada di situ. Sibuk menyusun dokumen-dokumen yang berada di atas meja besar di tepi skrin layar dewan tersebut. Penceramah tadi melambai-lambai tangannya ke arahku sambil mulutnya terkumat-kamit mengucapkan sesuatu ketika jarakku dengannya hampir 200 meter dari meja hadapan dewan seminar. Serentak dengan itu, semua mata terarahku. Apa ni?.. Nervous.. Aku memberanikan diri merapati meja besar dewan tempat pegawai tersebut berdiri.

"Cik Hasnawahida,right?" pegawai itu tersenyum menyapa sambil menghulurkan salam. Aku terkejut. Aik.. Bagaimana pegawai ni dah boleh hafal nama aku ni? Tag nama guru aku tiada terlekat pada tudung Ombak Rindu biru ku malam ini. Siap nak bersalam lagi?.. Aku memaksa senyum seraya menundukkan kepala, kedua-dua tangan pula ku angkat ke dagu tanda menghormati huluran salamnya. Isyy...bukan mahram aku.. Mana boleh bersalam. Pegawai tersebut hanya tersenyum seakan memahami.

"Pihak urusetia dah taipkan nama Cik dalam borang ni," beliau menyambung kata sambil menghulurkan 2 helai kertas yang berlainan berwarna. Aku membelek helaian kertas dan meneliti setiap butiran dalam tersebut. Ya! Memang tak salah lagi..semuanya tentang aku. Tiada satu pun yang salah. Aku mengangkat wajah kehairanan inginkan penjelasan lanjut. Apa semua ni?

"Detail Cik saya dah dapatkan daripada fasilitator tadi. Borang biru ini merupakan kandungan terma dan syarat tawaran dan borang putih ini merupakan 'offer letter' Cik untuk tawaran yang kita bincang dalam Q&A just now," pegawai yang bergigi cantik itu kembali tersenyum. Kaya dengan senyuman betul. Awet muda lah pak cik ni..omelku dalam hati. Offer letter siap? Aduh.. macam mana ni.. Hisy..tak boleh jadi ni. Kena berterus-terang sekarang. Aku tak mahu cari masalah pada masa hadapan.

"Hmm... encik sebenarnya ada ralat sikit. Saya dah tukar fikiran. Saya tak jadi untuk menerima tawaran tersebut. Saya seorang guru dan komitmen saya adalah di sekolah. Jadi, saya mungkin tak dapat menyahut cabaran tadi. So, it is cancelled" tuturku cepat. Hah...lega.. Dia tak boleh paksa-paksa aku kot. Memang salah aku kerana menerima cabaran tadi secara melulu. 

Pegawai tadi mengangkat keningnya. Hairan kot dengan tingkahku. Tadi cakap nak, sekarang dah lain pula.

"Oh, tapi pihak kami dah sediakan offer letter dah untuk Cik. Sebenarnya, Cik tak bersendirian. 3 orang peserta ini pun turut berminat untuk menerima tawaran ini," pegawai itu berkata lagi seraya menunjukkan ke arah tiga orang peserta yang turut berdiri di sebelahnya. Aku hanya tersenyum kepada mereka.

"Cik tak nak pertimbangkan semulakah? Walaupun Cik seorang guru, Cik masih boleh memasarkan produk ni di luar waktu kerja ataupun pada hujung minggu," pegawai itu seakan memujuk pula. Yalah, mungkin ingin mengembalikan semangatku yang kononnya beria-ria benar tadi untuk menyahut cabaran penjualan 10 000 unit perfume yang dihasilkan oleh mereka. Aku pula ligat mencari alasan.

"Hm..tak. Lagipun by the end of the year, saya memang sibuk disebabkan pelajar-pelajar tingkatan 5 akan menghadapi SPM. So, saya perlu lebihkan masa untuk mengadakan kelas tambahan untuk mereka," Aku mencari alasan yang munasabah walaupun terpaksa berbohong. Kononnya aku mengajar pelajar tingkatan 5. Hehe... Yang sebenarnya aku hanya mengajar pelajar menengah rendah saja. Pegawai itu kemudiannya mengangguk-anggukkan kepalanya seakan memahami kesulitan yang aku hadapi. Hatiku menjerit girang. Selamat. Tapi, offer letter ni?

"Encik Faidi," pegawai itu kemudiannya memanggil Encik Kacak. Kenapa? Kelihatan mereka bercakap-cakap sesama sendiri. Sesekali mereka ada juga memandang ke arah ku. Apa yang dibincangkan oleh mereka aku sendiri pun tak jelas. Mungkin offer letter ini ada kaitannya dengan urusan fasilitator. Aku berteka-teki di dalam hati. Yang penting, aku nak serahkan kembali 'offer letter' yang tak diundang ini kepada mereka. Setelah selesai berbincang, kelihatan pegawai tersebut berlalu ke arah 3 orang peserta yang masih berdiri di tepi meja besar dewan tersebut. Encik Kacak berlalu ke arahku.

"Ida, its okay. Awak boleh balik hostel," ujar Encik Kacak apabila mendekatiku. Aku menggangguk faham.

"This offer letter?" aku mengangkat 2 keping kertas yang baru diserahkan kepada ku sebentar tadi.

"Just ignore it," pendek sahaja jawapan Encik Kacak. Matanya tepat merenung ke arahku. Penyakit jantung aku menyerang lagi... Aduhai.. Aku cepat-cepat berlalu seraya meletakkan kedua-dua helai kertas tersebut ke dalam beg tangan ku dan berlalu dari situ. 


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh usakoprincessz