Home Novel Cinta ~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
~JODOHNYA~OH MY SWEET BURBERRY BRIT EDT
usakoprincessz
15/5/2019 14:58:06
6,909
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

"Jangan berhenti! Lompat lagi!" jeritan fasilitator muda yang dikenali Encik Mustaqim itu betul-betul membingitkan telingaku. Das yang berada disebelahku kelihatan tercungap-cungap berusaha untuk terus melompat. Aku pun turut berkeadaan sama. Aku paling benci slot riadah petang begini. Tapi, apakan daya, semua peserta diwajibkan untuk turun beriadah. Dah macam Kursus Induksi pula boleh paksa-paksa orang. Memang dari dulu lagi aku kurang suka bersukan. Entah kenapa aku sendiri pun tidak tahu. Sehinggakan abang yang sulungku selalu memanggilku perempuan lembik. Berbanding adik-beradikku yang lain, aku memang paling pasif. Tidak aktif dalam bidang sukan. Bagiku, slot riadah ini tak penting pun. Tapi, katanya badan yang cergas pencetus minda yang positif. Seorang ahli perniagaan atau usahawan itu perlu cergas dan mempunyai minda yang positif. Barulah fikiran tidak tertutup dan bersedia menghadapi risko dalam dunia perniagaan. Bergerak selangkah ke hadapan. Kedengarannnya dah macam motto JPN Johor sahaja. One step ahead.

"Lompat tinggi-tinggi cikgu!" suara garau itu menyapa lagi. Encik Kacak tersenyum sambil memaksa badannya yang sudah sedia tinggi itu ke atas. Makin panjanglah badan kau nanti.. hati kecilku tertawa. Cik Asfarina yang berada di sebelahnya juga turut berbuat demikian. Aku hanya tersenyum.

"Ini saja yang termampu kami buat encik", Das membalas usikan Encik Kacak tadi. Lompat bintang, siapa tak boleh buatkan. Tapi, ikut ketinggian masing-masinglah. Berat badan seseorang juga turut mempengaruhi. Siapa badannya ringan dan tinggi, maka makin tinggilah lompatan yang dihasilkan. Semua peserta kemudiannya dikehendaki mengira umur fizikal masing-masing setelah menjalani beberapa ujian. Tidak ku sangka, umur fizikalku sudah pun mencecah angka 58 tahun. Ini sudah melampau. 58 tahun bermakna aku sudah boleh berpencen daripada menjadi seorang guru? Sedangkan aku baru saja menjangkau 27 tahun. Das tergelak apabila memandangkan umur fizikalku yang lebih tua lima tahun darinya.

"Badan saja kecil, tapi dah kerepot", wajahnya yang cerah itu kemerahan apabila tergelak begitu. Aku mengetap bibir kurang berpuas hati dengan pernyataan itu.

"Alah, 5tahun saja tua dari engkau. Itu pun sebab aku kurang exercise"..hehe aku menyambung gelak. Encik Kacak yang masih di situ turut menyampuk

"58? Tuanya.. Umur sebenar U all berapa sebenarnya?" tanya Encik Kacak.

Aku dan Das hanya menunjuk isyarat tangan padanya.

"Muda lagi ya. Saya 29 tahun, tapi, umur fizikal U all jauh lebih tua dari saya," ucapnya sambil ketawa besar.

"I got 42 Diey", kali ini Minah Ketak turut bersuara. Hahaha...tua juga. Tapi, umur fizikal akulah yang paling tua. Ini tak boleh jadi..

"Takpa, tua kat dalam. Kat luar muda lagi", aku berseloroh. Kata kawanku, wajahku tak seperti gadis berumur 27 tahun. Kelihatan masih di awal dua puluhan. Yakah?..haha... Kami tertawa.

Petang itu juga, semua peserta disuruh menghabiskan larian di sekitar kem. Bermula dari pintu pagar kem mengelilingi luar kem dan berpatah balik ke pintu pagar kem semula kemudiannya. Aku terus menarik lengan Das seraya mengajak berlari-lari anak ke pintu pagar kem. Kelihatan Das masih tercungap-cungap begitu. Letih sangatkah dia tadi?

"Das, kau okay?" aku terus bertanya apabila wajahnya yang cerah itu bertukar warna.

"Hhh...hhhh...hhh..hhaku semput", Das menghela nafasnya yang masih tercungap-cungap itu. Ada penyakit semput rupanya Das. Aku mula bimbang kalau-kalau terjadi sesuatu yang tidak baik kepadanya. Lantas, aku terus medapatkan fasilitator di situ. Ku tinggalkan Das di situ bersama beberapa orang peserta lain yang mengalami masalah untuk berlari. Maklumlah, kebanyakan peserta dalam kursus tersebut adalah wanita. Malah, ada yang mengandung. Takkan mereka perlu berlari. Memang tak patut. Nampaknya, kali ini aku hanya bersendirian tanpa Das. Kelibat Ila pun tidak kelihatan. Mungkin telah berlalu bersama peserta-peserta yang lain. Aku menyaingi beberapa orang peserta-peserta lain yang turut sama baru memulakan langkah. Dah lama tidak berlari begini. Aku pun sudah lupa kali terakhir aku begini. Seingatku, berlari begini selalu kulakukan bersama dengan adik perempuanku Fifi. Berlari di sekeliling rumah sambil menyanyi lagi kesukaan kami 'Jangan Pisahkan' nyanyian Daddy Dores dan Mayang Sari. Penuh dengan nostalgia. Selepas berlari kami bermain buaian yang dibuat sendiri oleh kakakku di bawah rumahku. Rumahku adalah rumah kampung yang diperbuat daripada kayu. Tiang-tiang rumah tersebut cukup tinggi bagi kami untuk menyangkut buaian tersebut. Bukan setakat bermain buaian sahaja, kadang-kadang idea bernas abangku juga menggali tanah di bawah rumah itu untuk dijadikan papan congkak. Hehe..hebatkan! Aku rindu akan suasana itu. Namun, itu semua hanya tinggal kenangan.. Itupun ketika aku di bangku sekolah rendah. Ketika sekolah menengah aku sudah jarang melakukan aktiviti seperti itu kerana tinggal di asrama. Aku tak banyak masa di rumah berbanding adik-beradikku yang lain lantaran arwah ayahku memasukkanku ke sekolah berasrama penuh. Kata ayahku, aku patut menerima tawaran belajar di sekolah yang lebih baik sekiranya keputusan UPSR ku cemerlang. Aku hanya menuruti kehendaknya sehinggalah aku telah berjaya menjadi seorang guru sekarang. Aku harap ayahku gembira dengan kejayaan ku ini walaupun tidak sehebat abangku yang telah berjaya menjadi seorang peguam. Aku tahu hasrat arwah ayahku ingin aku menjadi seorang doktor. Doktor Puteh! Itulah gelaran yang selalu diberikannya kepadaku. Namun, aku tidak mampu untuk mengotakan harapannya lantaran keputusan gred purata ku ketika di kolej matrikulasi hanya mencecah angka 3.3 sahaja. Aku menyeka air mataku yang tiba-tiba menitik mengenangkan harapan arwah ayah itu. Maafkan aku ayah.

"Ida, why? Is something happened to u?" aku terpinga-pinga terkejut mendegarkan sapaan itu. Aku memandang ke arah suara itu. Kak Erra tersenyum sambil menyaingiku. Hari ini baru nampak kelibat Kak Erra. Dia bukan fasilitator di sini. Dia ke sini untuk beberapa tugas sahaja apabila disuruh berbuat demikian.

"Nope, nothing. Ada habuk kayu masuk ke dalam mata kot. Pedih..", aku berbohong sambil menggeleng-gelengkan kepala menidakkan sekadar menyembunyikan rasa sedih yang tiba-tiba bersarang di mindaku ini. Lagipun, aku tidak gemar berkongsi masalah dengan banyak orang. Hanya orang yang betul-betul rapat sahaja.

"Oh, begitu. Akak ingatkan Ida menangis tadi. Kaki yang sakit kelmarin dah baik?" Kak Erra menyoal lagi. Aku menggeleng-gelengkan kepala seraya berkata.

"Tak sakit dah. Dah baik. Thanks akak"

Kak Erra tersenyum. Nasib baik dia menolong dengan memanggilkan Encik Kacak yang aku sifatkan memang pandai mengurut itu. Kalau tidak, aku pasti akan menanggung sakitnya berhari-hari. Makan ubat berbeza dengan kaedah mengurut kalau terseliuh. Aku memang dah masak dengan kejadian yang seperti ini. Ini bukan kali pertama kaki terseliuh, malah sudah berkali-kali kejadian yang sama terjadi. Careless! Itulah ucapan kakakku padaku lantaran bosan dengan keadaanku yang selalu sakit kaki.

"Ida, akak difahamkan para peserta perlu membuat jualan online untuk tugasan akhir kursus ini. Ida dah fikirkan nak jual apa?" Kak Erra bertanya lagi. Aku menoleh ke arah wanita yang suka berselendang itu.

"Hm..nak jual perfume. Okay tak?".. aku tersenyum seraya mengangkat keningku yang agak tebal itu.

"Perfume? Perfume yang macam mana?" tanya Kak Erra lagi. Kelihatan seperti lebih berminat. Nak jadi customer aku kah? Aku tersenyum-senyum.

"Original perfume from USA", aku berkata yakin walaupun belum mendapat kesahihan sama ada pemilik Kedai Aira Comel di laman facebook itu sudi atau tidak untuk menjadi pembekalku. Namun, aku meyakini jawapannya sudah tentu positif kerana aku dapat memberi keuntungan kepada kedainya dengan memasarkan produk jualannya. Dia sendiri pernah menyuruhku untuk mempromosikan perfume-perfume yang berjenama itu.

"Bagus juga tu. Jual perfume berjenama ni banyak dapat untung tau. Tapi, sasarannya mesti orang-orang yang professional. Kalau orang-orang yang bergaji kecil kurang berminat dengan perfume yang mahal ini. Tak sama dengan jualan tudung, baju dan kain. Pelajar pun berkemampuan untuk membelinya" ujar Kak Erra lagi.

Betul juga kata Kak Erra. Masyarakat yang bergaji kecil takkan mampu membeli perfume yang mahal ini. Aku sendiri pun begitu ketika mula bekerja dahulu. Cuma, setelah tangga gaji naik ni, aku mula berjinak-jinak dengan dunia perfume berjenama ini. Lebih-lebih lagi dengan Perfume Burberryku itu. Aku terlalu suka akan wangian itu. Tak salah kalau aku sekadar mencuba. Lagipun, rakan-rakanku kebanyakannnya mempunyai pendidikan yang tinggi dan mempunyai taraf pekerjaan yang baik. Mungkin ramai di antara mereka yang berminat untuk membeli perfume yang ku jual nanti.

"Betul tu. Tapi, Ida cuma ingin mencuba. Kalau ada seorang pelanggan pun cukuplah", hehe... Betull, kalau ada seorang pelanggan pun dah kira bagus. Bukan senang nak jadi peniaga ni. Harga sebotol perfume berjenama kelas pertama ni bukan murah. Kalau terjual satu atau dua unit pun dah dapat untung.

"Ya tak ya juga kan Ida. Why not kan. Tapi, Ida kena tahu setiap bauan perfume tersebut, sebab customer mesti akan tanya Ida nanti disebabkan mereka tak dapat nak bau secara langsung", Kak Erra menyambung katanya. Aku mengangguk-angguk. Benar kata Kak Erra. Aku bukan tahu sangat setiap bau perfume tersebut.

"Supplier kan ada. Ida tanya dia sajalah," aku menjawab pendek seraya tersenyum. Kak Erra membalas senyumanku sambil mengangkat ibu jarinya. Kami tergelak dan mempercepatkan langkah menyaingi peserta-peserta lain ke garisan penamat yang berada kira-kira 500 meter lagi dari jarak langkahan kami. Kak Erra memberi isyarat tangannya supaya aku bergerak lebih pantas apabila menyedari kami agak tertinggal di belakang lantaran memulakan larian lebih lambat berbanding peserta-peserta kursus lain. Memang betul-betul memenatkan. Aku benci sukan yang melibatkan larian begini. Kaki kiriku pula bagai mencucuk-cucuk sengal. Dah datang balikke sakit ni? Sendiku baru pulih, dah kena berlari macam ni. Aku merungut di dalam hati sambil melihat Kak Erra dan peserta-peserta lain melajukan langkah mereka. Kalau macam ni, akulah peserta terakhir menamatkan larian ini. Namun begitu, kupaksakan kaki ini untuk terus melangkah. Pintu pagar kem ku tenung dalam-dalam. Aku harus menghabiskan larian ini dengan sempurna. Ganbatte!! Tiba-tiba aku tidak dapat mengimbangi badanku, lalu tersungkur. Dahan kayu yang melintangi jalan itu terbelah dua. Aku terpijak dahan kayu rupanya lantaran terlalu fokus ke arah pintu pagar kem dek hendak menamatkan larian dengan cepat. Wajahku mencium jalan berturap tar itu. Husshh!!

"Ida, kenapa ni?" suara garau yang ku kenali itu menyapa. Malunya. Aku memang cuai. Encik Kacak berdiri di hadapanku seraya mengusap rambutnya yang menutupi dahinya. Aku tak mampu berkata apa-apa. Lelaki itu menghulurkan tangannya membantuku bangun semula. Aku tiada pilihan lain selain menyambut huluran tangan tersebut dengan agak terketar-ketar. Kalau tidak, aku mungkin tidur di jalan raya tersebut malam ini. Inilah kali pertama aku memegang tangan lelaki. Ampunkan aku Ya Allah! Aku menjerit di dalam hati. Sesungguhnya aku tak sengaja. Badanku tertolak sedikit ke arah Encik Kacak apabila berdiri begitu. Aku tergamam seketika apabila mataku bertemu matanya. Ya Tuhan...sungguh kacak lelaki ini. Matanya yang redup menikam sukmaku. Cewaah!! Wangian yang dipakai oleh Encik Kacak pun terasa dekat di hidungku. Hmm..wangi! Perfume apa yang dipakai oleh lelaki ini? Sempat lagi aku terfikir tentang perfume yang dipakai oleh lelaki ini.

"Macam mana boleh jatuh macam ni?" Encik Kacak menyoal lagi. Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal itu. Entah! Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terpijak dahan kayu tersebut. Mataku belum buta lagi, cuma rabun sedikit saja. Haishh..dahan pokok pun boleh dengki dengan aku ke.. aku merungut di dalam hati seraya menjawab.

"Saya terpijak dahan pokok ni encik. Terima kasih" aku tunduk. Malu betul! Lelaki ni mesti mengatakan aku gadis yang cuai. Sudahlah hari tu kaki dah masuk longkang. Hari ni pula muka ku mencium jalan raya. Lelaki itu memandang ke arah ku. Kesian kah dia? Kenapa aku mesti jatuh di hadapannya, baru nak control ayu. Aduh..spoil betul! Marahku di dalam hati. Dahiku terasa bagai ada kesan calar akibat tersembam ke atas jalan raya tadi. Kaki kiriku pula makin menjadi-jadi sengalnya. Aku cuba untuk berlagak biasa seolah-olah tiada apa-apa kesan yang berlaku pada kakiku di hadapan lelaki itu seraya memulakan langkahku melewati pintu pagar kem. Macam mana kakiku boleh sakit lagi ni? Please..kaki..jangan sakit lagi di sini. Aku memujuk diri. Namun, sebentar kemudian ku terasa bahuku ditarik dan dipapah menuju ke pintu pagar kem. Mata-mata yang berada di situ hanya memerhatikan aku. Mungkin pelik kerana dipapah begitu. Kakiku memang tak sporting pada waktu ini. Aku tak mampu membohongi Encik Kacak lagi dengan langkahanku yang terjengket-jengket itu.

'Seat here"..Encik Kacak mengarah aku supaya duduk di bawah pohon mempelam yang rendang berdekatan dengan pintu pagar kem. Tangannya mula mengurut perlahan-lahan kaki kiriku yang sakit itu. Kedengaran bunyi wisel menunjukkan semua peserta kursus harus bergerak ke kafeteria untuk makan malam.

"Kenapa tak minta excuse tadi. Awak tak perlu berlari kalau kaki masih belum pulih sepenuhnya", Encik Kacak berkata sambil memandang ke wajahku. Renungannya tepat ke dalam anak mataku. Jantungku mula berdebar-debar. Penyakit jantung dah menyerang lagi!!

"Tadi, kaki saya elok lagi. Mungkin sebab jatuh tadi kot", aku cuba membela diri. Mataku ku halakan ke arah kaki kiriku. Tak mampu untuk membalas renungan Encik Kacak itu. Wajahnya betul-betul berhantu. Persis bayangan lelaki yang selalu hadir dalam mimpiku. Encik Mimpi!... Wajah bertopeng itu pulak!... Hehe..Tidak ku sangka, wajah sebegini betul-betul wujud di dunia yang nyata.

"Take a rest. Malam ni awak dikecualikanlah untuk hadir slot ceramah. Pipi dengan dahi awak tu pun macam ada kesan calar. Esok pagi baru awak turun untuk slot ceramah pagi", ujar Encik Kacak lagi. Jadi, malam ni aku tak perlu turun Dewan Seminar??...hatiku menguntum senyum. Dapat 'escape slot'. Aku hanya mengangguk tanda faham.

Setelah selesai mengurut kakiku, Encik Kacak mengajakku ke kafeteria untuk menikmati makan malam di sana. Aku hanya menuruti ajakannya. Lagipun, perutku memang sudah lama berkeroncong dan meminta diisikan dengan segera. Sesampai di sana banyak lauk yang sudah habis. Memang macam tu. Kalau lambat beginilah yang terpaksa dihadapi oleh mana-mana peserta kursus. Makan sajalah apa yang ada. Sayur kangkung kegemaranku pun dah habis. Ikan tongkol beserta sambal belacan pun sudah habis. Yang ada cuma kuah sambalnya sahaja. Lauk yang ada cuma ikan masin dan sedikit ulam-ulaman yang hampir habis itu. Harunya! Dahlah kaki sakit, muka pun bercalar. Makanan pula habis. Memang malang betul nasib aku petang itu. Haisshhh!! Aku mula mencongak-congak lauk mana yang harus ku cedok sambil memegang senduk nasi yang berwarna merah itu.

"Ida, lauk dah habis", Encik Kacak berdiri di sebelahku bersuara apabila melihat aku yang mahu mula mencedok nasi putih ke dalam pingganku. Kesian dia. Ini semua gara-gara menolong aku yang cuai ini. Tak pasal-pasal dia pun tak dapat makan sama. Agak-agak dia sudi ke nak makan ikan masin dengan ulam daun selom ni saja? Aku memandang ke wajahnya.

"Diey, where do u have been?" satu suara menyapa dari belakang. Cik Asfarina datang bersama sepinggan nasi berisi lauk. Dia berdiri di sebelah lelaki itu dan menghulurkan pinggan tersebut. Oh, nasib baik Minah Ketak ni dah simpankan lauk untuk Encik Kacak ni. Aku menarik nafas lega menenangkan diriku yang sejak tadi dihantui rasa bersalah. Untung ada kekasih ni kan.

Encik Kacak memandang ke arah Cik Asfarina. Dia tidak terus menyambut huluran itu. Kenapa tak nak pula? Aku mula bertanya dalam hati. Sedap betul ikan tongkol, sayur kangkung dan pajeri nenas yang terhidang di dalam pinggan tersebut. Memang kegemaran aku! Kalau tak nak, beri sajalah pada aku..hehe...aku berseloroh dalam hati.

"U simpankan untuk I ke?" Encik Kacak bertanya lagi kepada wanita itu. Yela! Aku menjawab dalam hati. Untuk siapa lagi? Takkan untuk aku kot. Aku tertawa dalam hati. Macamtulah kot orang berkasih. Banyak berbasa-basi. Tak penatke? Cik Asfarina mengangguk sambil melemparkan senyuman manis sambil menarik tangan lelaki tersebut untuk duduk di sebelahnya. Eh...Haram tau pegang tangan lelaki! Aku memberi tazkirah di dalam hati. Aku terus mencedok nasi putih ke dalam pingganku. Malas nak tengok drama Korea mereka. Dapat makan ikan masin pun jadilah. Janji dapat mengisi perut ku ini.

"Thanks. But bukan I sorang jer yang tak dapat makan ni. Ida pun belum makan lagi", lelaki itu meleraikan pegangan tangan Cik Asfarina sambil memandang ke arah ku. Aku jadi serba salah. Kenapa nama aku juga perlu dimasukkan dalam perbualan ini. Pergerakan ku terhenti seketika. Pinggan berisi nasi putih yang telah kucedok dari termos tadi ku pegang kemas.

"Its okay. Saya makan lauk yang masih ada kat sini ni", aku menjawab sambil menghalakan tanganku ke arah ikan masin yang tersedia di dalam mangkuk buffet itu. Tak apa. Aku dah biasa makan berlaukkan ikan masin saja. Di rumah sewa ku pun, itulah lauk yang selalu ku makan pada waktu malam. Maklumlah, kebolehanku dalam bidang masakan ni, hanya setakat menggoreng saja.

"Ida, lauk apa lagi yang ada di situ. Let's eat outside" Encik Kacak memberi cadangan. Ku lihat wajah Cik Asfarina sedikit berubah. Tak senang mungkin dengan ajakan itu. Aku jadi serba salah. Wajah Encik Kacak masih selamba. Tak ada perasaankah dia? Apakah ayat yang harus aku ucapkan sekarang?

"What?" Cik Asfarina memandang ke arah kekasihnya, Encik Kacak dan kemudiannya ke arahku. Marahkah dia padaku? Kenapa? Aku tak berslah kan? Aku mula bimbang. Tak biasa dengan keadaan ini.

"Ida, lets have some meal outside", Encik Kacak kemudiannya bersuara lagi sambil mengeluarkan kunci keretanya tanpa memadang ke arah Minah Ketak itu.

"Diey, this food is for U. Sape nak makan ni?' kali ini nada Cik Asfarina kedengaran agak tinggi dari tadi. Aku hanya memandang ke arah mereka berdua. Apa yang harus ku buat sekarang? Ya, ambil ikan masin dan ulam ni dan beredar dari meja buffet ni sekarang juga.

"Ida, come", lelaki itu bersuara lagi dan menarik pinggan ku yang berisi nasi putih berlaukkan ikan masin itu dan meletakkannya di atas meja buffet itu kembali. Aku bungkam. Tak tahu apa tindakan yang harus ku lakukan. Wajah cik Asfarina mencuka. Kulitnya yang putih kuning langsat tadi sudah bertukar menjadi merah seperti udang galah di restoran Ajak di pekan Jempol tempoh hari. Suaranya nyaring berteriak.

"Apa yang ada pada perempuan kampung ni?" tempik wanita itu sambil bercekak pinggang.

Serentak kemudian, pingganku yang berisi ikan masin dan ulam yang diletakkan oleh Encik Kacak di atas meja buffet itu bertaburan di lantai kafeteria itu. Peserta kursus yang masih berada di meja makan itu semua memandang ke arah kami. Aku terkejut dengan tindakan garang Minah Ketak itu. Hanya itulah sahaja makanan yang ada untukku petang itu. Sampai hati rezeki yang sedikit itu dibaling ke lantai sebegitu rupa. Tak tahukah dia aku kelaparan? Kenapa mesti memberontak dan bersikap kasar terhadapku. Aku betul-betul sedih dan terhina dengan perbuatan itu. Ku hayunkan kaki laju-laju meninggalkan kafeteria itu berlari ke Dorm ku yang terletak di tingkat tiga hostel sambil mengesat air mataku yang mula tumpah dari kolam mataku dengan tudung bawal putih yang tersarung di kepalaku itu. Rasa sakit pada kaki ku tadi ku letak tepi. Lantaklah apa nak jadi di situ. Perutku yang kosong itu ku isikan dengan tangisan. Lapar betul ku rasakan. Aku betul-betul tidak faham dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Sesampai saja ke muka pintu dorm, aku terus meluru ke katilku dan menyembamkan muka ke bantal bersarung putih itu. Sedih betul kurasakan. Malang pula bertimpa-timpa terjadi kepadaku. Sudahlah kaki sakit, muka pun dah bercalar, makanan pula tak dapat ku jamah. Perut ku benar-benar kosong. Aku diperlakukan seperti seekor kucing kurap. Pinggan nasi dibaling ke bawah lantai dan nasi bertaburan. Pilu betul kurasakan. Wajah tegang Cik Asfarina dan Encik Kacak datang bersilih ganti. Apa motif Encik Kacak berbuat demikian. Disebabkan dia, Minah Ketak itu membaling pinggan ku. Sudah tahu kekasihnya begitu, mengapa dia berdegil. Dia memang telah menyusahkan aku. Rasa benci terhadap pasangan kekasih itu mula bersarang di hati. Aku tidak pernah bercinta, tetapi aku faham perasaan sebagai seorang kekasih. Sudah tentulah bengang sekiranya pemberian ikhlas kita tidak disambut baik oleh insan yang disayangi. Perbuatan Encik Kacak yang tidak menerima huluran makanan Cik Asfarina tadi mungkin telah melukakan hatinya. Aku pun tidak pernah terlintas untuk menurut ajakan Encik Kacak tadi untuk keluar makan di luar kem. Aku sedar siapa diri aku. Tambahan pula, Encik Kacak itu bakal tunangan orang. Digelar perempuan kampung begitu, tak ubah seperti dialog dalam drama TV3. Slot apa ni... Samarinda? Akasia? Zehra? Apa salah aku? Memang salah aku mungkin kerana meminati lelaki itu. Tapi, tidak pernah pula ku zahirkan perasaan ku pada sesiapun. Hanya Das sahaja yang mengetahui dan dia sendiri tidak pernah memberitahunya kepada sesiapapun. Lagipun bukan aku seorang yang menyukai lelaki itu, tapi kenapa aku yang harus diperkatakan begitu. Aku menangis semahu-mahunya.

Pintu dormku berkeriut apabila dikuak seseorang. Ku angkat wajahku melihat siapa yang datang. Das masuk ke dalam dorm dan merapatiku sambil memegang bahuku. Aku pasti dia turut melihat drama tak berpengarah tadi.

"Ida, kau okay? Kau belum makan lagi kan?" Das bertanya. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil mengesat air mataku yang kian laju menuruni pipi mulusku. Tak mampu bersuara lagi.

"Nanti kita cuba tanya dengan mak cik Kafe tu, kalau-kalau dia masak lebih malam ni. Ada VIP katanya akan datang untuk slot malam ni. Mesti mak cik kafe tu masak lebih", Das berkata lagi sambil memujukku seraya menghulurkan sebiji buah pisang kepadaku yang diambil di kafeteria tadi. Aku memandang ke arah buah pisang tersebut. Hatiku jadi makin terharu. Ku peluk rakan yang baru ku kenali seminggu itu. Air mataku bercucuran jatuh begitu juga dengannya. Syukur ku temui rakan yang memahami di sini. Biarpun baru berkenalan, namun ku rasa rapat dan selesa berkawan dengannya.

"Terima Kasih Das", aku menyambut hulurannya sambil mengucapkan terima kasih. Walaupun tak dapat menjamah nasi petang itu, sekurang-kurangnya buah pisang tersebut dapat mengalas perutku yang berkeroncong itu. Pisang itu cepat-cepat ku patahkan dua lalu kusuakan ke dalam mulutku... Memang itulah cara aku makan pisang sejak kecil. Das memerhatikan tingkah laku ku sambil tersenyum.

Malam itu semua peserta kursus diminta hadir awal ke Dewan seminar kerana ada VIP yang bakal menghadiri slot malam itu. Pengarah besar dari Berjaya Megah Holdings akan turut sama dalam slot tersebut. Tajuk malam itu ialah berkaitan pengurusan kewangan dalam perniagaan. Das ku lihat terkocoh-kocoh mandi dan menukar pakaian. Aku yang masih di tikar sejadah hanya melihat dan tidak berkata apa-apa. Das menjungkit keningnya kehairanan melihat kelakuan ku yang masih kaku di situ.

"Kau belum tukar baju lagi? Kita kena hadir ke dewan sebelum pukul 8 malam ni tau", kata Das sambil membetulkan tudung Syria biru nya.

"Aku dapat pengecualian malam ni. Tadi, that guy cakap, sebab kaki aku ni sakit lagi. Aku jatuh buat kali kedua di depan pintu pagar kem tadi," aku menjawab pertanyaan Das sambil memandang ke arahnya. Malas aku nak sebut nama lelaki itu lagi.

"Kau jatuh lagi?..That Guy? Who?" Das bertanya lagi. Mungkin pelik kenapa aku tidak menyebut nama. Guy ramai di sini.

"Encik Kacak", aku menjawab pendek. Das merenung wajahku.

"Ida, apa yang berlaku sebentar tadi? Kenapa Minah Ketak tu jerit-jerit kat kau tadi hah?" Das bertanya lagi. Kali ini wajahnya berkerut-kerut ingin mengetahui penjelasan lanjut.

"Aku ceritakan semuanya kat kau selepas slot malam ni. Dah pukul 7.55 malam ni, nanti kau lambat pula", kataku apabila melihat jam di tangan ku menunjukkan 7.55 malam. Das yang baru menyedari waktu sudah menghampiri jam 8 malam itu cepat-cepat menyarung sepatunya dan bergegas turun ke Dewan Seminar yang terletak bersebelahan dengan kafeteria itu. Sempat juga aku berpesan padanya untuk membawa naik ke atas dorm kalau-kalau ada makanan lebih pada malam itu. Biskut kering pun jadilah. Perut aku bukan double standard pun. Semua makanan boleh masuk kecuali batu dan kayu saja.

Aku mengisi malam itu dengan melayari internet sahaja. Akaun Facebook ku ku buka. Sudah lama tidak ku update laman social itu dek sibuk dengan menghadiri slot dalam kursus ini. Banyak notification yang tertera pada skrin laptop ku. Banyak info yang ku dapati daripada rakan-rakan guru sekolahku. Masing-masing sibuk dengan fail Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kak Zaida yang merupakan setiausaha peperiksaan sibuk membuat pengumuman di laman social itu supaya guru-guru mengemaskini data keputusan PBS pelajar pada akhir tahun. Sistem pendidikan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan ini menjadikan kerja guru semakin bertambah. Kalau dulu, guru sibuk menanda kertas apabila ada peperiksaan sahaja, tetapi kini dengan sistem PBS ini, guru-guru akan sentiasa sibuk menanda kertas ujian setiap masa kerana PBS akan dilakukan setiap kali sesuatu bab selesai diajarkan kepada pelajar. Selain penat menanda kertas, pelajar-pelajar juga memerlukan banyak kertas untuk melaksanakan sistem ini. Kali ni, habislah kayu balak kat Malaysia ni ditebang untuk menghasilkan kertas.

Tiba-tiba kotak chat ku menyala menandakan ada pesanan dari rakan facebook ku kepada ku. Message dari kakak sulungku, Kak Anis.

'Da, dah tahu belum? Fifi akan bertunang akhir bulan 10 ni?' mesej ringkas itu berbunyi begitu. Malas betul untuk aku membacanya apatah lagi membalasnya. Namun, Ku kuatkan semangat untuk membalasnya.

'Tahu. Mak dah beritahu' pendek jawapanku. Lantas terus ku tutup kotak mesej itu. Mesej itu betul-betul mematikan mood ku untuk terus melayari internet malam itu. Apabila mengenangkan peristiwa di kafe petang tadi, ingin saja ku tamatkan kursus ini secepat mungkin, tetapi apabila mengenangkan keadaan yang akan berlaku pada akhir bulan 10, aku jadi berbelah bagi. Lebih baik aku di sini daripada pulang ke rumah. Keadaan di rumah nanti akan menyesakkan aku. Kenapalah malang datang bertimpa-timpa dalam hidupku sekarang ini. Alangkah baiknya aku menjadi seperti watak kartun sailormoon kegemaranku itu. Boleh menukar keadaan yang sedih kepada gembira. Dikelilingi dengan kegembiraan. Yang paling penting dia memiliki cinta hati yang sejati. Itulah cinta sejati yang selalu menjadi topik hangat antara aku, Maya, Linda dan Aya yang merupakan rakan-rakan baikku di universiti dulu.

Lamunan ku terhenti apabila kotak mesej ku menyala lagi. Kali ini bukan dari kakakku, tetapi dari pengguna Facebook yang lain. Ku amati namanya, BB Addicted. Namanya seolah-olah BB Cream Mistine kegilaan adikku, Fifi.

'Salam, U ada jual perfume ke dear?' begitulah bunyi mesejnya. Aku mula tertarik untuk membalasnya. Mungkin inilah customer pertamaku. Islam rupanya dia. Tu..bagi salam. Nama bukan main hebat lagi. Samalah denganku, akaun facebook ku sengaja ku namakan 'Usako Princesz' sempena nama manja Usagi dalam siri kartun Sailormoon. Hal itulah yang menyebabkan ramai rakan-rakan ku tidak menemuiku di laman social itu. Hanya orang yang betul-betul mengenaliku sahaja dapat meneka page itu adalah milikku. Itupun setelah ku beritahu kepada mereka tentang nama samaranku. Peserta-peserta kursus yang berada di dalam kem ini juga turut berasa pelik dengan nama itu. Saja ku buat begitu

'Salam, Ya dear. Berminat nak order ke?' begitu mesra ku balas mesej pengguna facebook itu yang ku kenali dengan nama BB itu.

'I minat. Kalau I beli banyak , U bagi discount ke?' tanya BB lagi. Aku tersenyum-senyum. Sudah tentulah. Kata supplier ku sekiranya ada pembeli yang inginkan lebih dari seunit perfume, aku boleh jual dengan harga yang murah kerana kos penghantarannya boleh dipotong.

'Confirmlah dearJ. U nak berapa unit? Lagi banyak U order, lagi banyak I bagi discount'..waah..gitu ayat ku taip dalam kotak mesej itu. Mudah-mudahan BB ni betul-betul jadi customer aku. Dagu ku tongkat ke atas meja komputer dormku itu. Tak sabar menunggu balasan darinya.

Tiba-tiba pintu ku diketuk kuat. Aku terkejut. Aku mula takut. Jam di tanganku baru menunjukkan angka sembilan. Ini bererti slot malam belum tamat lagi. Aku mula risau. Kes mistik kah? Bulu romaku mula menegak. Nokia C3 ku pegang kemas. Pintu dorm ku kedengaran di ketuk lagi. Kali ini dengan lebih kuat dan disertai dengan ucapan salam seorang wanita. Alhamdulillah manusia rupanya. Takkan orang jual ubat kot dapat masuk kem malam-malam macam ni. Tak mungkin. Hissyy.. aku membuka pintu dorm dengan perlahan-lahan. Dua orang gadis yang kelihatan sebaya denganku berpakaian merah menghulurkan sebuah kotak yang tertera Pizza Hut di situ. Hawaiian Supreme!! Pizza kegemaranku. Tapi, bila masa pula aku order pizza ni. Gadis itu kemudiannya menghulurkan bil kepadaku. Aku terkial-kial mencari dompet ku. Entah cukup ke tidak duit yang ada dalam dompet ku itu. Gadis itu kemudian bersuara.

"Take this receipt. Already paid sis. Have a nice meal", kedua-dua orang gadis itu pun berlalu. Misteri betul. Macam mana dah already paid pula? Bukan aku tak pernah order pizza secara online...tapi ini memang kes yang aneh. Already paid? Bukankah aku patut membayar bil selepas penghantaran dibuat? Belum sempat aku bertanya itu dan ini..kedua-dua wanita itu telah berlalu. Ku tutup pintu dorm dengan rasa hairan sambil mendongak syiling mencongak sesuatu. Kakiku tiba-tiba tersepak bakul sampah yang diletakkan di penjuru dorm berdekatan dengan pintu itu. sampah yang dipenuhi kertas itu bertaburan dan ku kutip semula. Aku terpandang ke arah suatu resit yang lebih kurang sama denagn resit yang diberikan oleh gadis tadi. Tertera nama Pizza Hut di situ. Sah. Ini mesti Das yang memesan pizza Hawaiian Supreme itu. Aku menguntum senyum. Tak terfikir pula aku untuk order pizza je tadi. Kem yang terpencil begini pun ada penghantaran pizza kot. Agaknya tiada makanan di kafe lah tu. Thanks Das. Aku berkata dalam hati sambil menyuap pizza regular itu ke dalam mulut. Sedapnya. Tanganku pantas menekan papan kekunci kompuetr ribaku untuk melihat kalau-kalau ada mesej dalam kotak mesej Facebook ku. Memang tepat telahanku. Mesej dari BB lagi. Bibirku mengukir senyuman.

'I nak order 10 unit perfume . 5 for men and 5 for women'..terbeliak mataku memandang bait-bait perkataan dalam kotak mesej itu. Banyaknya! Masyuknya, kalau betul-betul she is serious buyer.

'Okay dear J. U nak perfume yang mana? U please attached the pictures from my album here. So, I know which perfume U want to order'..haa.. speaking London gitu. Mestilah, aku kan jual Perfume USA ni. Hehe..

'All Burberry Brit EDT 100ml. 5 form men and 5 for women' laju saja balasannya. Burberry Brit EDT 100 ml? That's my perfume. Tak perlu tunjuk pun aku dah tahu. Harga yang diberikan kepadaku oleh supplierku ialah RM180. Kalau up to RM190? Dah boleh buat duit ni. Kayanya orang ini. 10 unit yang dipesannya akan mencecah harga ribuan ringgit Malaysia. Harga yang dipesan oleh BB mencecah RM 1900. Hampir sama dengan gaji pokok ku setiap bulan. Dasyat betul orang ini. Pastikan servis yang kuberikan juga bertaraf lima bintang. Kalau tidak bising pula my precious customer ini.

'Okay, noted dear. This is the detail payment. Please bank in the money within 24 hours. After that, don't forget to remind me and u please give me ur full name, ur address and ur phone.'..panjang gitu balasan mesej ku kepadanya untuk memberitahu harga dan cara pembayarannya. Ayat yang biasa ku dapat daripada Kedai Aira Comel, supplier perfume ku ketika membeli di kedai onlinennya kini ku tulis kepada customer pertama ku ini.

'Allright. I already transferred the amount of money to ur CIMB account. So, when i can have all the items? And may i have ur phone number?' ...terkejut beruk aku membaca pesanan yang baru masuk ke inbox akaun facebook ku itu. Tak sampai 5 minit. Bagaikan tak percaya ..RM1900 telah dikreditkan ke akaun CIMB ku. Tapi, perkara itu bukanlah sesuatu yang sangat aneh bagi orang yang berduit. Entah mak datin mana lah yang sedang berurusan denganku ini.

'Thank U dear. I'll proceed ur order as soon as possible. Within 2-3 days u will get the lovely perfume. I'll give U the tracking number after i posted ur items tomorrow. This is my phone number for another inquiries. Thank U for shopping here. Come and visit us again J' ...sudah berjayalah aku menarik pelanggan ku ini. Tapi, takut juga kalau-kalaulah supplier aku buat hal pula. Iya-iya saja aku pos esok. Kalau tiba-tiba Kedai Aira Comel itu tak poskan esok macam mana. Esok sudah hari rabu. Kalau dia pos esok, bererti perfume itu akan sampai ke tangan BB pada hari khamis. Kalau bukan hari khamis pun, dia akan memperoleh barangan itu pada hari jumaat. Dalam minggu ini juga lah kan.

Dek terlalu asyik melayan mesej BB Addicted itu, tidak kudesari pizza panas yang baru dihantar itu telah habis ku makan. Sedap betul. Langsung tak rasa muak seperti selalu. Mungkin aku terlalu lapar sehingga menjilat jari. Huh.. Jam di tanganku menunjukkan angka 9.45 malam. Tak sabar menunggu kelibat Das masuk ke dorm. Slot malam ini akan berakhir jam 10.30 malam. Ada setengah jam lagi. Semua news feed yang tertera di akaun facebook ku telah habis ku baca. Sampai penat tangan ku menekan butang like setiap gambar yang diposkan oleh rakan-rakan ku dalam laman social itu. Adikku yang sibuk mencari busana pertunangannya juga sibuk bertanya kepadaku. Pelbagai rekaan baju dalam persalinan warna hijau di tagged kan kepada akaun facebook ku. Baju yang ditunjukkan kepada ku semuanya mencecah harga ratusan ringgit. Banyak pula duit dia. Maklumlah bakal tunangannya itu mempunyai bisnes dan pelaburan emas. Majlis pertunangannya nanti pun ditaja penuh oleh bakal tunangnya itu. Bertuah betul adikku, Sampai begitu sekali kesanggupan lelaki itu terhadap adikku. Berbeza pula dengan diriku yang langsung tidak pernah dicintai oleh mana-mana lelaki. Sedihnya. Hatiku meruntun pilu. Aku tak pernah bercinta lantaran tak pernah ada sesiapapun yang sudi menerima cintaku. Aku sendiri pun tidak pernah meluahkan kata-kata cinta kepada sesiapapun. Minat-minat lelaki tu adalah, tapi hanya syok sendiri. Aku memang tidak yakin dengan diriku. Bagiku, terlalu banyak kekurangan yang ada pada diriku yang membuatkan lelaki tidak tertarik pada ku.

Suis komputer riba ku matikan. Kuhentikan pelayaran jalur lebar ku apabila mataku terasa pedih dek merenung skrin komputer itu terlalu lama. Aku mencongak-congak apa yang harus dibuat sekitar setengah jam lagi sementara menunggu Das pulang ke dorm. Mataku masih belum mahu lena. Kaki kiriku pula sudah tidak terasa sakitnya. Aku menarik dompet merah ku yang kuletakkan di atas simen ketika Gadis Pizza memberi resit tadi dan memegangnya sambil mengacukannya pada wajahku. Tangan kiriku pula membuka tingkap dorm lalu menarik langsir ke tepi. Dari jauh ku lihat Dewan Seminar kem itu terang benderang dan kafeteria di sebelahnya juga turut berkeadaan begitu. Jarak hostel dengan dewan seminar tak jauh pun. Dalam dua tiga langkah dari dewan seminar dan kafeteria sudah dapat menjejaki anak tangga hostel. Teringat aku akan peristiwa tadi. Benci betul aku akan kedua-dua pasangan kekasih itu. Gadis innocent seperti aku pula menjadi mangsa cinta mereka. Mual betul aku dengan perbuatan Minah Ketak petang tadi. Cemburunya dia. Logiklah dia kekasih Encik Kacak. Tapi, Encik Kacak pun satu hal, kenapa bertegas untuk keluar makan bersamaku? Mungkin dia kesiankan aku, tapi caranya itu membuatkan hati kekasihnya tak senang. Badanku yang rendah itu kujungkitkan sedikit apabila melihat lampu sebuah kereta melintasi jalan berhampiran Dewan Seminar itu. Kereta mewah yang tak dapat ku teka modelnya itu berhenti betul-betul di hadapan dewan seminar itu. Agaknya itulah VIP yang dimaksudkan oleh Das sebentar tadi. Aku merapatkan wajahku ke tingkap dorm sambil menguakkan tingkap itu dengan lebih luas lagi untuk mengamati wajah-wajah yang keluar dari kereta mewah itu. Paaaap!!... suatu benda kedengaran jatuh dari tingkap itu. Aku terkejut. Rupa-rupanya dompet merahku terjatuh dari tingkap dormku ke bawah. Arghhh!! Aku memarahi diri sendiri. Tak pasal-pasal kena turun ke bawah untuk mengambilnya. Takkan nak biarkan dompet ku terbiar begitu sahaja. Lantas aku teringat pesanan perfume dari BB Addicted. RM1900 tersimpan dalam Kad ATM CIMB ku di situ. Aku mula cemas lantas menuruni anak tangga hostel secepat yang mungkin. Baju tidur lengan panjang ku itu pun tak sempat ku tukar. Hatiku tak putus-putus berdoa semoga dompet ku itu masih selamat berada di situ.

"What are U doing here?" suara seorang wanita menyergahku sambil menyuluhkan lampu ke wajahku. Aku cuba melawan sinaran lampu itu sambil mengamati wajah yang sedang merenungku. Minah Ketak lagi! Apa dia buat di sini? Kenapa dia berada di luar dewan pula? Spoil.. Aku merungut di dalam hati.

"Saya nak ambil dompet saya yang terjatuh dari tingkat tiga tadi", aku menjawab jujur. Gadis itu memandang ku dari atas ke bawah. Hairan... Mungkin aku yang berbaju tidur lengan panjang itu membuatkan dirinya tertanya-tanya.

"Kenapa U tak masuk dewan untuk slot malam ni?" gadis itu bertanya lagi. Kali ini nadanya kedengaran lebih tinggi. Kenapa nak menengking aku pula? Boss yang bagi pelepasan pada aku, salah aku lagi kah?

"Tadi, Encik Faidi yang bagi pengecualian pada saya sebab kaki saya tercedera sedikit sewaktu aktiviti riadah petang tadi. Dia yang bagi kebenaran pada saya untuk berehat di dorm saja malam ni", aku menjawab sambil menujukkan ke arah kakiku yang terseliuh tadi.

"Oh, tu pasallah korang lambat masuk kafe tadi ya? Bukan hari tu U juga ke yang sakit kaki sebab jatuh longkang tu? U ni sengaja ke apa? Mentang-mentang ada orang yang sudi urutkan kaki U, makin mengada-ngada pula jadinya," sinis betul perkataan yang baru diungkapkan oleh gadis itu. Menyirap darah ku dibuatnya. Pantang aku digelar perempuan mengada-ngada @ perempuan tergedik-gedik. Bengang betul jadinya.

"Nope, I am not. Saya tak sengaja. Kebetulan Encik Faidi yang lalu di situ. Dia tolong saya tadi. Sayaaa..." belum sempat ku habiskan ayatku dia terus memotong cakapku.

"Tolong jangan mengada-ngada ya perempuan. For your information, he is my future fiancé. I hate girls yang tergedik-gedik dengan dia." Perempuan itu berlalu dengan jelingan tajam. Ahh...sakit betul hatiku dibuatnya. Suka-suka dia saja menuduh aku yang tergedik-gedik dengan bakal tunangnya. Aku tak sengaja untuk jatuh terbaring mencium jalan tar petang itu. Aku pun tak menyangka yang Encik Kacak akan lalu di situ. Aku sendiri pun tak menyuruh Encik Kacak menolongku dan mengurut kaki ku lagi. Haiisyyy..aku mengeluh sambil menghayun langkahku naik ke atas dorm ku yang terletak di tingkat tiga itu. Ucapan sinis gadis itu membuatkan aku lebih menyampah kepada kedua-dua pasangan kekasih yang menyusahkan hidupku. Agak-agaklah kalau nak cemburupun. Aku mengomel dalam hati. Takkan perempuan berwajah tidak komersial ini yang dicemburukan oleh Minah Ketak itu. Lagipun, lelaki itu bukan lakukan apa-apa yang berbau kecurangan kepadanya. Oleh sebab terlalu bengang dengan sikap perempuan itu, aku terus menarik selimut memaksa mataku untuk pejam. Hasrat untuk bercerita tentang BB Addicted kepada Das kutangguhkan.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh usakoprincessz