Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Akhir

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam.Eh apa awak buat dekat sini? Bukan awak patutnya ada dekat dalam ke?”

“Hmm..ikut suka sayalah nak ada dekat mana pun. Awak apa khabar? Merajuk dengan saya lagi?”

“Bila masa saya merajuk, cuma orang dah benci buat apa kita nak tunggu lagikan.”

“Saya mintak maaf, saya tak bencikan awak cuma saya marah. Saya tak patut buat awak macam tu.”

“Awak tak de salah dengan saya. Pergilah masuk nanti nak sarung cincin pengantin perempuan hilang pulak.”

“Takpe pandai-pandailah diaorang cari pengganti nanti.”

“Eh boleh pulak macam tu.”

“Saya nak jadi isteri awak semula, awak sudi tak nak jadi suami saya sekali lagi?”

“Awak? Hei awak dah nak jadi tunang orang la. Saya tak sepatutnya datang majlis ni,saya balik dulu.”

“Saya nak ikut. Saya tak nak berpisah dengan awak lagi. Saya cintakan awak.”

“Zahira! Tolonglah jangan buat saya macam ni. Awak dah nak bertunang.”

“Siapa cakap saya nak bertunang?”

“Tu majlis dalam tu majlis apa?”

“Tu majlis tunang kakak tiri saya Zahara. Awak tak tahu kan saya ada kakak tiri?”

“Awak jangan main-mainlah.”

“Betul saya tak main-main. Ibu saya masa kahwin dengan papa dia janda anak satu. Masa Kak Ara umur 15 tahun dia ikut tinggal dengan ayah dia dekat Turki sebab itu awak tak pernah jumpa dia. 4 bulan lepas ayah dia meninggal sebab tu dia balik sini dan tinggal dengan kami. Kalau awak tak percaya jom kita masuk tengok siapa yang duduk atas pelamin tu.”

Zafril terus meluru masuk ke dalam rumah, dan dia hanya diam memerhati apa yang ada dihadapannya sekarang.

“Percaya tak sekarang?”

“Ini tentu plan budak tiga orang ni nak kenakan saya.” Zafril mencari ketiga wajah yang menjadi mastermind. Imran, Suhaila dan Imani tersenyum gembira sambal mengangkat ibu jari thumbs up kepada dia.

“So sekarang sudi tak jadi suami saya semula?”

“Awakkan dah benci saya, awak jugak pernah cakap dulu awak akan mati kalau terus jadi isteri saya.” Zafril cuba sedar diri. Kata-kata isterinya dulu masih tersimpan kemas dalam memorinya.

“Saya mintak maaf, masa tu saya sangat kecewa dan marah. Saya tahu awak terluka dengan apa yang saya cakap tempoh hari. Tapi saya tak cakap saya akan mati kalau terus jadi isteri awak. Awak patutnya dengar sampai habis apa yang saya borakkan dengan Nayli bukan dengar sekerat then pergi macam tu je.”

“Orang dah benci sangat-sangat dekat kita ni takkan boleh nak bertahan lagi.”

“Lepas awak pergi dan terus hilang saya baru sedar apa yang saya buat pada awak salah dan berdosa besar. Kemurungan saya semakin teruk masa tu, saya tak makan, tidur mimpi pelik-pelik. Nayli pujuk saya untuk dapatkan rawatan psikiatri, Alhamdulillah saya pulih dari kemurungan. Saya mintak maaf, sebab terlalu ikutkan emosi dan biarkan diri saya tenggelam dalam emosi sampai rumah tangga kita hancur.” Air mata sudah setia mengalir dipipi. Jika Zafril menolaknya Zahira redha mungkin ini adalah karma kerana dulu dia yang membuang lelaki ini.

“Saya mintak maaf, saya tak tahu. Allah..salah saya biarkan awak sampai jadi macamtu.”

“Tak bukan salah awak. Takde siapa yang salah. Sekarang saya nak kita bina balik rumahtangga kita yang dah musnah dulu. Itupun jika awak masih cintakan saya.”

“Tak pernah walau sesaat saya tak cintakan awak. Saya hanya mahu awak Zahira untuk menjadi isteri saya. Saya akan cuba untuk menjadi suami yang terbaik untuk awak.”

“Terima kasih, saya sayangkan awak.”

“Ehem, orang sibuk majlis dekat depan dia orang buat majlis sendiri dekat belakang ni. Abah, PakNgah esok kita buat majlis nikah pulak.” Zafril dan Zahira tersipu malu bila mereka menjadi perhatian semua orang.

Alhamdulillah akhirnya Zafril dan Zahira kembali bersatu sebagai suami isteri yang sah. Setahun kemudian mereka dianugerahkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan. Syukur Alhamdulillah atas segala ujian dan nikmat yang ALLAH berikan buat mereka,ternyata ujian ini menguatkan dan mematangkan mereka dalam menempuhi pelbagai ujian pancaroba dalam hidup ini.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania