Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 36

6 bulan telah berlalu sejak Zahira keguguran, namun hubungan mereka suami isteri masih lagi dingin dan bertambah teruk sejak akhir-akhir ini. Pelbagai cara Zafril cuba untuk memujuknya namun hatinya terlalu keras.

“Sayang malam ni kita keluar makan ye? Abang dah booked meja.”

“Saya nak balik rumah papa.”

“La kenapa tak bagitahu, takpelah lepas kita dinner kita balik rumah papa.”

“Tak faham bahasa ke saya nak balik rumah papa sekarang!”

“Okay,saya faham. Tapi tak perlu kut nak tinggikan suara awak.” Zafril terus keluar dari rumah, bimbang dia tak mampu kawal amarahnya. Sikap isterinya memang sangat menguji kesabarannya yang semakin tipis ini. Dia sayangkan isteri dan rumah tangga mereka sebab itu dia masih bertahan sampai sekarang walau dilayan dingin oleh isterinya.

Zahira menangis sendiri, menangis mengenangkan keadaan dirinya yang tak seperti dulu.Dia kalah dengan emosinya sendiri. Dia tak boleh buang rasa kecewa dan marah pada suaminya sendiri. Dia tak tahu mana hilangnya rasa sayang dan cinta itu.Dia juga cuba maafkan suami dan redha dengan apa yang dah jadi. Tapi semua itu terlalu sukar untuk dia buat. Mungkin dia perlukan masa untuk maafkan suaminya.Bukan dalam keadaan terpaksa dan dipaksa seperti ini.

“Ira kau okay tak ni? Senyap je dari tadi, pagi tadi beria call aku suruh dating rumah sekarang dah senyap pulak. Aku balik lah macam ni.” Bebel Nayli sahabat baiknya.

“Sorry banyak benda dalam otak aku ni.”

“Banyak benda konon, padahal dalam kepala otak kau tu cuma ada suami kau je kan?”tempelak Nayli lagi.

“Hmm..aku dah tak boleh lah. Aku dah tak happy dengan dia.” Kata-kata Zahira sangat mengejutkan Nayli.

“Astaghfirullahalla’zim, tolong jangan buat keputusan ikut hati. Tapi ni ikut akal fikiran kau yang waras. Dia suami yang sangat kau cinta lah Ira. Takkan cinta sayang kau tu dah takde?” Nayli yang duduk segera bangun sambil mencekakkan pinggang. Dan saat ini dia tambah terkejut melihat Zafril sedang berdiri tegak dibelakang mereka. Zafril memberi isyarat supaya Nayli mendiamkan diri dan berpura seperti tidak nampak kewujudannya saat ini dan mendengar perbualan mereka berdua. Zahira hanya menundukkan kepala sebab itu dia langsung tak perasan reaksi muka terkejut sahabatnya.

“Aku tak tahu mana perasaan semua tu dah hilang. Mungkin..hilang bersama hilangnya anak aku dulu.” Zahira sudah mula menangis. Nayli segera memeluk tubuh sahabatnya.

“Kau kena kuat Ira, berpisah bukan cara untuk kau lari dari masalah ini.”

“Aku bukan lari tapi aku nak selesaikan masalah kami. Aku tak boleh seksa hati dan batin dia lagi, sebab aku pun terseksa Nayli. Aku..aku dah tak boleh hidup sebumbung dengan dia. Tolonglah faham perasaan aku Nayli. Aku akan mati kalau  terus macam ni.” Zahira sudah meraung kesedihan. Zafril juga sudah berair mata,tak sangka Zahira benar-benar sudah buang dia dari hidupnya. Mungkin cinta untuk dia sudah mati. Tak sanggup lagi untuk dia terus mendengar setiap bait kata dari mulut isterinya dia terus keluar dari rumah.

Sesak terasa dada bila kata-kata isterinya tadi bermain difikiran. ‘aku akan mati kalau terus macam ni.’ Allahhukabar. Maksudnya selam ini awak terseksa hidup dengan saya Zahira. Maafkan saya buat awak menderita. Saya sayangkan awak, saya cintakan awak. Saya akan lakukan apa saja asalkan awak bahagia.

 

“Abang sedar abang bukanlah suami yang sempurna untuk Ira. Bertahun-tahun Ira menunggu abang, tapi ini akhirnya hasil sebuah penantian tu. Abang mintak ampun dari Ira sebab abang anak kita mati. Sebab abang ayah mati. Sebab abang ibu mati. Abang taknak sebab abang Ira mati tinggalkan abang. Biarlah abang yang undur diri. Sepatutnya ayah tak perlu berikan buah pinggang dia pada abang, sebab abang ni hidup hanya menyusahkan orang.” Zafril menangis hiba, air mata lebat membasahi pipi. Zahira hanya diam tidak berkata apa-apa namun airmata dan sedu sedannya tetap jelas kedengaran walau cuba disembunyikan.

“Abang mintak maaf sekali lagi. Tolonglah pandang muka abang, Ira…”Zahira tetap berkeras dia mematungkan dirinya menghadap tingkap yang terbuka luas. Entah kenapa egonya juga tinggi untuk memaafkan lelaki yang sangat dia cintai yang telah beribu kali memohon maaf padanya.

“Takpelah abang takkan paksa Ira lagi untuk pandang dan maafkan abang. Abang mintak diri dulu, abang tak akan muncul lagi dihadapan Ira. Zahira Binti Azhar saya lepaskan awak dengan talak satu.” Zafril terus berjalan keluar dari bilik. Sungguh dia tak kuat saat ini. Zahira terus terduduk mendengar lafaz suaminya tadi. Suara tangisan yang ditahan tadi terus berhamburan keluar.

“Abang! Kenapa tinggalkan Ira. Kenapa abang ceraikan Ira. Kenapa abang tak terus pujuk Ira lagi. Abang!”

“Ya Allah Ira kenapa ni? Kenapa menangis meraung macam ni?” soal ibunya terkejut mendengar jeritan Zahira.

“Abang dia dah ceraikan Ira. Ibu Ira sayang abang, banyak dosa Ira pada abang. Ira tak bencikan dia ibu.”

“Astaghfirullahhalazim, sabar Ira. Mengucap ingat Allah. Sabar sayang, tak nak menangis macam ni.”

 

 

Previous: Bab35/2
Next: Bab37/1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania