Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab37/1

Sudah setahun Zafril berada di Perak, dia telah memulakan perniagaannya disini. Hanya sebuah syarikat designer kecil, tapi cukup untuk menggajikan 4 orang pekerja. Alhamdulillah.

Untuk sambut raya tahun ini Zafril mahu menyambutnya di Kuala Lumpur, dia pulang 4hari sebelum menyambut hari raya kerana dia mahu berbuka puasa dengan abah dan adik-adiknya. Setiap bulan Zafril akan bergilir pulang ke Kuala Lumpur dan Melaka untuk menjengah keluarga dan pusara orang-orang yang dia sayang dan cintai, namun mereka tak pernah tahu dimana Zafril tinggal sekarang walaupun kawan baiknya sendiri. Pernah mereka pulang ke kampung, namun Zafril tiada disana. Mereka cuma kasihankan Zahira yang selalu tanyakan tentang Zafril. Dah bermacam cara nak satukan kembali mereka berdua namun tidak pernah berhasil. Zafril pandai memberikan alasan dan mengelak. Mereka tahu Zafril tak mahu Zahira kecewa dan terluka lagi jika terus mengharap padanya. Zahira sedar salah dia kerana terlalu ego dengan meletakkan semua kesalahan pada Zafril.

Namun kepulangan Zafril tahun ini sangat bermakna kepada mereka sekeluarga.

“Esok boleh lah kita pergi beraya rumah PakNgah, majlis tu esok kan abah?”soal Imani pada ayahnya.

“Haah abah dah hampir terlupa mujur Imani ingatkan. Esok Aril ikut sekali, tentu family mertua suka tengok Aril ada esok.”

“Majlis apa?”

“Majlis tunang Kakak Ira.” Mendengar saja nama itu hatinya bergetar kuat. Rentak jantungnya terasa sangat laju. ‘Awak dah ada pengganti saya. Memang dah tiada lagi saya dihati awak. Saya masih setia rindukan awak.’

“Abang betulke nak pergi ni? Kalau abang tak nak pergi tak pe kami faham.” Soal Imran melihat wajah sugul abangnya.

“Yela abang, Su tengok abang macam tak sihat je?”

“Kau orang ni, abang okay lah. Dah siap semua kan? Jom. Abang dah move on lah.” Jawab Zafril sambil ketawa riang, cuba untuk menutupi segala resah dihati.

“Ya Allah Zafril, lamanya kamu merajuk ye. Sihat ke? Kenapa kurus ni?”Tubuh kurus Zafril dibawa kedalam pelukannya. Rindu betul dia dengan anak saudara seorangini.

“Sihat je Pak Ngah, kena jaga badan nanti takde orang nak.” Zafril ketawa dan diikuti Dato Azhar.

“Apa panggil PakNgah pulak. Papa tetap papa kamu sampai bila-bila. Eh kamu tak nak jumpa Ira ke? Dia ada dekat atas tu tengah bersiap rasanya.”

“Eh takpe, saya rasa ini bukan masa yang sesuai.”

“Lepastu bila masa yang sesuai.”

Zafril cuma tersenyum, dia juga tak punya jawapan untuk soalan itu. Zafril dapat melihat pelamin cantik diruang tengah rumah banglo itu. Hatinya pedih bila mengenangkan bekas isterinya akan bertunang dengan lelaki lain.

“Abang tu orang nak bertunang dah turun.” Imran mencuit bahu abangnya yang sedang ralit. Zafril terus memandang pada wajah-wajah yang sedang menuruni anak tangga. Dan pandangannya terus jatuh pada wajah ayu seorang perempuan yang bertudung litup, manis sungguh wajah itu. Zahira.

“Cantikkan abang, terpegun tak?”

“Hmm,abang keluar kejap, sakit kepala.”

“Sakit kepala ke sakit hati?” Imran dan Suhaila tersenyum sesama sendiri. Nampaknya rancangan mereka menjadi.

 

Previous: Bab 36
Next: Akhir

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania