Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 28

Imran jatuh simpati dengan ayah mertuanya, lelaki yang berada dihadapannya ini lelaki yang sedang menanggung beban rasa bersalah pada manusia sekelilingnya. Kalau nak diikutkan marah tentu dia marah kerana lelaki ini pernah berbuat jahat pada ibunya. Tetapi Imran tahu lelaki ini sudah berubah dan insaf dengan semua perbuatan dia dulu. Sedangkan ibu sudah memaafkannya siapa dia pula untuk terus menghukum. Dia juga pernah buat silap, sudah namanya manusia mana pernah lari dari melakukan kesilapan dan dosa. Sungguh kita sebagai hamba Allah sangat beruntung, kerana Allah itu Maha Pengampun. Tetapi jangan disalah anggap,jangan kerana Dia Maha Pengampun maka kita boleh berbuat salah dan kemudian mohon ampun. Astaghfirullahhalazim, jangan pernah ada terlintas difikiran pun akan perkara ini. Bagaimana jika sedang berbuat dosa dicabut nyawa,Allahhuakbar! Mintak dijauhkan. Semoga aku juga ahli keluargaku mati dalam keadaan husnulkhotimah.

“Imran?jauh menung tu?” Azman tersenyum memandang menantunya. Syukur pada Allah kerana anaknya Suhaila memiliki suami sebaik Imran.

“Takde apa ayah. Betul ayah nak balik esok?”

“Ayah nak balik esok? Su tak tahu pun.” Pintas Suhaila sambil melabuhkan punggung disebelah suaminya.

“Dah sebulan ayah dekat sini. Bosan pulak, lagipun kesian dekat kawan ayah dia seorang diri dekat kampung.” Alasan yang dia rasakan paling kukuh buat masa ini. Walau hakikat sebenarnya dia tidak mahu menjadi beban pada anak menantunya disini.

“Su belum puas manja dengan ayah.”

“Manja dengan suami lagi besar pahala.” Azman dan Imran ketawa serentak. Suhaila pula tayang muka cemberut.

“Ayah ni, okay kalau macam tu esok kami hantar ayah. Su nak juga tahu dekat mana ayah tinggal.”

“Ayah tak nak susahkan kau berdua. Hantarkan ayah ke stesen bas pun dah Alhamdulillah.”Azman memang tak mahu anaknya tahu dimana dia tinggal. Dia tak mahu suatu hari nanti dia akan menjadi beban untuk anaknya.

“Ayah biarlah kali ni kami hantar ayah, lagipun Im tengok ayah bukan sihat sangat.Boleh ye ayah, kali ni je.” Azman akhirnya mengalah dengan pujukan Imran. Kalaulah Zafril boleh melayan dia seperti Imran, dialah manusia paling bahagia dimuka bumi ini.

 

Malam tadi Zul menerima panggilan dari Zafril, memang dia terkejut sebab hamper sebulan Zafril langsung tak membalas sebarang panggilan dan whatsapp. Terkejut bercampur bimbang, semoga sahabatnya itu dalam keadaan baik-baik sahaja.Sepatutnya hari ini dia keluar dengan kekasih pujaan hati, tapi terpaksa batal sebab bagi dia sahabat yang dalam kesusahan lagi penting dari teman wanita yang belum sah menjadi isterinya lagi. Mujur teman wanitanya faham kalau tidak perang dingin lah alamatnya.

“Kau okay tak ni? Kurus sangat aku tengok kau.”

“Aku diet, tak nak lah jadi macam kau.”

“kenapa dengan aku pulak?”soal Zul lurus.

“Tu kau tengok perut kau, buncit wei!”

“Buncit tu slow sikit. Biarlah buncit asalkan ada orang nak, ada orang sayang.”

“Yelah, untunglah badan. Bila kau nak kenalkan aku dengan gf kau?”

“Nantilah,tunggu aku dah nikah baru aku kenalkan dekat kau. Bukan apa aku takut nanti kauterjatuh hati dekat makwe aku.”

“Agak-agaklah kau ni. Mulut tu cuba doa yang baik-baik sikit. Hmm, aku rindu la..” Zafril meraup wajah. Sakit rasanya bila kita cuba menafikan rasa rindu itu. Dia bukan saja hilang ibu tapi dia juga hilang kekasih hati.

“Kaurindu siapa? Aku dah agak kau kalau nak jumpa aku tentu ada masalah. Cepat cerita siapa buat kawan aku jadi macam ni?”

“Aku rindu ibu, aku rindu Zahira. Aku cuba untuk buang perasaan aku dekat dia tapi…ya Allah susah. Rasa rindu tu buatkan aku hilang semangat. Aku rasa macamnak pergi UK, duduk sini boleh buat aku jadi gila.”

“Serius aku tak faham dengan kau ni. Kenapa kau nak buang perasaan tu? Ada sesiapa yang mintak ke kau buang? Kenapa mesti nak dera perasaan sendiri? Kau rasa bila kaududuk sana kau bahagia? Percayalah cakap aku kau pergi lah ceruk mana pun,perasaan tu akan sentiasa ada dengan kau. Sebab ni dalam hati kau penuh sarat dengan rasa cinta kau pada dia. Buang ego, buang dendam kau, pasti kau akan bahagia.” Zafril mengeluh kasar. Memang mudah untuk kita cakap buang ego, buang dendam. Tapi untuk melaksanakan apa yang dikatakan itu bukan sesuatu yang mudah.

“Kautakkan bahagia selagi dendam ada dalam diri kau. Aku sebagai kawan aku nak tengok kau bahagia, sebab aku dah terlalu lama tengok derita kau.”

“Aku cuba Zul, aku cuba buang semua tu. Tapi aku tak tahu nak mula dari mana?”

“Pergi jumpa ayah kau dulu, kau sebagai anak kena pergi jumpa dia dulu. Kemudian baru selesaikan masalah kau dengan Zahira. Hei kau ni bijak pandai macam ni pun nak kena aku jugak ajar.”

“Kaukan sahabat dunia akhirat aku.”

“Yelah, sahabat sejati.”

Zafril akui dia tak punya sahabat yang ramai, semasa dibangku sekolah dulu dia seperti kera sumbang tiada siapa yang sudi berkawan dengan dia hanya kerana statusnya itu. Dia bersyukur bila Allah memberikan dia sahabat sebaik Zulkifli, begitu juga Kamal lelaki yang sangat mengambil berat tentang dia.

Previous: Bab 27
Next: Bab28/2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania