Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 35

Alhamdulillah majlis perkahwinan diantara Zafril dan Zahira berlangsung dengan sungguh meriah. Semua ahli keluarga sangat bersyukur akhirnya mereka berdua disatukan setelah pelbagai ujian dan dugaan yang telah mereka tempuh, semoga perkahwinan ini akan mengeratkan lagi hubungan keluarga mereka.

“Abang bersyukur pada Allah akhirnya Ira sah jadi isteri abang. Hmm..rasa nak peluk tak nak lepas.” Zafril mencium dahi isterinya. Zahira tersipu malu dengan sikap romantik suaminya yang baru semalam sah menjadi suami.

“Kalau abang tak nak lepas macam mana sayang nak pergi tandas, nak masak?”

“Abang ikut.” Tubuh si isteri sudah berada dalam pelukannya.

“Abang,ada pulak macam tu. Macam baby.”

“Yelah abang kan baby besar sayang. Nanti lagi 9 bulan ada baby kecik pulak.”Gurauan Zafril dicubit halus Zahira.

“I love u sayang.”

“I love you too, sayang tak boleh keluar bilik pagi ni, sayang cuma milik abang.” Tubuh si isteri terus diangkat dan diletakkan di atas katil.

“Abang…”

“Ye sayang, saya sayang awak dunia akhirat.” Zahira tersenyum bahagia. Penantian dan doa yang dipanjatkan pada Allah akhirnya terkabul jua. Semoga kebahagiaan ini akan terus kekal bersama mereka selamanya.

 

Zahira melihat suaminya sedang berbual melalui telefon, namun reaksi wajah suami yang  tegang mengundang pelbagai persoalan. Tidak pernah dia melihat wajah suami dalam keadaan bengis begitu. Tidak mahu terus tertanya-tanya dia segera menghampiri suaminya.

“Abang,siapa call tadi? Abang okay tak ni?” Zahira memegang lembut bahu si suami. Dia tidak mahu soalannya tadi akan mengundang kurang rasa senang pada suaminya.

“Kawan lama, eh sayang dah siap? Jom kita pergi honeymoon.” Tangan isterinya terus ditarik mesra, Zahira senyum paksa. Dia tahu ada sesuatu yang suaminya sedang sembunyikan. Namun buat masa ini dia perlu melupakannya sekejap, dia tidak mahu sebab perkara ini akan membuatkan saat manis mereka sekarang berlalu pergi begitu sahaja.

Kalau ikutkan Zafril mahu memandu kereta sendiri untuk ke Langkawi, namun ayah mertuanya melarang dan telah pun menempah tiket kapal terbang juga hotel sekali untuk penginapan mereka berdua.

“Buat apa penat drive jauh-jauh. Naik flight kan senang, tak penat dan tak perlu nak bersesak nak naik feri.” Zafril dan Zahira hanya menurut kata Dato’ Azhar,sebab mereka tak pernah sampai lagi ke langkawi jadi tak tahu macam mana situasi dekat jeti nanti. Kita kena dengar cakap orang yang makan garam lebih dulu dari kita, baru hidup kita aman dan tenteram. Zafril tersenyum kecil sendiri mengenang perbualan antara dia dengan ayah mertuanya tempoh hari.

“Abang are you okay? Senyum sorang-sorang.”

“Okay,I’m just happy to be your husband. Syukur pada Allah jodohkan abang dengan sayang, Petang nanti kita jalan dekat pantai okay.”

“Sayang awak.” Zahira memeluk erat suaminya, sungguh dia rasa bagai mimpi lelaki yang menjadi dambaannya selama ini berada dalam pelukannya sekarang. Sungguh Allah itu Maha Mendengar. Alhamdulillah.

Malam itu Zafril telah menempah meja untuk candle light dinner dengan isterinya, saja nak buat kejutan dia mahu bahagiakan Zahira. Walaupun dia sebenarnya bukanlah seorang lelaki yang romantik pandai nak bagi ayat-ayat manis beli jiwa bagai.

“Abang?Abang buat semua ni?”

“Nope,staff dekat sini yang buat. Abang cuma order je.” Sebuah cubitan singgah dilengan Zafril.

“Sakit sayang, sampai hati penat tau abang order macam ni tapi sayang dah lukakan abang.”

“Hah luka? Sorry sayang gurau je, darah ke?”

“Haha..Sayang takkanlah cubit manja macam tu sampai berdarah. Dah jom kita duduk.”

Zafril menarik kerusi untuk isterinya, Zahira masih dalam keadaan terkejut dan teruja.Tak sangka suaminya seorang yang romantik. Auch!

“Abang mintak maaf sebab lama buat sayang tunggu abang. Abang terlalu pentingkan diri,but thanks tunggu dan sanggup terima abang semula. Abang rendahkan ego dan buang rasa malu hanya untuk tebus semua salah abang pada sayang.”

“Abang dah please jangan ungkit lagi semua tu. Apa yang abang dah buat ni dah cukup bahagia untuk sayang. Kejutan demi kejutan abang buat. Masuk meminang mengejut dan seminggu kemudian kita terus menikah. Perjalanan kisah cinta kita sukar dan panjang tapi Allah mudahkan urusan pernikahan kita. Sayang harap semoga jodoh kita berpanjangan dan berkekalan sampai syurga.”

“Ye sayang semoga rumah tangga yang kita bina ni kekal sampai bila-bila dan abang nak anak ramai. 5 lelaki 5 perempuan.”

“Abang melampau, 2 cukup okay, kalau 10 orang saya takut saya jadi monster nanti.”

Zafril ketawa besar, tentu comel kalau isterinya yang cute ni bertukar jadi monster. Kebahagiaan milik mereka sekarang, semoga tiada lagi ujian besar yang mendatang dalam rumah tangga mereka ini. Walau badai melanda Zafril berjanji akan pertahankan rumah tangga ini, hanya ajal yang akan memisahkan mereka.

 

Previous: Bab 34
Next: Bab35/2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania