Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 34

Suhaila banyak mendiamkan diri sejak kematian ayahnya. Sudah puas Imran memujuk dan mengajak isterinya berbual namun Suhaila hanya acuh tak acuh melayannya. Imran yang risaukan keadaan isterinya membawa dia ke rumah Zafril, mungkin Suhaila mahu berbicara dari hati ke hati dengan abangnya.

“Im dah tak tahu nak buat apa. Suhaila tak banyak cakap macam dulu. Dia jadi sangat pendiam dan dia suka duduk termenung seorang diri. Im risaukan kandungan dia.Mama ada nasihatkan dia tapi sehari dua okay kemudian dia akan kembali macam tu semula. Mungkin abang boleh pulihkan Su, Im minta tolong sangat dengan abang.”Zafril mendengus halus. Kasihan dia melihat keadaan Suhaila yang sedikit kurus dan pucat. Hilang keceriaan dan seri diwajah wanita yang sekarang telah pun menjadi adiknya.

“Abang tak janji, tapi abang cuba.” Zafril bangun dari duduknya dan mendekati Suhaila yang sedang termenung panjang.

“Sudah berapa bulan pregnant? Nampak perut dah besar, tentu dah boleh rasa baby bergerakkan?” soal Zafril membuka bicara.

“Seronok bila dapat rasa dia tendang perut. Lagi 2 bulan dia akan lahir.” Jawab Suhaila perlahan, namun pandangannya masih jauh seperti memandang sesuatu yang jauh.

“Tak lama lagi Su akan jadi ibu, beruntung anak ini ada ibu dan ayah yang sangat sayangkan dia.”

“Ye dia sangat beruntung. Tak macam ibu dia, yang baru saja kenal ayah kandung. Tak sampai setahun Su nak bermanja dengan ayah, dia dah pergi tinggalkan Su. Su tak puas lagi nak bermanja dengan ayah.” Suhaila sudah mula menangis, namun airmata yang mengalir hanya dibiarkan tidak diseka.

“Tak elok ibu mengandung selalu sedih dan menangis macam ni. Nanti baby Su pun‘cengeng’ macam mak dia.” Zafril cuba bergurau, walaupun hakikatnya dia juga sedang menahan hiba.

“Takpe papa long dia kan ada boleh pujuk.”

“Alamak kalau baby menangis abang surrender ok. Memang tak berapa nak bijak nak pujuk. Ha..” Zafril ketawa besar. Suhaila turut tersenyum lucu.

“Su tak kuat macam abang. Su cuba untuk redha tapi hati Su tak kuat. Su rindu ayah.”

“Cuba Su tengok sekeliling Su, ramai orang yang sayangkan Su. Su masih ada mama,papa, Im, abang dan anak dalam kandungan yang sangat perlukan Su. Dan kami semua sayangkan Su. Tentang ayah, abang lebih terkilan Su. Banyak masa yang abang dah buang sebab rasa dendam pada ayah sendiri. Bukan hanya pada ayah,tapi pada nenek dan ibu. Abang selalu melepaskan masa yang ada untuk bersama dengan orang yang abang sayang sebab ego dan terlalu pentingkan perasaan sendiri. Abang cuma fikir hanya abang yang terseksa dan menjadi mangsa, sedangkan orang yang abang sayang turut terseksa dan terluka. Abang tak nak Su jadi macam abang, hargailah orang yang sentiasa ada disisi Su. Sebab kita tak selamanya hidup, mati itu pasti menjengah kita semua suatu hari nanti.”

Suhaila hanya diam mendengar kata nasihat abangnya, kata abangnya menusuk ke hati. Dia sedar dia terlalu ikutkan kata hati dan terlalu beremosi. Mungkin juga kerana pembawakan budak menyebabkan dia menjadi lebih sensitive. Ya dia beruntung masih ada mama,papa dan suami yang baik, yang selalu mengambil berat tentang dirinya. Aku alpa ya Allah, ampunkan hambaMu ini yang tidak bersyukur dengan apa yang Kau berikan.

“Terima kasih abang, sedarkan Su. Terima kasih sebab jadi abang Su, Su sayang abang.”

“Abang pun sayang Su. Abang akan jaga Su selagi nyawa dikandung badan.”

“Abang kenapa lepaskan Zahira? Dia terlalu cintakan abang.”

“Dia dah jadi isteri orang, abang dah move on okay. Jomlah kita ke dapur, abang ada buat kek coklat.”

“Abang pasti dia dah jadi isteri orang?”

“Su tanya soalan apa ni?”

“Su tak nak abang menyesal lagi, pergilah jumpa Zahira tanya dia sendiri.”

Zafril terdiam sendiri, apa maksud Suhaila? Takkan Zahira tak jadi kahwin dengan Arif?Tempoh hari jumpa tak pulak Zahira cakap apa-apa. Dan dia sendiri Nampak cincin dan tangan Zahira yang sudah merah berinai. Takkan sudah bercerai baru beberapa minggu saja mereka berkahwin.

“Dah tak payah fikir banyak, nanti lepas makan abang pergi rumah pakngah tau.”Zafril masih mendiamkan diri, masih berfikir tentang kemungkinan yang telah berlaku pada Zahira.

 

Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata memikirkan tentang Zahira. Secara tak sengaja malam tadi dia bertembung dengan Arif yang sedang menjamu selera dengan perempuan cantik mana entah. Zafril yang berang melihat kemesraan mereka berdua terus menyerang Arif.

“Kau ni memang tak pernah berubah ye? Kau ada isteri yang baik, cantik dekat rumah tapi kau boleh lagi nak menggatal dekat luar ye. Kau memang nak makan penumbuk aku la!” Leher baju Arif sudah dicekak kuat. Arif terpinga-pinga mencari nafas.Wanita dihadapannya pula terkejut ketakutan.

“Lepaslah,kau memang gila!”Arif cuba melepaskan dirinya dari terus menjadi mangsa cemburu buta Zafril.

“Encik,sabar ini tempat kami cari makan. Kalau encik nak bergaduh tolong keluar dari restoren kami atau saya call polis.”Seorang pekerja restoren itu cuba meleraikan pergaduhan mereka. Sebelum Zafril melepaskan Arif dia sempat menghadiahkan satu tumbukan tepat di hidung Arif.

“Kau memang gila! Zahira tak nak jadi isteri aku! Dia setia tunggu kau yang bodoh ni! Jom sayang, jangan layan orang gila ni. Nah dik ambil duit ni sebagai ganti rugi.” Arif memberikan 5 keping wang kertas RM50 kepada pekerja restoren tersebut sebagai ganti rugi atas kerosakan yang telah dia dan Zafril lakukan. Zafril pula hanya kaku berdiri melihat Arif dan perempuan itu berlalu pergi.Dia masih tergamam dengan apa yang dikatakan Arif sebentar tadi. ‘Zahira bukan isteri Arif? Dia tunggu aku?’

“Ah! Entah betul entah tidak Arif tu. Tapi macam mana kalau apa yang Arif cakap tu betul yang Zahira masih menunggu aku?” Nafas dihembus kasar. Jam sudah menunjukkan 4 pagi namun matanya masih segar untuk dipejamkan. Pusing kiri tak kena, kanan tak kena. Bangun sekejap berdiri sekejap. Ah apa patut aku buat ni?Akhirnya telefon bimbit jenama Apple diambil, dia perlu dapatkan kebenaran dari tuan punya badan sendiri.

Zahira yang sedang tidur terganggu dengan bunyi deringan telefon yang tidak berhenti-henti. Dia hanya mampu membuka sebelah mata, tanpa melihat nama pemanggil Zahira terus menjawab panggilan itu.

“Hmm,siapa ni call malam-malam buta? Tak tahu tidur ke apa?” bebel Zahira.

“Assalammualaikum Ira, saya cuma nak tahu awak bukan isteri Arif atau siapa-siapa kan?” soal Zafril tanpa memperkenalkan diri terlebih dahulu.

“Woi call malam-malam buta ni semata-mata nak tanya soalan mengarut ni, apa masalah kau ni ha?”

“Tolong jawab soalan saya, kalau tak saya tak boleh tidur.”

“Ya Allah dugaan apakah ini. Ye saya masih single. Dah pergi tidur!” Zahira terus meletakkan telefon dan menyambung kembali tidurnya yang tergendala sebentar tadi. Dia langsung tak berfikir siapa lelaki yang telefonnya sebentar tadi,bagi dia sekarang kehendak tidurnya sangat diperlukan sekarang. Esok sajalah semak siapa yang membuat panggilan mengarut tadi.

Sedang Zafril dirumahnya tersenyum lebar dengan pengakuan ikhlas Zahira tadi. Esok juga saya akan hantar rombongan meminang kerumah awak. Zahira awak tunggu saya okay! Sekarang saya rasa sangat mengantuk!

Previous: Bab33/2
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania