Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 31

Keputusan drastik yang Zahira buat sangat mengejutkan semua orang, terutama ibu dan ayahnya sendiri. Puas ibu dan ayah menasihati supaya jangan buat keputusan terburu-buru takut menyesal dikemudian hari, namun kata nasihat itu langsung tidak diendahkan.

“Ira dah tak nak menunggu Zafril lagi, dia tak bersungguh sayangkan Ira seperti Arif. Kalau dia betul mahukan Ira dia pasti sanggup terima syarat Ira.” Zahira benar-benar tekad dengan keputusannya kali ini. Dia takkan berpatah balik lagi.

“Abah dah tak tahu nak cakap apa lagi. Abah dah tak nak masuk campur urusan Ira lagi lepas ni. Jangan datang merayu dengan abah untuk batalkan wedding ni. Kalau Ira batalkan majlis ni, Ira bukan anak abah lagi.” Tegas Dato’ Azhar memberi kata putus pada anaknya. Datin Ainul hanya mendiamkan diri walau hakikatnya dia juga terkejut dengan kata-kata suaminya tadi. Sepanjang mereka berkahwin ini kali pertama dia lihat suaminya sangat kecewa dan marah. Dia tahu suaminya terkilan dengan keputusan yang dibuat Zahira begitu juga dia. Tapi anaknya berkeras untuk meneruskan juga perkahwinannya dengan Arif.

“Abah tengah marah, sabarlah.”

“Ibu…”Zahira terus menangis dalam pelukan ibunya. Sebagai ibu, Puan Ainul mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dia akan sentiasa ada untuk anaknya walau dalam apa jua keadaan, dia takkan biarkan anaknya bersendirian tika susah juga senang.

 

Zahira termenung sendirian, terkenangkan saat manisnya bercinta dengan Zafril. Dia seorang lelaki sangat tenang dan menghormati dirinya sebagai seorang wanita.Bertahun-tahun dia sanggup menanti hadirnya semula Zafril dalam hidup dia. dan bila lelaki itu hadir semula, semuanya tak seperti yang diimpikan. Zafril terlalu bencikan Pakcik Azman, kerana kebencian itulah yang membuatkan mereka terpisah. Zafril lebih memilih dendam dari cintanya.

“Hello Ira betul ke kau nak kahwin dengan Arif? Zafril kau nak campak mana?”soal Nayli sahabat yang tahu tentang betapa dalamnya cinta Zahira pada lelaki itu.

“Diayang dah campak aku. Bukan jodoh aku, nanti kau jadi pengapit tau. Baju kau nanti aku sponsor.” Zahira sengaja menukar topik.

“Ira tolonglah jangan tukar topik. Aku serius ni apa yang Zafril dah buat dekat kau?”

“Aku takkan terima dia kalau dia tak boleh terima pakcik azman sebagai ayah kandung dia.”

“Aku rasa kau patut bagitahu tentang siapa penderma buah pinggang tu.”

“Nayli please aku dah buat keputusan, aku akan kahwin dengan Arif.”

“Aku takkan biarkan sahabat aku kahwin dengan buaya darat. Kau faham!” Talian terus dimatikan. Zahira tarik nafas dalam, Nayli kau jangan buat hal. Zahira mendail semula nombor sabahatnya tapi tiada jawapan. Zahira pantas menaip sesuatu diaplikasi whatsapp. Dia menanti balasan dari Nayli tapi tiada. Zahira cuba menghubungi Zafril, tiada jawapan juga. Aduh, kepalanya terasa sakit tiba-tiba.‘Aku kena pergi rumah Nayli sekarang.’

 

Belum sempat Zahira sampai ke rumah Nayli, dia terserempak dengan kereta sahabatnya itu dipersimpangan Traffic light. Tanpa berfikir panjang Zahira terus buat U-turn dan mengekori kereta Nayli.

Seperti yang dijangka Nayli sudah pun sampai diperkarangan pejabat Zafril. Zahira pantas mengejar Nayli namun tidak berjaya bila dihadapan mereka sekarang berdirinya lelaki bernama Zafril.

“Hai Nayli, Zahira kenapa ni? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”soal Zafril berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Ya banyak sangat yang boleh kau bantu.”

“Nayli please kita balik, jom.” Zahira menarik tangan Nayli menjauhi Zafril.

“Aku taknak tengok kau menderita Ira. Dia perlu tahu.”

“Nayli apa yang saya perlu tahu?”

“Ayah awak adalah penderma buah pinggang, dia yang telah selamatkan awak. Jadi tiada sebab untuk awak terus membenci lelaki yang telah selamatkan awak.” Laju saja perkataan yang meluncur keluar dari mulut Nayli. Zahira diam memandang lantai. Dia tak sanggup untuk terus berada disitu lagi. Dia tak sampai hati untuk melihat reaksi Zafril. Lemah kakinya melangkah untuk pergi meninggalkan mereka berdua.

“Betul ke Ira?” Zahira hanya diam memandang wajah lelaki itu.

“Kenapa awak dan semua orang rahsiakan dari saya selama ini? Untuk memperbodohkan saya?”soal Zafril kecewa.

“Kami tak bernaksud macam tu. Ini permintaan Pakcik Azman sendiri, dia tak mahu awak tahu. Dia tak mahu awak kecewa bila tahu semua ini.”

“Kalau saya tahu dari awal, dah lama saya…Ya Allah apa yang aku dah buat.” Zafril meraup wajahnya. Kesal sungguh dia rasa. Terngiang semula kata-katanya pada Ayah tempoh hari. Berdosanya aku pada ayah. Dia memandang wajah Zahira yang sudah basah dengan air mata.

"Kenapa awak tak bagitahu saya semua ni. Saya mintak maaf, Allah. Apa yang saya dah buat pada ayah dan awak. Saya mintak maaf, bagi saya peluang untuk perbetulkan semua ini." sungguh dia sudah tak keruan saat ini.

“Kau tengok Ira apa yang kau dah buat. Sekarang kau kena batalkan wedding kau. Kau mesti batalkan!”

“Nayli aku terima Arif sebab kesungguhan dia untuk jadikan aku isteri dia yang sah. Lelaki yang aku cinta tak bersungguh untuk dapatkan aku. Dia terlalu taksub dengan dendam kesumat dia. Aku redha Nayli, Zafril Abdullah bukan untuk aku.”Kata-kata itu mengalir keluar bersama dengan air mata yang lebat. Hatinya bagai dirobek saat ini. Zafril kehilangan kata, dia menyesal dengan setiap perbuatan dan kata-kata yang telah menyakitkan hati Zahira.

“Kau lelaki yang paling bodoh aku pernah jumpa!” Nayli terus mengejar Zahira yangtelah berlalu meninggalkan mereka berdua. Zafril masih berdiri kaku disitu.Sekarang baru dia sedar, apa yang berlaku pada dirinya sekarang semuanya berpunca dari dia sendiri, bukan sebab orang lain. Dia yang terlalu merendah diri, terlalu ego dan berdendam. Betullah orang kata dendam itu hanya akan merosakkan diri sendiri. Dan sekarang tengoklah apa yang telah terjadi, dendam itu memakan dirinya.

"Maafkan saya Ira, maafkan saya."

 

Petang itu juga Zafril terus pecut ke Johor untuk berjumpa dengan ayahnya, dia perlu mohon ampun dari lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya. Badannya terasa sungguh penat tapi dia mahu sampai cepat, dia takut dia terlambat untuk mohon ampun dari ayahnya.

Tepat 11 malam Zafril sampai dirumah Pakcik Kamarudin, Zafril memberi salam dan sangkaan Zafril pakcik Kamarudin yang membuka pintu rupanya tidak. Zafril kaku bila susuk tubuh ayahnya yang membuka pintu itu. Azman juga begitu, bagai mimpi bila anak lelaki yang sangat bencikan dia ada dihadapan matanya sekarang.

“Maafkan saya sebab sangat kurang ajar dengan…ayah.” Zafril mengucup tangan tua ayahnya.Berpuluh tahun dia memasang angan untuk melakukan apa yang dia buat sekarang dan saat ini apa yang diangankan telah menjadi kenyataan. Azman terus membawatubuh Zafril kedalam pelukannya.

“Ampunkan ayah, ayah yang salah. Ayah tak pernah ambil hati dengan apa yang Zafril cakap dan buat pada ayah selama ini, sebab ayah layak untuk diperlakukan seperti itu.” Azman menangis hiba.

“Semua orang yang buat salah layak untuk dapatkan peluang kedua. Saya yang terlalu ego untuk terima ayah. Terima kasih untuk buah pinggang ini, saya ingatkan ayah benci saya sebab selama saya dihospital ayah langsung tak pernah dating melawat.” Luahan hati Zafril meruntun jiwa Azman. Sungguh dia tak sangka anaknya menanti kehadiran dia.

“Ayah takut Zafril akan halau ayah.”

“Allahhuakbar,maafkan saya ayah.”

“Banyak dosa ayah pada kau, hanya dengan cara ni ayah dapat tebus semua kesilapan ayah pada kau walau hakikatnya apa yang ayah buat langsung tidak dapat mengubah apa-apa. Tapi ayah bersyukur kau selamat. Ayah sayang anak-anak ayah, terima kasih sudi terima ayah yang hina ini.”

“Maafkan saya, izinkan saya jaga ayah. Ayah ikut saya balik KL ye.” Permintaan Zafril diterima dengan hati yang terbuka. Kerana saat inilah yang dia nantikan selama ini. Terima kasih Allah kerana Kau makbulkan doa hamba Mu yang kerdil ini.Takkan aku lepaskan peluang yang Kau berikan ini.  

 

Sudah seminggu ayahnya tinggal bersama, Zafril sangat gembira dan kehidupannya kini terasa lengkap walau jauh disudut hati dia masih mengharapkan keajaiban untuk Zahira kembali dalam hidupnya. Lagi 2 minggu Zahira bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki yang bagi Zafril sangat tak layak untuk wanita sebaik Zahira. Selain Zahira dia juga rindukan sahabat baiknya Zul, selepas peristiwa tempoh hari dia langsung tidak mendengar khabar dari sahabatnya itu. Menurut Zulaikha, abangnya sudah terbang kembali ke London. Merajuk betul kau dengan aku. Zafril mendengus perlahan dan tiba-tiba pinggangnya terasa sakit.

Sudah beberapa hari dia merasakan kesakitan ini. Tapi hari ini terasa lebih sakit lagi, Zafril mencapai kunci kereta dia perlu ke hospital bimbang ada yang tidakkena dengan kesihatannya.

“Zafril nak pergi mana hari cuti ni?” soal Azman bila melihat Zafril berpakaian kemas pagi ahad ini.

“Adahal sikit, nak jumpa kawan lama.”

“Lama tak? Sebab ayah ingat nak ajak Zafril ke rumah PakNgah Azhar, dah lama tak jumpa.” Mendengarkan permintaan ayahnya itu buatkan Zafril tersentak. Kalau ayah nak kerumah PakNgah maknanya dia akan bersua muka dengan Zahira. Kuatkah dia?

“Kalau Zafril tak boleh takpe, nanti ayah mintak Su bawak ayah ke sana.”

“Eh boleh ayah, boleh. Nanti Aril dah ondaway balik, Aril call ayah.” Laju Zafril memotong niat ayahnya. Azman tersenyum lebar mendengar jawapan anaknya.

“Aril pergi dulu, assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam,ayah doakan jodoh Aril sentiasa dengan Ira. Ayah akan cuba untuk bahagiakan anak-anak ayah.” Sejak Azman tahu tentang Zahira akan berkahwin dengan lelaki lain, hatinya kecewa. Melihatkan keadaan Zafril yang muram dan selalu termenung dia tahu dia mesti buat sesuatu. Kalau nak harapkan Zafril memang Zahira akan jadi milik orang lain. Pasrah katanya Zahira nak kahwin dengan lelaki lain.Hmm, mudah sangat nak pasrah tanpa berusaha dulu.

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania