Home Novel Cinta Seluruh Cinta
Bab 16

Setelah keluar dari wad Zahira mahu berjumpa dengan ayah saudaranya yang telah menjadi punca hidup dia hura hara sekarang ini. Niat Zahira hanya satu dia mahu mendengar sendiri pengakuan dari mulut lelaki yang telah merosakkan hidup seorang wanita yang juga bekas tunangan ayahnya dulu. Dia mahu lihat wajah lelaki yang telah membuatkan hidup kekasih hatinya menderita sejak dilahirkan. Dia mahu lelaki itu tahu semua akibat dari perbuatan dia dulu. 

“Ira belum terlambat kalau ira nak batalkan perjumpaan ini.” usul Datin Ainul bimbang kalau-kalau Zahira tidak dapat mengawal emosinya nanti. 

“Ira ok, mama jangan risau.” Tangan mama digenggam erat, dia mahu mama tahu yang dia sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Dato’ Azhar di kerusi hadapan hanya mendiamkan diri, bermacam-macam perkara yang sedang bermain dalam fikirannya sekarang.

Terlalu lama dia tidak bersua wajah dengan abangnya, Azman. Sejak peristiwa hitam itu, dia membawa diri ke Kuala Lumpur kemudian meyambung pelajaran di luar negara. Hanya kiriman surat yang dia kirimkan kepada ayah dan ibu dikampung. Bertahun-tahun merantau, akhirnya Dato’ Azhar pulang, tapi sayang saat dia pulang dia menerima berita sedih. Ibu dan ayah meninggal dalam kebakaran, rumah mereka hangus terbakar. Saat itu baru dia tahu betapa derita ibu dan ayah dikampung akibat perbuatan terkutuk Azman. Semasa ibu dan ayah meninggal, Azman tak pernah muncul. Dia hilang tanpa khabar berita. Walaupun dia bencikan Azman tapi itulah satu-satunya abang yang dia ada didunia ini. Sebab itu Dato’ Azhar tetap berusaha menjejaki Azman walau berpuluh kali menemui jalan buntu dan sekarang dia sudah tahu dimana abangnya berada namun bisikan hati seakan masih belum bersedia untuk menatap wajah lelaki yang telah menyakitkan hati dan merosakkan impiannya dulu.



Lelaki dihadapannya ini sangat berbeza dengan yang dia kenal dulu. Matanya cengkung, kedutan sudah jelas kelihatan pada wajah itu. Tubuh lelaki itu juga kurus namun bila senyuman mula terukir dibibir, Dato’ Azhar tahu inilah Azman abang yang dia cari selama berpuluh tahun ini. Kalaulah tiada tembok penghalang diantara mereka tika ini sudah pasti tubuh lelaki itu sudah berada didalam pelukannya sekarang. Air mata yang bertakung tadi mula mengalir keluar. Dato’ Azhar menangis di situ. 

“Abang..kau sihat?” Soal Dato’ Azhar bila ganggang telefon ditekapkan ke telinganya. Azman hanya mengangguk dan tersenyum cuma. 

“Aku mintak maaf, aku tak tahu selama ini kau ada disini.” Saat itu Azman menggelengkan kepala dan air matanya tumpah. Banyak sungguh dosa dia pada adik yang tak pernah berdendam, adik yang sentiasa bersabar dengan setiap kerenahnya. 

“Ampunkan aku, banyak dosa aku pada kau, mak dan ayah. Sebab aku..mak dan ayah mati. Sebab aku..” Azman merintih hiba. Penyesalan yang tiada gunanya lagi. Kenapa dia bukan seperti Azhar? Sepatutnya dia sebagai abang, dia harus memberi contoh yang baik tapi tidak. Dia yang paling jahat, hidup sentiasa menyusahkan mak ayah. Kalau tak sebab dia terjebak dengan jenayah pemerdagangan manusia, tentu mak dan ayah masih lagi hidup hari ini, dan dia takkan meringkuk dalam penjara buat selama-lamanya. 

“Kenapa kau tak mintak pihak polis hubungi aku? Merata aku cari kau.”

“Untuk apa? Untuk susahkan hidup kau lagi? Aku bahagia disini. Syukur aku berada disini, banyak aku belajar tentang islam disini. Aku nak mati disini, aku tak nak tengok dunia luar lagi.” Bagi Azman dunia luar sudah mati untuk dia. dia bahagia disini, hukuman penjara selama 25tahun dia terima dengan hati terbuka. Mungkin dulu ya, dia memberontak. Tapi setelah hampir 25 tahun disini, dia mula bahagia dan selesa. Hari-harinya dihabiskan dengan perkara yang berfaedah, solat setiap waktu berjemaah, al quran setiap kali selepas waktu solat dia akan baca. Guru juga ustaz selalu memberi ceramah dan motivasi untuk dia lalui kehidupan di dalam ini. 

“Aku gembira tengok kau sekarang. Aku nak kenalkan kau dengan isteri dan anak aku. Ini isteri aku Ainul, dan ini anak aku Zahira.” Azman melemparkan senyuman kepada Ainul dan Zahira. Namun senyumannya pada Zahira langsung tak berbalas. 

“Saya baru tahu saya ada seorang bapa saudara disini. Awak rasa berbaloi ke hukuman yang awak terima atas semua kesalahan awak dulu?” soal Zahira merenung tajam Azman. Melihat Azman boleh tersenyum gembira buatkan hatinya sangat sakit. Dia terbayang wajah duka Puan Aisyah dan Zafril. Mereka berdua menanggung derita akibat dari perbuatan Azman. 

“Saya sedar dosa yang telah saya buat dulu sangat besar, saya tak layak dimaafkan.” 

“Memang awak tak layak dimaafkan! Puan Aishah dan Zafril, mereka menderita kerana awak. Awak dah musnahkan kebahagiaan darah daging sendiri dari dulu sampai sekarang. Orang macam awak ni tak sepatutnya wujud dalam dunia ni!” Zahira terus meletakkan telefon dan berlari keluar. Air mata berhamburan keluar. Inilah kali pertama dia bercakap kasar dengan orang yang lebih tua. ‘Maafkan saya Zafril, keluarga saya zalim pada awak. Kalau lah dapat saya tebus semua kesilapan itu, saya pasti akan lakukannya.’


Sudah menjadi kebiasaan Azman sebelum tidur pasti surah Al-Mulk menjadi penemannya. Semoga baacaan ini akan menerangi kuburnya kelak. Tapi mata Azman masih segar, dia teringat kejadian siang tadi. Kedatangan adik bersama keluarganya mengejutkan dia. Apa yang disampaikan adiknya menambahkan lagi kejutan buat dia. 

“Kau ada jumpa Aishah? Siapa Zafril?” soal Azman pada adiknya.

“Ada. Zafril anak Aishah.”

“Maksud kau Zafril anak…Allahhuakbar.”

“Zahira hampir berkahwin dengan Zafril. Bila Aishah dapat tahu Zahira anak aku, dia terus batalkan semuanya.” 

“Ya Allah! Maafkan aku. Maafkan aku. Betullah kata Zahira, aku tak sepatutnya wujud dalam dunia ini. Aku hanya perosak kebahagiaan darah daging aku sendiri.”

Air mata penyesalan mengalir laju. ‘Hina sungguh aku ni ya Allah. Kalaulah boleh diputarkan masa, aku takkan ganggu kebahagiaan adik aku sendiri dan Aishah takkan jadi mangsa. Zafril, ampunkan lelaki jahat ni…Allahhuakbar’

Azman murung sejak Dato’ Azhar datang melawatnya tempoh hari. Akibat perbuatan jahatnya orang lain yang menjadi mangsa. Bagaimana dia mahu tebus semua dosa dia dulu, bagaimana Allah? 

“Kau kenapa sedih je muka tu? Tak lama kan kau akan dibebaskan, kenapa kau nak sedih-sedih lagi?” teguran Kamarudin dibiarkan sepi. Tinggal lagi beberapa bulan Azman akan dibebaskan. Hukuman penjara selama 25tahun akan berakhir tidak lama lagi. Bagi Kamarudin pula hanya tinggal seminggu dia akan dibebaskan. 

“Kalau aku diberi pilihan, aku tak nak keluar dari sini. Biarlah aku mati dalam ini.”

“Bawak mengucap, istighfar Man. Kau kan cakap dengan aku kau perlu keluar sebab kau nak cari anak dan bekas isteri kau. Ini tiba-tiba kau cakap macam ni? Kau bagitahu aku apa aku boleh tolong kau?” Kamarudin terhutang nyawa dengan Azman, dia pernah dipukul teruk oleh banduan senior dalam penjara ini. Mujurlah Azman datang membantu, kalau tidak sudah arwah dia sekarang. 

“Aku jijik dengan diri aku sendiri.” Azman menyeka air mata di pipi. Keluar air mata darah sekalipun takkan dapat menghapus semua dosanya yang lalu. 

“Kalaulah bunuh diri tak berdosa, aku pasti akan buat.”

“Astaghfirullahhalazim, kenapa kau jadi macam ni? Azman yang aku kenal tak lemah semangat macam ini. Kita semua dalam ini sedang menerima hukuman atas semua kesalahan yang kita buat. Kita juga sebenarnya telah Allah beri peluang untuk bertaubat.” Kamarudin cuba memberi semangat kepada kawan baiknya.

“Dosa aku terlalu banyak. Aku ni perogol. Aku rosakkan masa depan dia. Budak itu tak bersalah. Aku yang salah. Aku pukul bini aku. Aku suruh dia buang anak kandung aku sendiri. Allahhuakbar! Manusia jenis apa aku ini? Hati macam binatang!” Jerit tangis Azman bersatu. Sungguh hiba sesiapa yang mendengarnya, penyesalan yang sudah terlambat. Inilah kali pertama Kamarudin melihat Azman menangis seteruk ini. Selalunya Azman hanya menangis sendiri, tangisan hanya dengan lelehan air mata. Tapi saat ini, dia nampak betapa menyesalnya lelaki yang berada dihadapannya sekarang.

“Man, bawak mengucap ingat Allah. Kau beruntung sebab Allah berikan kau peluang untuk bertaubat atas semua dosa-dosa kau. Sementara Allah bagi masa ini, perbetulkanlah keadaan,  orang yang pernah kau aniaya masih hidup, pergilah cari dan mohon maaf pada mereka. Jangan jadi macam aku…aku takkan dapat dan takkan pernah dapat peluang untuk mohon kemaafan dari arwah isteri aku.” Kamarudin menyapu air mata yang sudah membasahi pipinya. Terkilan sungguh bila mengingati dosa dia pada arwah isteri yang sangat baik dan taat pada dia. Selama mereka berkahwin sampai ke hujung nyawa dia tahu isterinya menderita. ‘Ampunkan abang Mah, ampunkan abang. Semoga Allah temukan kita disyurga nanti.’ 

Azman pula terus termenung dan terkenangkan kisah 25 tahun lepas yang takkan pernah padam dalam ingatannya.

Kisah 25 tahun lepas.

Azman berang bila dia pulang isterinya tiada dirumah. Aida isteri yang dinikahi 6 bulan yang lalu sering menjadi mangsa amarahnya. Mereka berkahwin bukan kerana paksaan tapi atas suka sama cinta. Aida anak orang berada sanggup tinggalkan keluarganya semata-mata mahu berkahwin dengan Azman lelaki yang tiada apa-apa. Diawal perkahwinan semuanya baik-baik saja, tapi bila Azman mula terbabit dalam perniagaan jual beli perempuan dia mula berubah jadi seorang yang bengis, panas baran dan kaki pukul. Aida isterinya adalah mangsa pukulan dia.

“Ha baru balik? Kau pergi mana? Aku keluar kerja kau merayap keluar dengan jantan!” Jerit Azman sambil menarik rambut isterinya.

“Abang jangan bang! Sakit bang!” Jeritan isterinya langsung dia tak endahkan. Pipi Aida menjadi sasaran tamparan lelakinya pula. 

“Kau pergi mana aku tanya? Jawablah!” 

“Saya…saya ke klinik.” 

“Kau jangan cakap yang kau mengandung.”

“Ye bang saya mengandung.”

“Gugurkan!”

“Saya takkan gugurkan kandungan ini. Ini anak kita bang.” Kali ini dia takkan beralah dengan Azman. Selama ini dia hanya diam menurut apa jua permintaan Azman. 

“Baik kau degil ye. Kau tunggu sini!” Azman menghilangkan diri ke dalam bilik. Beberapa minit kemudian dia keluar dengan sebuah beg pakaian.

“Nah kau amik beg pakaian kau ni. Kau dengar sini aku ceraikan kau dengan talak 3. Kau boleh berambus dengan anak kau tu! Pergi berambus!” Sekali lagi tubuh Aida ditolak keras. Aida cuba bangun, dia harus tinggalkan suami yang langsung tidak punya hati perut. Sungguh dia menyesal berkahwin dengan lelaki ini. Tapi dia tidak menyesal dengan anak yang dikandungnya sekarang. Anak ini adalah nyawanya. Dia akan pergi jauh untuk melindungi anak ini.

“Dan kau dengar betul-betul apa aku nak cakap ni. Jangan sesekali kau bin atau bintikan anak kau tu dengan nama aku, kau faham!” 

Allahhuakbar, maafkan aku Aida. Maafkan ayah anak-anak. Aku punya dua anak yang langsung tak pernah aku kenal. Aishah, maafkan aku. Banyaknya dosa aku pada kalian semua, tolong ya Allah berikan aku kesempatan untuk memohon maaf dari mereka semua. Kau lembutkanlah hati mereka untuk memaafkan aku. Aku takut, aku takut di Padang Mahsyar kelak aku tak dapat mencari mereka. Berikan aku kesempatan atas dunia ini untuk mohon kemaafan dari mereka semua. Allahhuakbar!






Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh kayrania