Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 59

Mereka dijemput ke majlis harijadi si kembar Danish hujung minggu itu. Cukup 8 bulan kandungan. Min jalan beriringan sambil menggenggam jemari Danny yang santai disebelah. Mencari-cari kelibat mama, si tuan rumah.

Ada rasa sedikit gusar, tapi Danny sentiasa berbahasa indah menyenangkan hatinya. Mama mendukung salah seorang kembar itu bila dia ternampak Min.

“Min?!” Mama membulatkan mata dan hampir nak menjerit dalam kejutan yang menggembirakan. 

Cucu yang dikendongan di hulur pantas kepada Izha, terkocoh-kocoh orang tua itu meluru ke arah Min dan memeluknya kejap. Selain Izha yang ternganga, renungan berkerut turut diperoleh dari Faizah....dengan perut yang turut sedia memboyot lagi. Ketiga.

Majlis seolah bertukar rentak. Lampu sorot kini tidak terarah kepada si kembar Danish lagi, sebaliknya kepada Min. Si buyong yang sarat dengan wajah yang semakin manis.

Ada yang menjeruk rasa.

Previous: Bab 58
Next: Bab 60

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu