Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 25

“she is all yours….,” Tina bersuara tatkala semua yang lain sudah beredar. Tinggal Tina bersama Min dan Danny berdiri di satu sudut bersembang basa-basi.

“No no no. You fetch me, you send me back ya,” Min pantas memotong kata sambil menarik lengan baju Tina yang cuba melangkah pergi. Dia cuba untuk tidak memandang Danny.

Tina gelak kecil, seraya menoleh kepada Danny, “sorry eh, dia ni memang macam ni. Manja,”

Danny hanya tergelak kecil sambil mengangguk.

Min menarik nafas, memerhati Tina yang sudah melangkah keluar meninggalkannya dengan Danny disitu. Dari jauh perempuan itu membuat isyarat ‘menunggu di luar 10 minit’.

Min beralih pandang, teragak-agak…memerhati Danny seketika,  cuba menutur kata….

“terima kasih,” dan mengalih pandangan kearah lain. Min tahu nilai bil yang di bayar Danny malam itu, mungkin hampir cecah 4 angka kalau seorang dah makan hampir RM30.

Min cuba menambah bicara, cuba berbasa basi. Sempat memandang si lelaki yang hanya diam memerhati, dengan senyumannya yang masih di bibir.

“….errr…. ke I kena bayar balik? Partial payment boleh?”

Danny gelak besar. Serentak Min rasa pandangan anak mata lelaki itu yang tepat menembusi anak matanya. Min laju kembali menunduk kepala.

“I love your voice, happy birthday Jasmin,” suara Danny jelas terdengar di telinga Min.

Min rasa gugup tiba-tiba. Perlahan dia mengatur menurut langkah Tina. Ada sedikit rasa bersalah kerana meninggalkan Danny begitu saja, tetapi….tak apalah!

Panik rasa dihati tidak surut sedari tadi. Terkejut dan rasa malu. Sangat. Tak pasti lah perasaan yang datang tu sebab panahan mata Danny, atau surprise birthday treat, atau… hmmm sesuatu? Dipanah mata oleh lelaki itu macam dah biasa sangat. Hmmm. Mungkinkah sesuatu?

Apa ya? Min mengelak berfikir lebih banyak.

“selamat malam miss Jasmin, datang lagi,” laungan beberapa barista disahut ucapan happy birthday dari beberapa pengunjung membuat Min menggumam malu. Hanya mampu di balas dengan anggukan kecil dan senyuman.

Tina tidak habis-habis mengusiknya sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Tatkala tiba di rumah, ibu beriya mempelawa Tina agar bermalam disitu saja, malam pun sudah larut, tapi Tina tolak penuh sopan.

Esok hari kerja, kalau bermalam nanti dia tergocoh-gocoh keesokan paginya. Alasan paling selamat untuk Tina. Tatkala itu,rasa bersalah terhadap ibu pula terbit. Anak apalah diri ini yang meninggalkan ibu di rumah sendirian dan dia bersenangan di café itu.

Selepas Tina pulang segera Min rangkul ibunya dan memohon maaf. Ucap selamat hari lahir dibisik ibu di telinganya.

Ibu cuma senyum dan mengusap-usap lengan dan mengelus rambut Min perlahan.

Sekali lagi Min peluk si ibu sungguh-sungguh ….

“yang penting, Min gembira dan ceria. Buang yang sedih-sedih tu ya nak….,” Min cium pipi ibu yang tenang dan sabar. Tenang dalam menangani kerenahnya, sabar dalam melalui segala pancaroba.

Baiklah ibu, akan ku tunaikan permintaan mu. Min kucup lagi tangan ibunya sebelum melangkah perlahan naik ke atas. Ibu turut hilang dibalik pintu bilik. Suasana sunyi semula.

Text terakhir malam itu diterima lewat pukul 12.30pm.

-I hope I am the man that make you wanna act like a girl, the man that makes you paint your nails and wear high heels. The man that make you nervous but I will held your hands, never let go- Danny

-I hope, I am the one who make you glow, please don’t cover it up, please let it show, please get rid of the defences, please fall in love- Danny

-For all I will cure your heart attack if it ever happen– Danny

Min pandang text itu dengan mata berkaca. Lagu itu tidak pernah membawa apa-apa maksud kepadanya. Adakah lelaki itu yang tuhan hadirkan untuk mengisi hati yang serba rapuh ini?

Min tidak balas, Min hanya peluk handphone itu dengan airmata yang terus mengalir.

Permudahkan urusan ku ini ya Allah. Lembutkan lah hatiku sekiranya dia yang terpilih untukku.

 

 

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu