Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 75

Jasmin memerhatikan Danny dan Zidi yang berlarian dilaman rumah mereka. Seorang mengacah dan seorang mengejar. Berpusing-pusing dan berkeliling. Sesekali dia tertawa melihat telatah si kecil yang menjerit-jerit keseronokan.

Sesekali Danny memandang ke arahnya yang hanya duduk di bangku batu menikmati minum petang yang tersedia. Melambai dan melayangkan ciuman kasih untuknya dari jauh.

Min gelak kecil. Mengerutkan hidung.

Lelaki itu, yang pada awalnya di benci, ditohmah dan ditolak mentah-mentah kini menjadi pelengkap hidupnya yang serba bersinar.

Dari menjadi adik ipar, bertukar menjadi tunang segera, suami, kekasih dan kawan baik paling hebat.

Dari orang asing menjadi sesorang yang bertautan hati, jiwa dan perasaan.

Danny tidak pernah mengecewakannya, jarang sekali berlaku pertelingkahan antara mereka. Belum pernah lagi lelaki itu meninggi suara, atau bermasam-muka dalam apa jua keadaan.

Tidak pernah juga, Min sebagai seorang isteri yang disebut-sebut lebih matang, mengambil kesempatan ke atas lelaki itu. Tidak pernah sekali pun.

Sungguh jurang usia mereka sangat jauh, tetapi Danny muncul sebagai seorang suami yang tahu di mana tanggungjawabnya, di mana tugasan dan bagaimana untuk bergerak didalam rumahtangga itu.

Min ketawa kecil melihat Zidi diangkat ayahnya dan diletakkan di bahu. Terkekeh lagi si anak kecil itu ketawa, seronok benar didukung ayahnya begitu.

“okay dah turun, ayah dah nak pensan…,” Danny mengangkat anak kecil itu dan meletaknya ke tanah.

Hazidi melompat-lompat hendak cuba semula. Bersungguh-sungguh di capai kaki Danny dan diangkat sebelah kaki seolah-olah memanjat kaki sang ayah.

Danny ketawa besar. Min turut sama. Dia segera menarik Zidi rapat dan mengunjukkan donut mini yang bersalut coklat.

Si kecil menggeleng, kembali dia cuba menarik Danny untuk sekali lagi mengangkatnya.

“dah la sayang, ayah dah penat lah,” Min memujuk.

Tidak diperdulikan, masih dia cuba menarik baju Danny yang sudah pun duduk di bangku sebelah Min.

“ibu ada coklat ni, nak tak?” Min unjuk lagi donut mini yang kini sengaja dipotong tiga, agar elok-elok di genggaman si kecil.

Kali ini Zidi toleh lama, akhirnya donut coklat itu beralih tangan. Bersungguh-sungguh disuap ke dalam mulut. Pipi mongel itu mula comot.

Min tuang air teh strawberry ke dalam cawan kosong, dihulur kepada Danny yang berusaha mengelap peluh renek di dahi.

“penat?” Min soal seraya ketawa kecil.

Danny membulatkan pipi nya tanda ketandusan nafas dan tenaga. Anak kecil itu benar-benar menyerap tenaga mereka berdua.

“kena hantar cepat pegi sekolah ni, nanti ibu dia pengsan kena buli,” Danny bersuara sambil memerhati Zidi memasukkan segala donut di tangan ke dalam mulut.

Segera Min tarik donut yang penuh itu dan membiarkan si kecil menghabiskan kunyahan.

Ibu muncul membawa cucur ikan bilis, dan Zidi mula menjerit semula mohon di angkat seperti yang Danny lakukan.

“ehhhh, pensan lah nenek, tak mau tak mau!” Min gelak besar lihat bertapa bersungguhnya Zidi minta dilayan.

Anak kecil itu akhirnya bosan sendiri, dia pilih untuk duduk di kerusi sandar yang kosong dan bersandar menikmati donut mini seterusnya.

“jap lagi tertidur…,” Danny bersuara perlahan sambil memandang Min menolak rambut anaknya yang berjuntaian di dahi. Peluh sudah membasahi seluruh tubuh si kecil itu.

Mereka berbual kosong sambil dihembus angin sepoi-sepoi dari sisi. Kelihatan beberapa layang-layang terbang di udara, mungkin dimainkan kanak-kanak lebih berusia di padang permainan di depan sana.

Mungkin nanti mereka boleh bawak Hazidi ke situ pula. Sejak mendiami kawasan baru itu hampir 6 bulan, masih belum ramai penghuni yang pindah, maka tidak banyak aktiviti berlangsung di sekitarnya.

“haaa kan betul, dah tertidur,” ibu bersuara sambil mengerling si kecil yang terlena dengan kepala sedikit terlentok dan donut coklat yang bersisa di tangan kanan.

Danny gelak kecil. Kerusi yang boleh dibaringkan itu dilaras perlahan. Bantal kecil yang memang sedia ada disendal kiri dan kanan. Biarkan anak itu tidur sebentar, kalau dikejut nanti meragam.

Peluang untuk minum petang dengan tenang terbentang. Baik ibu, Danny dan Min sangat menikmati keindahan menghabiskan masa di petang minggu ‘jarang tenang’ itu.

Kemudiannya si kecil terjaga bangun. Hanya 15 minit! Mulutnya kembali becok. Minum petang kembali huru-hara!

 

 

Previous: Bab 74
Next: Bab 76

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu