Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 44

Min rasa kepalanya berat dan sengal seluruh badan selepas peristiwa di rumah mama. Sedikit demam tapi surut kemudiannya, lalu Danny apply emergency leave dua hari. Mereka mengubati lara emosi masing-masing bersama. Menonton tv, tidur siang hari, makan benda-benda manis, berbual kosong, makan di tepi sungai, menonton wayang, window shopping dan mengemas rumah. Siang Min rasa sedikit segar, malam dia akan rasa pedih dan sengal seluruhnya.

Kepada ibu tidak langsung dikhabarkan perkara itu. Runtun hati orang tua itu kalau tahu anak perempuannya menjadi bahan pergaduhan dua beradik, dipukul walau selama ini memang ia sudah rutin bertahun-tahun. Min tetap rasa bersalah dengan semua masalah yang berlaku setakat ini.

“…jangan, ni semua tak sepatutnya berlaku. I yang tak jangka dia boleh serang you macam tu. I am sorry sayang...salah I sebenarnya…,” Danny bersuara sambil tunduk malam itu.

Min rasa pandangannya tiba-tiba jadi kabur. Panas pipinya teralir alir dari kolam mata. Dia teresak tiba-tiba. Sang suami pantas mengangkat muka dan menyeka limpahan air yang mula laju. Menggosok-gosok bahunya dan mengusap pipinya yang kemerah-merahan.

Min pandang wajah Danny. Betapa dia semakin menyayangi dan mencintai lelaki ini. How time flies. How time change this boy to a very mature and romantic man.

Si abang sangat keras, difficult, sangat membangga diri dan tidak sensitif.

Si adik... such an angel!

Oh. Aku sepatutnya tidak perlu lagi bandingkan dua manusia ini. Hidupku hanya dengan Danny sahaja, dan Danny sudah menang.

Min cium tangan Danny. Membiarkan lelaki itu mengelus pipinya. Membiarkan airmata terus mengalir. Tiada ungkapan perlu diucapkan saat itu. Mereka saling menenangkan diri.

Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu