Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 41

Malam itu Danny balik lewat. Pastinya kerumah mama. Wajahnya tenang, walau kelihatan sedikit kegusaran. Dahi suami nya asyik berkerut-kerut sepanjang masa. Min tekun memerhatikan Danny, selesai solat, suaminya itu mengucup lembut dahinya dan senyum. Menarik dirinya rapat. Merangkul erat. Menarik jemarinya pula dan dikucup lagi, dengan senyuman yang masih dibibir. Seakan tahu apa yang bersarang di hati sang isteri, Danny mula menutur kata.

“I told mama about everything but she didn’t believe,”

“Tentang yang mana satu?” Min cuba mendapatkan kepastian.

“semalam tu, mama ingat I datang nak minta duit. Mama tak percaya, that I am doing fine,” Danny kelihatan meraup wajahnya.

“You should tell her the whole truth sayang.....mungkin mama tu tak betul-betul faham,”

Tapi Danny tetaplah Danny... Min langsung tidak bercerita pasal Izha yang sebenarnya telah mereka-reka cerita. Min tidak mahu hubungan tambah sengketa. Min merapatkan wajahnya dekat dengan sang suami. Membiarkan hidung dan dahi mereka bersentuhan.

“mama nak bagi duit setiap bulan pada Min sebab tak mau jadi macam yang dulu,” Min cuba menutur kata dengan perlahan.

“hah?” Danny menjarakkan wajah antara mereka dan memandang Min dengan muka tidak percaya bersekali kerut yang berganda.

Min angguk-angguk kepala, merenung sang suaminya, sambil menanggalkan telekung yang tersarung.

“in fact, mama transferred RM2000 petang tadi. I will return the money, but you have to explain further. Mama tak sepatutnya kena tanggung anak menantu,”

Sesungguhnya Min sangat kecewa kerana mama selama ini telah salurkan bantuan kewangan pada Izha. Memang sampai bila-bila lah lelaki itu tak akan berdikari, dan lagi, anak mama yang seorang itu memang tidak pernah memberitahu Min perihal duit yang dia peroleh.

Danny menggeleng-geleng kepalanya dan bersuara perlahan..

“mama ingat I ni macam anak manja dia tu ke?”

“Mama tu superprotective lah,” ujar Min seraya memeluk lengan Danny.

“sebab menantu dia ni bidadari” Danny bersuara perlahan sambil menyorotkan hidung ke celah-celah helaian rambut Min.

Min mengucup pipi lelaki itu. Kembali Danny merangkulnya. Erat.

Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu