Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 65

Min rasa rimas dan tak selesa. Serba tak kena. Dengkursuami agak mengganggu tidurnya. Rasa panas, rasa gatal dan melekit; semua rasamuncul malam itu. Dia menolak lengan Danny yang menyentuhnya. Menekap telingadengan bantal mengelak dengkur sang suami menceroboh telinga.

Min rasa sangat terganggu!

Bingkas dia bangun, dengan penuh kepayahan menarikbantal dan cuba berbaring di atas lantai bilik yang berkarpet tebal. Perut rasamemulas tiba-tiba. Terkial-kial pula dia cuba berdiri terus menuju ke tandas.

Terdengar namanya dipanggil. Perlahan tetapi jelas.Min menyahut seraya menoleh sebentar, namun langkah diteruskan. Danny sudahduduk di birai katil memandangnya, menggosok-gosok mata lantas segera bangunmenurutnya ke tandas. Min rasa nak buang air besar tapi tiada apa yang nakkeluar. Kembali dia berbaring kemudian, dengan peluh renek mula membasahidahi.

“you okay sayang?” Danny menyoal sambilmengusap-ngusap perut yang membusung ranum, sambil menyeka peluh di dahi Min.

Lengan Danny dipegang dengan kedua tangan, sambilmemejam mata dan mengatur pernafasan. Danny mula kelihatan risau dan merenungtajam, memeriksa dan memicit setiap anggota tubuh Min. Macam doktor.

Kelihatan pergerakan bayi di perut yang sarat itu. Mincuba menahan ketidakselesaan. Ditariknya tangan Danny supaya terus mengusapiperut, moga lega.

“Min…,” Danny bersuara lagi. Lembut,sambil mengelus rambutnya perlahan, seakan menunggu dia bereaksi.

Danny berdiri mengadap Min yang baring sambilmenggertap bibir. Jemari Min terasa digenggam sang suami. Min sekadarmembalas dengan genggaman yang sekejap kuat, dan sekejap kendur. Tanpamenyedari pergerakan berlaku agak constant.

“zikir ya sayang. Kita pergi hospital,” Danny bersuaralagi.

Min sudah tidak mampu menjawab. Dia nampak Dannymenyarung sweater tebal. Daripada berbaring Min cuba duduk. Menjuntaikaki di birai katil, membongkok dan mengambil nafas. Menggumam menuturkalimah-kalimah suci, dan menarik nafas panjang yang dalam. Mengerangperlahan bila kesakitan berselang datang.

Danny segera mencapai handphone, sementara tanganyang sebelah lagi mengurut lembut belakang sang isteri. Dia membuat panggilankepada doktor yang merawat Min sekali dengan panggilan kepada ibu dan mama yangdibilik sebelah. Diusapnya perut Min perlahan. Dannykelihatan terkumat-kamit membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran bagimeredakan kegelisahannya. Jikalau masanya kini sudah tiba, Min turut berdoaagar segalanya dipermudahkan.

Min memeluk suaminya tatkala menahan kontraksi.Danny mengusap belakangnya secara berterusan sambil mencium ubunnyaperlahan dan memandang wajah Min yang semakin dibasahi peluh.

Mereka berpimpinan menuruni tangga. Min, Danny, mamadan ibu. 15 minit kemudian mereka sudah berada di hospital. Doktor kelihatansudah bersedia di labor room. Min diperiksa dan bukaan sudah 6 cmrupanya! 

Kini menanti saat kelahiran yang penuh debaran.

Setengah jam kemudian, seorang bayi lelaki seberat3.2kg selamat melihat dunia. 1.45am. Jumaat.

Hazidi bin Hadani.

 

 

 

Previous: Bab 64
Next: Bab 66

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu