Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 55

Mereka terus tinggal dalam rahsia beberapa minggu berikutnya. Tiada sesiapa perlu tahu mengenai keguguran itu. Min tidak mahu ada mulut yang akan merobek hatinya lagi. Kandungan itu berusia tiga-belas minggu. Masing-masing tidak menyedari kerana tiada tanda langsung. Kandungan yang terdahulu buat Min sentiasa mabuk dengan teruk, tetapi kali ini, Min cuma rasa kurang selera tetapi sangat gemar berkemas. Rutin biasa, kerana Min memang pengemas orangnya, cuma cerewet mengemas itu menjadi ganda dua!

Mujur waktu kejadian itu, Danny pulang untuk lunch bersama Min, kalau tidak, sampai petang lah Min terjelepuk di dalam toilet itu sendirian.

Danny sentiasa meluahkan rasa kurang senang. Sebelum itu pun seboleh-boleh Danny tidak mahu Min mengandung seandainya ada risiko berulang, sekiranya ada masalah mendatang. Namun penjelasan terperinci pakar perubatan telah menukar persepsinya. Sedikit lega, kerana sekarang mereka sudah tau banyak perkara.

Doktor menasihati Min agar tidak melakukan kerja-kerja berat untuk beberapa bulan dan sekiranya mengandung lagi, Min perlu lakukan satu prosedur untuk mengekalkan kandungan. Doktor kata, menurut sejarah kehamilan, Min mengalami ‘incompetence womb’ iaitu masalah rahim yang lemah. Rahimnya kurang mampu untuk mengekalkan fetus di awal kehamilan. Maka suatu prosedur ‘cerclage’ perlu dijalani dipenghujung trimester pertama untuk mengikat rahim sehinggalah kepenghujung trimester ketiga dimana jerutan itu akan dibuka semula pada sela waktu tertentu untuk persediaan kelahiran. Ini perlu dilakukan pada setiap kali kehamilan.

Keadaan rahim itu lah yang di label Izha suatu masa dahulu; tidak-boleh-hamil. Doktor cuba memberikan penerangan sebelum ini tetapi Izha tidak mahu menerima dan tidak cuba memahami. Izha sangat kecewa kerana Min tidak dapat menghadirkan cahaya mata dengan cara normal. Min pula sangat terdesak untuk menjadi normal dan menafikan masalahnya. Akhirnya mereka mengalami tiga kali keguguran yang tidak sepatutnya berlaku.

Complicated, but true.​ 

Manakala keguguran yang terbaru disebabkan kehamilan tanpa sengaja di luar rahim. Kehamilan itu, sekiranya kekal akan membahayakan ibu dan anak sekaligus, maka perancangan Allah itu maha elok. Min tidak perlu menanggung derita lebih lama.

Tetapi, itu semua sudah sejarah.

Keadaan ini boleh berlaku kepada semua orang kata doktor. Doktor kata tiada had untuk mereka mendapatkan anak.

Danny memang agak keberatan namun cuba untuk tidak melarang, bila Min menjadi terlalu gembira Danny tahu dia terpaksa merelakan. Terpaksa akur.

Previous: Bab 54
Next: Bab 56

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu