Home Novelet Keluarga Menggilap Gerhana
Bab 17

Peperangan masih berlaku.

Pertemuan dengan Danny beberapa hari yang lalu masih tidak meleraikan sarang-sarang yang memenuhi kepala. Masih dia terhalang untukmembuat sebarang keputusan. Matanya masih tidak mahu pejam walau malam sesungguhnya sudah larut benar. Akal turut tidak mahu surut berfikir. Segala jentera nya masih berfungsi laju. Tidak berehat langsung.

Text masuk. Izha. Delete.

Urusan hidupku bukan lagi dengan Izha, tetapi Danny. Entah kenapa dia masih tidak block nombor Izha.

Lagi text masuk. Kali ini Danny.

-Dah tidur?- Danny

Min membalas sepatah. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.30 malam.

-Esok jumpa, boleh?- Danny

Min setuju. Tiga hari lepas mereka bertemu dan semenjak itu tiada sebarang perbualan lanjut.

-Selamat malam- Danny

Min sudah tidak reply. Otaknya mula tersangkut.

Kembali dia merenung kad yang diberi tempoh hari. Lecturer? Serius? Bijak sangat untuk dia sorok sehingga tiada orang yang tahu. Tapi memang betul mama tak suka langsung apa-apa berkaitan muzik. Saat dia sibuk bermain muzik dulu pun Izha tak suka. Sama macam mamanya. Jadi mungkin benar, Danny terpaksa menyorokkan hal itu atau akan ada bantahan yang hebat dari semua pihak.

Min terus menerus membelek kad itu dan bersoal jawab dengan dirinya sendiri.

Eh! Esok nak jumpa pukul berapa pulak? Alamak, lupa nak tanya. Min cuba menaip lagi, tetapi dia sedar malam sudah terlalu lewat. Hampir 1am. Batal.

Text masuk tiba-tiba kemudiannya.

-Esok lunch 1pm. CafĂ© biasa- Danny

Macam tau-tau je. Min balas setuju. Kembali fikirannya menerawang ke pelusuk dunia.

Text lagi. Sekali lagi handphone dicapai. Keningnya berkerut. Izha. Dan lagi dan lagi dan lagi dan dia terus mute bunyi handphone tersebut.

 

 

 

 

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Linitsu