Home Novel Komedi/Romantik Komedi Beb, I Love You!
Beb, I Love You!
sipencintapena
4/5/2020 08:10:09
18,256
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5

“Kau tak keluar hari ni?” soal Adwa sambil mengambil tempat di sebelah Izdan yang sedang berbaring dengan mata terpejam. Izdan hanya membisu tidak memberi reaksi.

“Aku tahu kau tak tidur lah,” kata Adwa sambil mendengus perlahan.

“Iz, kau dan Qish macam mana?” soalnya lagi setelah lama terdiam. Izdan yang masih memejamkan matanya diam tidak menjawab.

“Aku sebagai kawan kau tak nak kau sakitkan hati minah tu. Aku tengok dia tu budak baik,” sambung Adwa separuh menasihati. Izdan membuka matanya perlahan sambil memandang Adwa yang duduk di sebelahnya.

“Tapi aku percaya kau pun baik. Kau tak kan kecewakan minah tu,” kata Adwa lagi dalam nada perlahan. Izdan bangun sambil membetulkan rambutnya.

“Kau yakin ke aku boleh jaga Qish? Tak maksud aku, kau yakin ke aku ni lelaki yang baik?” soalnya sambil memandang tepat wajah gadis itu.

“Boleh lah,” balas Adwa separuh mengusik. Izdan tergelak kecil.

“Kau buat aku lebih semangat nak jadi lelaki yang baik untuk Qish,” balasnya. Adwa tersenyum sinis.

“Kau ingat aku kawan yang tak ada fungsi?” soalnya sambil mula menarik muncung panjang. Izdan tergelak lagi. Dia memeluk bahu gadis itu.

“Aku hairan. Kalau aku lelaki baik seperti yang kau maksudkan. Kenapa kau tak pernah jatuh hati kat aku?” soalnya dengan kening terangkat memandang gadis itu. Adwa pantas menepis lengan lelaki itu.

“Ishh, tak nak aku,” balas Adwa dengan kening berkerut.

“Why?” soal Izdan separuh mengusik.

“Tak nak lah. Kau tu asyik nak berkepit dengan aku. Tak larat aku nak layan. Nanti bila kau dah kahwin jangan ingat nak berkepit dengan aku lagi. Tak nak aku perang ketiga dengan isteri kau,” balas Adwa separuh memberi amaran. Izdan sudah tergelak besar.

“Adwa, Iz mari naik minum petang dengan nenek,” ajak Nek Mar yang sedang berdiri di muka pintu memandang mereka.

“Okay nek,” balas Adwa sambil mula bangun.

“Kau tak payah. Balik!” halaunya kepada Izdan.

“Jahat lah budak ni!” balas Izdan sambil mengetuk dahi Adwa.

“Hei!” jerit Adwa sambil menyentuh dahinya yang terasa sakit. Izdan yang sudah berada di muka pintu rumahnya hanya tergelak besar mengejeknya.

“Siap kau!” kata Adwa sebelum berlari anak menuju ke pintu utama rumahnya. Nek Mar hanya menggeleng melihat telatah kedua-duanya.

*****

“Awaksuka makan apa?” soal Balqish sambil memandang tepat wajah lelaki itu. Izdan yang sedang mengunyah makanannya agak terkedu mendengar soalan gadis itu.

“Saya seorang yang tak memilih sangat bab makanan. Yang penting bukan racun,” balasnya dengan senyuman. Balqish tergelak kecil.

“Awak memang suka bersukan ke?” soalnya lagi.

“Ya awak. Saya memang suka bersukan. Cuma sukan renang saya tolak lah. Sebab sebelum ni saya pernah lemas. Nasib baik Adwa ada masa tu. Kalau tak, saya dah tak ada kat depan awak ni,” jawabnya sambil memandang Adwa dan Lufia yang duduk tidak jauh dari mereka.

“Maksud awak, Adwa yang selamatkan awak?” soal Balqish dengan kening terangkat. Izdan mengangguk perlahan. Pandangannya masih terarah pada Adwa.

“Saya terhutang budi dengan dia,” balasnya. Balqish mengangguk faham.

“Apa ciri-ciri wanita idaman awak?” soalnya dengan berani. Sekali lagi Izdan terkedu dengan soalan gadis itu. Lama dia membalas pandangan Balqish sebelum tersenyum.

“Saya suka wanita yang ceria, comel, manja dan nakal. Tapi saya bukan lah jenis yang memilih sangat. Yang penting orang tu faham dengan diri saya,” jawabnya dengan senyuman lebar. Balqish mengangguk perlahan.

“Awak dah ready ke?” soal Izdan pula.

“Apa?” soal Balqish semula agak keliru dengan soalan lelaki itu.

“Jadi girlfriend saya,” balas Izdan dengan senyuman nakal. Balqish terkedu.

“Saya…,”

“Iz, petang ni aku nak ke rumah Lufia. Jangan nak ajak aku keluar pula,” beritahu Adwa yang sudah berada di hadapan mereka.

“Tak apa lah. Aku tahu kau dah bosan keluar dengan aku kan?” balas Izdan separuh menyoal.

“Tahu tak apa. Qish kami masuk kelas dulu ek,” balas Adwa selamba sebelum berlalu dengan Lufia. Balqish hanya tersenyum mengangguk. Izdan mengeluh perlahan.

“Saya boleh ke ganti tempat Adwa petang ni?” soal Balqish dengan kening terangkat. Izdan tersenyum mengangguk.

*****

“Seronok keluar dengan Lufia?” soal Izdan sambil mengambil tempat di sisi gadis itu. Adwa yang sedang leka dengan telefonnya hanya memandang sekilas ke arah lelaki itu.

“Dah tu kau tak seronok keluar dengan Qish?” soalnya pula tanpa memandang Izdan.

“Seronok. Sangat seronok dan bahagia,” balas Izdan sengaja menekan suaranya. Berkerut kening Adwa memandang lelaki itu.

“Kau marah aku ke ni?” soalnya.

“No,” balas Izdan tanpa membalas pandangan gadis itu. Matanya tertumpu pada langit malam yang dihiasi bintang. Adwa tergelak besar melihat telatah lelaki itu. Dia bukannya kenal Izdan semalam.

“Dah kenapa?” soal Izdan dengan kening berkerut.

“Kau sayang aku ke Qish?” soal Adwa sengaja ingin mengusik lelaki itu. Namun debaran dadanya hanya tuhan yang tahu.

Kau dah kenapa Adwa. Yang gatal sangat nak tanya soalan tu kenapa??

Izdan hanya merenung wajah gadis itu tanpa berkata apa-apa. Riak wajahnya bertukar serius.

“Kau jangan lah buat muka macam tu. Aku takut pula,” balas Adwa yang agak seram melihat wajah yang jarang ditunjukkan oleh lelaki itu.

“Aku sayang kau lebih daripada Qish,” balas Izdan dengan nada tegas. Adwa terkedu. Hilang senyuman di bibirnya. Izdan tunduk sebelum tergelak besar.

“Bodoh!” Adwa menumbuk kuat bahu lelaki itu. Semakin kuat pula suara Izdan tergelak.

“Kau jangan datang rumah aku lagi!” Adwa memberi amaran dengan nada keras sebelum bangun dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.

“Aku gurau aje lah,” balas Izdan separuh menjerit. Adwa mendengus geram sebelum menutup pintu rumah dengan kasar. Izdan hanya tersenyum melihat telatah gadis itu. Dia kembali merebahkan tubunya di atas kerusi rehat yang memang dibina di hadapan rumah Adwa. Soalan Adwa terngiang semula di telinganya. Dia tersenyum lebar sambil mula memejamkan mata.

*****

Lufia memandang wajah temannya itu dengan kening berkerut.

“Ada masalah ke? Sejak masuk kelas kau diam aje. Gaduh dengan Iz lagi?” soalnya ingin tahu. Adwa Riana yang dikenalinya bukanlah seorang yang pendiam. Kalau diam itu mesti ada sebab.

“Mana ada. Aku okay lah,” jawab Adwa sambil mula membuka buku di depannya.

“Aku nak tanya sikit boleh?” soal Lufia lagi separuh meminta.

“Asyik nak tanya minah ni. Apa?” soal Adwa pula dengan kening berkerut. Lufia hanya tergelak kecil mendengar komen gadis itu.

“Aku dengar Iz dan Qish dah jadi. Kau okay ke?” soalnya setelah tawanya reda.

“Bagus lah tu,” balas Adwa dengan suara mendatar tanpa memandang wajah Lufia.

“Aku cuma tak nak kau menyesal aje,” kata Lufia perlahan.

“Menyesal? Sebab apa pula aku nak menyesal?” soal Adwa tepat memandang wajah sahabatnya itu.

“Aku tahu kau sayang Iz lebih dari seorang kawan. Aku…,”

“Hai. Jom pergi kantin,” ajak Balqish yang datang tiba-tiba. Lufia mengeluh dalam diam. Adwa memandang Lufia sambil memberi isyarat supaya tidak meneruskan kata-katanya.

“Jom. Aku pun lapar juga ni,” balas Adwa dengan senyuman.

“Jom Luf,” ajak Balqish sambil menyentuh bahu gadis itu. Lufia hanya tersenyum mengangguk.

“Aku tak habis cakap lagi ni,” sempat dia berbisik di telinga Adwa. Adwa hanya membulatkan matanya memandang gadis itu sebelum menurut langkah Balqish. Lufia menggeleng perlahan.

Tak nak mengaku lah tu!



Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.