Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
232,909
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
sambung bab 4 ; Dato Malek terkejut!!!
Sinopsis

Mengisahkan seorang pemuda bernama Kassim atau nama glamornya Sim seorang anak yatim yang melarikan diri dengan kawannya baik Hamid ( Mid ) dari rumah anak-anak yatim di Gombak. Mereka melarikan diri pada usia Kassim 16 tahun kerana tidak tahan duduk di rumah anak-anak yatim. Setelah keluar.. pelbagai pekerjaan yang mereka lakukan bermula sebagai pencuci kereta, kemudian menjadi pembantu pasar…. sebelum berkenalan dengan abang Fazzul. Abang Fazzul mengupah mereka menjaga perniagaan barangan tiruan dan cetak rompak yang memberikan upah yang super lumayan. Kemudian abang Fazzul membuka syarikat pelaburan haram pada tahun 2011 di mana mereka berdua diambil bekerja.

Selepas setahun, abang Fazzul melarikan diri dengan wang pelabur… manakala Sim dan Mid diburu oleh para pelabur yang marah keraba wang pelaburan hangus begitu sahaja. Pada satu malam, apabila mereka mengeledah pejabat untuk mencari maklumat dan seterusnya mengesan abang Fazzul, mereka telah berjaya dijejaki oleh para pelabur yang marah. Sim dan Mid cuba melarikan diri dari kepungan para pelabur yang diketuai oleh abang Ali. Sim terkepung di sebuah taman perumahan dan dipukul oleh para pelabur. Sim yang pengsan telah ditinggalkan di bawah pokok di sebuah rumah di taman tersebut. Dijumpai oleh seorang perempaun yang berkelakuan ala-ala tomboy bernama Ari ( nama sebenar Ariani Suzana ) yang baru balik menonton perlawanan bola Euro. Ari mengheretnya masuk ke dalam rumah dan merawatnya.

Pelabur yang tidak berpuashati menelefon jabatan Islam daerah mengatakan bahawa terdapatnya kes khalwat yang sedang berlaku. Akhirnya Sim dan Ani telah ditangkap khalwat. Ayah Ani, Dato Malek mengahwinkan mereka berdua walaupun Ani dan Sim tidak bersetuju. Tapi demi menjaga nama baik Dato Malek yang merupakan orang besar di peringkat Negeri maka keputusan diambil untuk menikahkan mereka berdua besok petangnya. Terdapat pelbagai konflik dan perkara lucu yang terjadi sepanjang perkahwinan mereka selama 4 bulan.

Tapi akhirnya Sim menerima perkahwinan mereka dan cuba untuk mencintai serta menyayangi Ani sepenuh hatinya.. sebaliknya Ani hanya melayan Sim sebagai kawannya sahaja.. tidak lebih dari itu. Ani juga tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan melebihkan kawan-kawannya. Tapi akhirnya berlaku perkara yang tidak disangka membongkarkan siapakah Sim dan ayahnya yang sebenar dan sebab musabab Sim ditinggalkan di rumah anak-anak yatim…………..


Sambungan bab 4

Sementara itu di Lebuhraya Utara Selatan menuju Alor Star, Datok SC 1 Malek bin Haji Reduan sedang memandu kereta dengan laju menuju ke  Alor Setar dari Ipoh. Panggilan yang diterimanya pada pukul 4.00 pagi yang mengatakan anak bongsunya Ariani ditangkap basah benar-benar mengejutkannya. Panggilan itu dibuat oleh Pegawai Agama Kota Star iaitu Haji Ramlan yang memang dikenalinya. Pegawai tersebut meminta Dato Malek segera ke pejabat Agama untuk membebaskan anaknya kerana kertas pendakwaan akan mula ditulis pada pukul 9.00 pagi. Sebaik sahaja panggilan ditamatkan, Dato Malek lantas mengejutkan isterinya. Isterinya yang mulanya tidak percaya akan kesahihan itu menelefon semula Haji Ramlan untuk mendapatkan kepastian. Setelah mendengar pengakuan Haji Ramlan barulah isterinya terkocoh-kocoh untuk bersiap. Barang semua yang ada ditinggalkan di hotel,hanya barang yang penting sahaja dibawa pulang.

Dato Malek terganggu apabila mendengar Puan Saadah sedang menangis teresak-esak. Beliau idak percaya anak kesayangan mereka melakukan perkara terkutuk itu. 

“Saadah oi... udah-udah la kamu menangis tu. Abang nak bawak kereta pun tak senang. Nangis airmata darah pun tak guna jugak. Ani tetap sudah kena tangkap... awak nangis tu ingat boleh lepaskan dia ker?” katanya.

“Tapi Adah tak sangka bang.... takkan Ani yang tomboi tu boleh kena tangkap basah... dia tu kan anti lelaki sikit perlakuannya” jawab Datin Saadah.

“Ani tu laki ka pompuan? Dia pun ada nafsu jugak Adah oi..... mungkin lelaki tu pandai mengayat... Ani terkulai layu” agak Dato Malek.

“Abang buat la sesuatu supaya Ani lepas..... bincang la dengan Haji Ramlan tu. Dia kan bekas Pegawai Agama kat kontinjen abang. Takkan dia tidak boleh tolong” Datin Adah memberi cadangan.

“Awak ingat saya ni apa? Saya takkan guna kedudukan saya untuk membebaskan Ani. Yang salah tetap salah. Kalau Ani salah ditangkap khalwat.... saya tetap akan menghukum Ani. Biar dia kahwin dengan pasangan dia tu. Habis cerita... kalau abang bebaskan dia... esok lusa dia buat balik. Takkan keje abang nak bebaskan dia jer dari maksiat. Kita pi sana dengar cerita yang sebenar” Dato Malek tidak bersetuju dengan cadangan isterinya.

“Tapi takkan abang nak kahwinkan dengan orang yang kita tak tahu asal usul. Tah jantan mana Ani kutip. Mat motor ke? Lagipun Ani tengah belajar lagi bang. Macamana nak jadi isteri. Lagipun dengan perangai Ani yang tomboi tu. Boleh ke jadi isteri yang baik?’ tanya Puan Saadah kepada suaminya.

“Habis awak nak buat macamana? Dia dah malukan kita. Nak tak nak kita kena kahwinkan mereka berdua jugak. Ala... besok pandai-pandai awak dan saya mengajar Ani menjadi isteri yng bertanggungjawab. Dah... jangan nangis. Saya nak kena memandu sampai sana pukul 6 pagi... sebelum pejabat buka. Kalau tak nanti habis satu Alor Star tahu anak kita kena tangkap basah. Saya kena setelkan perkara ini sebelum pejabat dibuka” Dato terus memecut laju kenderaan. Beliau memandu sendiri kereta tanpa diiring polis peronda kerana tidak mahu orang bawahan tahu tentang kes Ani. Lagi malu besar  Dato Malek.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.