Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
231,823
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 30 ; siapa Azman ini?

BAB 29

Bisnes On-line

Sudah seminggu sambutan Hari Raya berlalu. Sanak saudara ramai datang ke rumah sewa Sim dan Ani untuk beraya ini terutama pakcik dan makcik dari Sabak. Sim dan Ani tidak membuat rumah terbuka kerana tiada siapa yang hendak memasak... paling-paling busuk pun Sim akan menggoreng mi dan ayam berempah bila keluarga mertuanya datang semalam. Janji ada makanan untuk dihidang kepada para tetamu sudah. Paling ramai budak-budak taman yang datang ke rumah mereka... maklumlahdi sini kawasan Melayu. Malah Sim terkejut apabila mendapat tahu budak-budak yang datang ke rumahnya adalah dari Sungai Tangkas dan Kajang . Sanggup datang dari jauh menaiki bas ke sini. Semuanya hendak mencari duit Raya, nampaknya pada zaman ni budak-budak mempunyai kefahaman bahawa Raya itu adalah Hari untuk mengutip duit Raya. Bukan untuk bersalaman dan bermaafan sesama ahli keluarga.. bukannya merayakan kemenangan setelah sebulan berpuasa untuk menahan lapar dan dahaga. Malah kalau ditanya kepada anak-anak buah dan sepupu Ani yang masih kecil kenapa mereka berpuasa, jawapannya kalau puasa penuh ibu atau ayah akan bagi upah... sehari singgit. Jadi mereka berpuasa bermatlamatkan untuk mendapatkan duit... bukannya bertujuan mendapat redha Allah... Sim sedih melihat situasi tersebut.

Dahulu semasa Sim berpuasa di rumah anak-anak yatim, tiada ganjaran kewangan jika dia dapat berpuasa penuh sebulan. Makan sahur atau buka pun makan nasi... kuih manis adalah 2 ketul. Kalau nasib baik adalah syarikat korporat atau orang kaya-kaya menyumbangkan makanan atau mengajak penghuni berbuka di luar. Selalunya seminggu hendak raya, anak yatim macam Sim ini akan diberi pelbagai sumbangan baju dan pakaian Hari Raya. Paling memualkan Sim, mesti wartawan akan datang mengambil gambar mereka yang seolah-olah gembira menerima pakaian baru. Tapi di hati anak-anak ini tidak siapa yang tahu, apa guna pakaian baru jika tiada ahli keluarga yang berkunjung melihat kami, tiada ibu bapa yang kami mahu salam dan meminta maaf, tiada sanak saudara atau atau dan nenek untuk kami bertandang dan pendek kata tiada kemeriahan langsung.... hanya kesedihan.

Hari pertama raya selalunya kami memakan rendang dan ketupat yang disumbangkan oleh pihak penaja. Paling tidakpun kami akan diangkut ke majlis-majlis rumah terbuka yang diadakan samada di rumah Menteri Besar, Istana ataupun rumah orang-orang kenamaan. Paling menggembirakan adalah mendapat duit raya daripada pihak tuan rumah.. lagi sekali pihak tuan rumah mempergunakan kami, masa sumbangan wang raya... para wartawan akan berlumba-lumba mengambil gambar tuan rumah sedang memberi duit kepada anak yatim. Besoknya keluarlah berita bahawa tuan rumah seorang baik hati, suka menderma dan murah hati ( bila aku dah besar baru aku tahu kenapa orang korporat berlumba-lumba hendak memberi derma, rupanya nilai diorang derma itu boleh digunakan dalam potongan cukai...... betul-betul tak ikhlas ). Jadi selepas Hari Raya,.... tiada siapa mempedulikan kami anak-anak yatim... kami mewah hanya semasa di bulan Puasa dan Raya sahaja.

Hari ini Isnin bulan Ogos tahun 2012 berlaku peristiwa yang menggembirakan Sim, pihak USIM dan Kolej Nilai telah bersetuju dengan kertas cadangannya untuk menempatkan kiosk dobi dan mesin layan diri di premis mereka. Jadi apabila sudah mendapat kelulusan ini, maka tugas seterusnya akan di ambilalih oleh abang Ali pula untuk mengkaji dan meletakkan mesin yang sesuai di premis tersebut. Bulan depan dapatlah Sim komisen pertamanya seperti yang dijanjikan syarikat. Hasil kajian Sim mendapati kemungkinan dalam 20 mesin paling minimum boleh diletakkan di kedua-dua premis dan bermakna Sim akan mendapatlah  dalam 3,000 ringgit komisyen. Jadilah duit kereta aku selama 5 bulan... nak harapkan gaji makan pasirlah aku. Duit simpanan pun tinggal seribu je lagi... semua dah dilaburkan untuk membeli stok jersi.

Akhir minggu tersebut laman web  telah siap dibina oleh Sim, malah barang stok jersi yang  dipesannya akan sampai besok di pelabuhan. Sim bercadang untuk mengambil stok tersebut bersama dengan Mid. Mid telah mendapat cuti rehat selama sehari ( Mid kata itulah cuti rehat pertama yang diambil sepanjang bekerja dengan Dato... aku terkejut kerana gaji Mid termasuk elaun dekat 2,000 ringgit. Maklumlah hari-hari kerja lebih masa... sabtu dan ahad keluar lagi ). Sim bercadang untuk mula meletakkan laman webnya di laman maya pada hari Ahad nanti.

Sim akan melakukan pra pembukaan laman webnya pada hari Sabtu. Stok akan disimpan sementara di rumah lain yang  disewanya di Bandar Baru Bangi ( Sim yang akan mengupah seorang pelajar MFI untuk menguruskan stok dan melakukan penghantaran.... dia lakukan kerja ini selepas kelas... selepas membungkus Sim akan menghantar ke pejabat penghantaran cepat yang akan ditutup pada pukul 8 malam... budak ini tinggal di rumah tersebut... anak kepada bekas pegawai bawahan bapa mertua Sim... ayah mertuanya berkata budak ini boleh dipercayai ). Sim juga sudah mendaftarkan perniagaannya ( kata bapa mertuanya... kalau ada apa-apa hal senang nak ambil tindakan mahkamah. Ada hitam putih ). Cara bayaran jersi adalah melalui Paypal ataupun kad kredit mahupun debit. Malah Sim juga telah membuat pesanan stok yang kedua yang akan sampai dalam jangka masa seminggu lagi.

Pada hari Jumaat selepas makan malam, Sim  menonton TV di ruang tamu. Ani yang baru membasuh pinggannya sendiri ( Tak pernah basuh aku punya pinggan... kalau aku letak kat sinki masa dia ada.. dia buat tak tahu saja... pastu terus berlalu pergi ke ruang tamu.... cantik ),  Ani duduk di sebelah Sim ;

“Abang... saya ada hal sikit nak cakap dengan abang ni” Ani memulakan bicara.

“Hal apa tu?” tanya Sim... tiba-tiba saja. Abang?

“Lepas ni saya mungkin sibuk sikit. Selalu takde kat rumah. Saya dah mula buat kertas ilmiah. Jadi, saya akan selalu keluar untuk membuat kajian dan penyelidikan. Mungkin ke tapak projek ataupun ke kilang-kilang. Takpun sibuk bersengkang mata di perpustakaan atau bilik seminar... maklumlah ini kerja kumpulan. Hidup mati Ani bergantung kepada tesis ini... kalau tak lulus kena mengulang semula” Ani menjelaskan hal yang hendak dibincangkan dengan Sim tadi.

“Hidup mati ditentukan oleh Allah... bukannya tesis. Oh! Ingatkan apa tadi... boleh jer” Sim sempat membetulkan keterlanjuran Ani tadi.

“Yelah ustaz. Tapi saya pergi dengan kawan-kawan. Maklumlah kertas ilmiah kami sama kumpulan. Saya dengan Azman serta Ana dan seorang budak cina lelaki. Kami panggil namanya Ah Chai.” Macam nama cina apek kedai runcit jer Ah Chai tu.

“Azman?” tanya Sim.

“Ye... Azman. Kawan sekuliah sama... yang saya ceritakan dahulu. Dia pun terlibat sama dalam projek ni” jawab Ani.

“Ok. Selagi awak pandai jaga diri saya tak kisah. Lagipun awak nak belajarkan bukannya nak berfoya-foya” Sim memberi kebenaran.

“Ok... no problem. Ini, pagi ni saya nak mintak izin pergi tengok bola kat kedai mamak. Ada game besar pagi ni. Liverpool lawan Arsenal. Pukul 2 pagi.”

“Kat kedai mamak? Kenapa tak tengok kat rumah jer? Kan ada Astro ni. HD lagi” tanya Sim... takkan awal-awal pagi seorang isteri keluar tengok bola dengan kawan-kawannya. Macam tak kena jer ;

“Kat kedai mamaklah sedap tengok. Skrin besar... ada ramai kawan. Boleh kutuk-kutuk. Boleh makan-makan. Boleh tak? Tiap kali gol riuh rendah suasana” Sim masih ragu-ragu... apa kata jiran-jiran melihat isterinya keluar pagi-pagi buta tanpa diiringi suami.

“Pergi dengan siapa?” tanya Sim.

“Saya seorang sahaja. Tapi saya jemput member kat kolej kediaman dan tengok bola bersama mereka. Takkan saya seorang keluar malam-malam... tak beranilah saya.”

“Siapa?.”

“Khai, Ana dan Azman” Azman? Siapa mamat ni? Adakah mamat yang  pernah dilihat oleh Sim berjalan dengan Ani berdua semasa dia kebetulan  mengutip wang di Pusanika UKM dahulu. Masa itu Sim memakai topi dan bercermin mata hitam.. memang Ani tidak perasaan akan kehadiranku. Malah Sim tidak memberitahu Ani mengenai teamnyamengutip wang di UKM,,,, tidak mahu Ani segan dengan kawan-kawannya nanti ;

“Azman? Dia takde motor ker? Dia tak boleh pergi dengan kawan-kawannya sendiri? Kenapa perlu dia ikut Ani?” tanya Sim.

“Ada... tapi pagi-pagi buta bawak moto bahaya. Lagipun pak guard mesti tanya macam-macam. Sebab tu naik kereta sahaja senang. Lagipun ada orang lelaki teman takdelah rasa takut nak keluar pepagi buta. Boleh lah yer” Ani memujuk Sim untuk memberi kebenaran.

“Ok” walaupun berat hati Sim untuk memberikan kebenaran. Tapi siapa aku untuk menghalangnya... Ani akan memberontak jika aku tidak turutkan kata hatinya... Ya Allah... kau selamatkanlah Ani dari godaan Syaitan. Siapa budak Azman ni? Aku kena siasat ni.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.