Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
232,983
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 11 ; bergurau

BAB 11

Gurauan

Setelah Sim menghantar pulang Mid ke rumah sewa mereka, Sim mengemaskan beg pakaian yang diletakkan sementara tadi di bilik tetamu. Sim terus mengangkat beg tersebut ke bilik Ani... hanya 2 buah beg... satu beg sorong manakala satu lagu beg jinjing. Barang mana yang penting sahaja dahulu seperti pakaian dan barang penjagaan diri yang disumbatkan ke dalam beg... dah tak sanggup lagi Sim memakai baju milik abang-abang Ani. Di dalam bilik kelihatan Ani sedang berbaring lena. Sim sengaja menghentak beg kuat di atas lantai. Ani tersentak kerana terkejut;

“Kau ni kenapa? Memekak je la... kacau jer aku nak tido. Nasib baik aku tak kena sakit jantung” marah Ani.

“Bangun la oi. Dah pukul 6 petang ni... nak Maghrib. Setan je tido waktu ni.. kau ni manusiakan?” bagi panas sikit.

“Banyak la kau! Aku penat ni... penat kenduri semalam tak habis lagi. Ini dapatlah tidur kejap... dah kau mengacau.”

“Kalau gitu aku mandi dulu la.”

“Mandilah... jangan kau berbogel depan aku. Aku jerit nanti” katanya dan terus menyambung tidur. jeritlah... aku peduli apa. Sim mengambil kain tuala di ampaian dan memasuki bilik air. Di dalam bilik air Sim sengaja menyanyi kuat-kuat secara sumbang mambang. Lagu rock kapak yang dia hafal dia nyanyikan. Niat di hatinya hendak mengusik Ani. Keluar sahaja dari bilik air kelihatan Ani baru bangun dari tidur, sedang duduk di meja solek. Mungkin tidak boleh tidur apabila mendengar nyanyiannyatadi ;

“Ha... bangun pun. Aku ingat tidur mampus tadi” Sim memperli Ani.

“Katak pun... kalau dengar kau nyanyi boleh mati tahu tak! Tak boleh ke bila masa aku ada kat bilik ni kau jangan nyanyi... nak putus telinga aku mendengarnya.”

“Aik.... suka hati aku la nak nyanyi ker, berendam sampai banjir ker, makan ke dalam tu, main bola ker. Nak hiburkan hati. Ada isteripun.. yang ado”

“Dah la malas aku layan kau... aku nak mandi” Ani bangun mengambil tuala menuju bilik air. Apabila lalu di hadapan Sim, Sim menarik lengannya. Lembutnya tangan

“Kau ni apahal pegang tangan gua? Nak penumbuk ker?” marahnya.

“Aku nak cakap sikit ni” Sim melepaskan lengan Ani dari dakapan tanganku.

“Malam ni aku nak bincang sesuatu. Masuk bilik pukul 10.00 malam. Aku nak bincang macam-macam perkara dengan kau” kata Sim.

“Kalau aku tak naik?.”

“Aku panggil kau dari atas. Ndak? Aku jerit... Ani! Mana seluar dalam abang Ani letak... biar kau malu” Sim mengacah Ani.

“Whatever” Ani terus masuk ke bilik air. Sim Menghidu tangan yang memaut pergelangan Ani. Wangi dan lembut. Sayangnya aku masih belum dapat memelukmu sayang. Aku terus memakai baju dan turun ke bawah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.