Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
232,052
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 25 ; idea memulakan perniagaan

Bab 24

Idea Memulakan Perniagaan

Sudah 2 minggu umat Islam berpuasa, maknanya juga sudah lebih 2 minggu Sim bekerja di syarikat ini. Sim merasa semakin seronok melakukan kerja ini kerana tidak terikat masa kerjaku di pejabat. Banyak kerja yang dilakukan di luar, hanya hari Jumaat sahaja Sim duduk di pejabat untuk membuat laporan kutipan mingguan udan diberikan kepada penyelianya abang Man. Hari Sabtu Sim akan mengambil kerja lebih masa mengutip wang di tempat dimana dia rasakan mencatatkan volum jualan yang tinggi seperti di Bangi, Cheras dan Sepang ( ahli kumpulan dalam pasukannya juga bekerja hari Sabtu untuk mendapatkan duit lebih... duduk di Kuala Lumpur ini kalau gaji tidak mendapat sekurang-kurangnya 1,500 ringgit memang tidak boleh hidup... lega sang suami jikalau isteri juga bekerja membantu suami... tapi sudahnya kena pula membayar wang bulanan  pengasuh anak... bukannya murah.. satu anak lebih kurang 250 cajnya sebulan... kalau 3 orang anak sudah 500 sebulan... itu belum masuk susu anak atau kos lain lagi... baik duduk rumah sahaja jaga anak dan buat kerja sambilan di rumah... kata abang Ghana.

Sim juga sudah menghantar kertas cadangan untuk menempatkan mesin vending dan pusat dobi layan diri di Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) dan Nilai kolej yang terletak dikawasan Nilai. Kawasan ini masih lagi belum diterokai oleh perniagaan Dato Khaidir. Penyelianya dan Dato Khaidir sangat kagum dengan idea dan komitmen Sim. Baru 2 minggu bekerja sudah ada idea untuk mengembangkan perniagaan mereka. Kertas kerja akan  cuba siapkan oleh Sim seminggu selepas raya. Ini kerana banyak prosuder yang perlu di atasi untuk membuka mesin layan diri di tempat ini. hendak kena mintak kebenaran pemilik premis, Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya.

Pada minggu keempat bulan Julai Sim berjumpa dengan Mid di rumah sewanya. Sudah lama Sim tidak bertemu dengannya... kali terakhir kami berjumpa adalah semasa kami berpindah dahulu. Hari Ahad kebetulan dia tidak bekerja menghantar bosnya menghadiri majlis-majlis atau temujanji perniagaan. Sim meletakkan kereta di belakang rumahnya. Di situ ada pintu yang boleh masuk ke rumah Mid. Mid menunggu Sim di bawah sepohon pokok mangga ;

“Assalaimualaikum Mid” sapa Sim ketika keluar dari kereta.

“Waalaikummussalam. Apa khabar” mereka berpelukan.

“Baik.. nasib baik hang tak kerja hari ni. Boleh jumpa... kalau tak asal aku telefon je ang kata tak dapat... kata nak hantar Dato ni ke sanalah... Dato nak pi sinilah. Macam YB dah hang ni” Sim mengusik Mid.

“Hahahahahahahaha... biasala. Pemandu Datok... bila-bila masa saja aku dipanggil kena hantar Dato kesana kemari. Janji masyuk.... OT dibayar. Eh! Jom masuk rumah” ajak Mid. Sim mengikutinya. Sampai di dalam rumah.

“Wah... besar gak bilik kau ni yer. Muat juga letak barang-barang dari Kedah haritu” kata Sim sambil melihat keliling bilik Mid... luas.. seperti ruang tamu rumah sewanya.

“Biasalah. Duduk bujang bolehlah. Kalau dah kahwin tak sesuai... bilik takde... ruang tamu jer... tapi tandas nasib baik dalam. Kalau tandas luar... haru gak aku.. nak berkongsi-kongsi... geli oooo.”

“Kau tak masakla yer?” Sim melihat tiada dapur gas di dalam bilik ini.

“Takla... aku makan luar atau tapau je. Lagipun kalau aku dalam rumah... ambik je makanan kat dapur Dato. Memang banyak lebih.. aku seorang saja. Membazir je masak. Kau tahu lah aku ni pemalas macamanakan.... kau ada... boleh masakkan untuk aku. Rindulah nak rasa masakan kau” Mid membodek... memang Mid ni malas memasak... dulu masa bujang, dai akan beli barang dan membersihkannya. Aku masak jer... dia kata aku patut kerja kat hotel... masak lebih sedap dari Hotel... ;

“Hahahahahahahaha. Kau tu masak nasi pun boleh mentah. Untunglah kau... makan free... bilik ada orang bagi. Air-air takde ker... haus aku ni” gurau Sim.

“Haus? Ada air oren.... ambiklah dalam peti ais tu. Kau ni tak puasa ker? Masih tong-tong puasa macam dulu ker?.”

“Hahahahahahahahaha... manalah tau kau buat kerja lama lagi... bukan kau ker dulu selalu tong puasa. Pukul 2 je mulalah cari air dalam peti ais” Sim mengimbau teletah Mid semasa berpuasa dulu. Tapi bila time berbuka mengalahkan orang puasa... macam-macam dibelinya.

“Siot jer... aku dah bertaubatlah. Tak ponteng puasa lagi. Hehehehehehehehehe. Macamana kerja kau? Ala... masa tu muda lagi... tak kuat sangat iman.”

“Seronoklah... kerja luar macam kau.. kutip wang mesin layan diri. Takdelah terperok dalam ofis. Mati kutu oooooo” Sim menyambung

“Tapi waktu puasa ni tercabar gak iman... terutama kutip duit meter tempat letak kenderaan. Tengah-tengah panas... perghhh. Tercabar iman oooo... haus giler. Nak je aku minum air tin dalam van... tapi si Ghana pembantu aku tu tak minum atau makan semasa bertugas.. seganlah kami.”

“Biasalah. Alah tegal biasa lah nanti tu. Bini kau sehat ker?” Mid bertanyakan tentang Ani.

“Ok jer... eih. Aku datang ni ada hal untuk bincang dengan kau.”

“Hal ape tu?.”

“Pasal bisnes yang aku nak buat ni. Aku dah dapat idea.”

“Idea apa? Cerita kat aku.”

“Aku ingat nak buat bisnes online. Kita jual jersi ori.”

“Kan benda tu Al Ikhsan dengan Mizi dah jual. Nanti rugilah kita... Al-Ikhsan jenamanya lagi kuat... kalah kita nanti.”

“Tapi diorang jual jersi pasukan yang popular sahaja. Kita jual rangkum semua pasukan luar negeri dan dalam negara, Asia, Eropah dan Amerika latin. Aku dah dapat link dengan pelajar kita di Britain. Namanya abang Midi... nama sebenar Hamidi Adnan... dia pensyarah Mara dan sedang melanjutkan pelajaran di sana. Abang Midi boleh tolong supply bekalan dengan kita dengan harga murah atau lebih tepat lagi harga kilang” terang Sim.

“Wah! Cepatnya..... mana kau dapat kontek ni?” tanya Mid.

“Abang ipar aku kawan dengan Midi ni... aku tanya dia kalau dia ada kontek di UK. Di UKlah pusat penjualan jersi tulin yang murah... kau tahulah kan penyokong sana sangat fanatik dengan bola. Abang Midi ni pun kaki bisnes. Dia setuju kalau dia jadi orang tengah beli jersi ori dari pasukan seluruh dunia. Malah dia boleh dapat sijil sah tulen dari kelab-kelab atau kilang-kilang pembuat jersi. Tapi kita kena beli dalam kuantiti yang banyak lah.... lagi banyak maka lagi murah yang boleh dapat. Abang Midi akan cuba dapatkan jersi dari kilang-kilang negara jiran seperti German, Itali, Turki mahupun Greece... sekarang ini eropah sedang mengalami krisis ekonomi... jadi banyak stok jersi yang tidak dijual dan sedia untuk dibeli dengan harga yang cukup murah” terang Sim bersemangat.

“Betulka? Tak menipu macam Fazzul tu.... jersi tu betul-betul ori ker? Ke cap triple A.”

“Betullah... aku dah skype dengan brader ni. Dia pun sedang sambung belajar di sana dan memerlukan wang. Maklumlah dah berkeluarga... nak harapkan duit biasiswa atau kerja sambilan berapa sen yang dia dapat. Sebagai contoh... dia boleh dapat jersi MU dalam harga borong 150 ringgit sehelai... kita jual di sini dalam 230 ringgit termasuk kos menghantar. Harga sebenar di Al Ikhsan dekat 300 ringgit. Kos upah dan menghantar hanya 30 ringgit. Tapi kita kena beli dalam kuantiti yang banyakla. Bukan EPL sahaja... kita jual jersi yang ada permintaan tapi kat Malaysia ni tapi agak susah untuk dicari oleh peminat... macam jersi Souhthampton, Cardiff, QPR, Norwich, Swansea atau Leeds.”

“Geliga la otak kau ni... memang betul jersi selain pasukan EPL susah nak dapat kat Malaysia ni. Macam Dortmund... aku pakai yang lokal sebab kat Al Ikhsan takde jual. Kau ni otak bisnesla... pandai ambil peluang” puji Mid.

“Biasalah. Nak hidup... harapkan gaji aku ni berapa sen sangatlah. Sewa rumah jer dah separuh makan gaji asas aku. Sekarang ni tiap-tiap hari aku buat kerja lebih masa. Sabtu pun aku kerja... aku harap dapatla seribu setengah. Lepas la untuk diri aku dan Ani... tapi nak sedap kenalah buat bisnes. Si Ani tu bukannya nak masak.. hari-hari makan luar. Mampus aku.”

“Masaklah sendiri.”

“Nak harapkan Ani? Makan nasi dengan garamlah aku. Ani tu bukannya tahu masak pun. Tah-tah masak nasipun dia tak tahu. Lagipun aku mana ada masa nak masak... sampai rumah pun dekat Maghrib... nak berbuka pun aku suruh Ani beli”.

“Hahahahahahahahaha..... siannya kau. So bila nak mula bisnes.”

“Lepas raya... bagi aku bincang lebih lanjut dengan brader tu... aku pun nak belajar bina laman web dan buat tranksaksi secara elektronik. Bila dah siap nanti aku bagitau kau berapa modal yang diperlukan. Setakat ni yang aku ramal dalam RM 50,000. Kau 25 ribu aku 25 ribu.... Cukuplah modal untuk 500 jersi yang pertama... jersi EPL je yang mahal.. tapi jersi pasukan lain separuh dari harga jersi EPL.”

“Ok.... harap brader tu janganlah kaki penipu macam Dato tu.”

“Taklah... Abang aku kata dia ni jujur.. dah lama berkawan dengan abang Midi ni. Tak pernah makan kawan. Dia pun cuma mintak duit separuh dahulu... kemudian dah sampai barang baru mintak lagi separuh. Tapi bukan bayar kat dia, bayar kat kilang. Dia mintak komisen jer... satu jersi komisennya dalam 8 hingga 10 ringgit... kita pulak untuk satu jersi antara 30 hingga 50” terang Sim lagi untuk menyakinkan Mid.

“Ok... ikut kau lah... janji kita untung. Kalau dah steady kita buat benda ni sepenuh masa. Penat jadi kuli ni... balik pun tak tentu masa. Kadang-kadang keluar gelap.. balik pun gelap. Balik rumah terus tidur... macam takde life pulak” keluh Mid.

“Dato kau ni bisnes ape?.”

“Dia ni kontraktor... selain itu dia ada bisnes kayu balak dan perniagaan mengekspot makanan.”

“Wah dasat gak yer bos kau ni.”

“Memangla. Kau datang ni tak bawak buah tangan ker?”.

“Buah tangan apanya. Pagi-pagi ni... nak harapkan bini aku masak... sampai ke sudah. Malam ni jom berbuka kat rumah aku.”

“Tak bolehla... aku nak hantar Dato bukak puasa kat hotel. Lainkali jela yek.”

“Ok” kami terus berbual sehingga tengahari. Selepas itu Sim balik ke rumah... sebelum balik Sim singgah di Tesco untuk membeli barang basah.Sim bercadang untuk memasak. Sim bertanya tadi si Ani ni samada waktu berbuka nanti dia berbuka di rumah. Ani tidak keluar kemana-mana hari ini... Sim pun ambil kesempatan untuk memasak. Asyik makan luar je muak dia.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.