Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
232,953
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 33 ; perniagaan baru

BAB 32

Abang Midi

Hari Ahad hujung minggu tersebut Sim berjumpa dengan abang Midi di restoran Ice Room di Nilai ( Abang Midi duduk di Nilai ). Setelah memesan minuman dan makanan mereka mula berbincang mengenai bisnes dan mendengar produk baru yang ingin disampaikan oleh abang Midi ;

“Macamana bang, komisen semua dah dapat?” kata Sim... manalah tahu ada komisyen yang aku tidak bayar lagi kepada abang Midi.

“Dah! Sebab tu aku dapat balik ke Malaysia ni. Pakai duit komisen yang kau bagi tu lah.. aku cuti semester seminggu jer. Tapi anak bini tinggal kat sini jadi aku melawatlah mereka... seminggu pun dah cukup melepaskan rindu dendam. Kalau mengharapkan duit biasiswa atau duit kerja sambilan... setahun sekalilahd apat aku balik sini. Mujurlah ada bisnes ni.... boleh bantu aku apa-apa yang patut. Gajipun tinggal separuh... mana cukup duduk kat UK nun. Barang mahal.. sekali makan jer dah dekat 15 ringgit duit Malaysia.. perghhhhh.”

“Biasalah bang.. matawang diorang besar dari kita... kita nak dapat duit dia satu paun, hampir RM 5 duit kita dimakannya. Jadi abang.... apa produk terbaru yang nak saya jual kat laman web ni?” tanya Sim tidak sabar.

“Ha... jap” abang Midi mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Sebuah fail dikeluarkan dan dibuka di hadapan mata Sim.

“Kawan aku yang sama belajar master kat universiti tu datuknya adalah pemilik sebuah kilang memproses minyak wangi jenama antarabangsa di Greece. Kau tahulah kan sekarang ni ekonomi Greece teruk giler. Stok datuk dia ni banyak yang tak dapat dijual. Jadi, kawan sekuliah aku ini tahu aku ni ada hubungan dengan usahawan yang berjaya jual stok jersi, iaitu kau. Jadi dia mintak tolong aku pengaruhi kau untuk tolong jual stok minyak wangi datuknya di sini. Lagipun ekonomi di Asia ini masih belum terjejas... kuasa belinya masih lagi tinggi. Permintaan untuk minyak wangi keluaran Eropah dan Amerika memang tinggi.. ramai peminatnya disebelah sini” abang Midi menerangkan bisnes baru yang hendak Sim pasarkan. Minyak wangi? Produk yang mempunyai permintaan yang tinggi. Bagus... janji murah dan tulin.

“Banyak ke stok yang tak terjual?” tanya Sim berminat... kini kuasa tawar menawar di tanganku... kilang itu perlu mengurangkan stoknya. Aku perlu mendapat harga yang terbaik.

“Banyak... dekat 50 juta wang kita. Datuknya mesti menjual separuh dari stok itu dalam masa 3 bulan. Kalau tak habislah bungkus syarikat tersebut. Susah nak jual barang sekarang ini terutama ke Eropah dan Amerika. Ekonomi semua jatuh merudum... bukan sebarang minyak wangi beb.... jenama terkenal. Ini tengok ni jenama yang ada”. sim melihat jenama minyak wangi yang dikilangkan.... ada jenama Elizabeth Arden, Dunhill, Polo, Hot Culture, Jimmy Choo, Guess dan pelbagai lagi yang berjenama antarabangsa. Sim juga melihat surat pengeluaran lesen kepada kilang tersebut oleh empunya hak ke atas minyak wangi tersebut. Ternyata barang ni ori beb. Satu peluang yang besar ni...

“Berapa mereka sanggup jual dengan kita?” tanya Sim.

“Mereka jual dengan harga cukup murah... sebagai contoh, Satu set minyak wangi Polo Sport jika di Malaysia dijual dengan harga 230 ringgit. Tapi syarikat ni sanggup bagi kita harga 100 ringgit satu set. Komisen aku... aku ambil 8 ringgit setiap set... kos pengangkutan udara dalam 5 ringgit seunit bagi 1000 unit kita eksport... jadi kosnya 113 bagi satu set. Kau jual 170 ringgit katakan.. kalau kau dapat jual dalam 1000 unit... untung ko busuk-busuk 30,000 ringgit. Dah tolak kos penghantaran. Harga minyak wangi lebih kurang sama jer pun.”

“Tak rugi ke dorang jual harga serendah tu?” tanya Sim kehairanan.

“Yang penting sekarang ni... kilang tu dapat jual stok yang ada... untung tak untung itu lain cerita. Dari bankrap baik jual barang... tak untung pun takpe. Lagipun itu bukan harga kos... kos sebanyak dalam 80 ringgit termasuk kos lesen.. tetap untung gak. Dulu masa ekonomi teguh naik kat sana.. aku dengar kilang tu jual sebotol 130 ringgit.... sampai kat kita 230.”

“Pemegang hak tak marah ke nanti... kita jual lebih rendah dari harga pasaran?.”

“Kassim.... kita jual produk tulen. Takkan mereka nak marah? Mereka juga dapat untung dari penjualan kita. Ini strategi perniagaan kita... situasi menang-menang. Mereka pun sekarang ni teruk dalam jualan mereka... jualan pun jatuh merundum. Kita bantu mereka... lagipun kilang kat Greece akan beri kita sijil sah ketulenan yang dikeluarkan oleh syarikat pemegang jenama. Ini peluang beb” menjelaskan kebimbangan Sim.

“Baiklah. Bagi saya sehari untuk memikirkannya... saya nampaknya kena upah pekerja lagi untuk menaik taraf laman web kami secepat mungkin. Nak harapkan saya seorang lagi, sebulan benda ni baru boleh mula jual. Kita kena cepat ye tak sebelum orang lain kebas peluang ni.”

“Ok... you the bos. Terpulang kepada kamu. Aku bersetuju bagitahu aku cepat-cepat. Aku arrange perjanjian dengan kilang tu... di Malaysia ni hanya kita sahaja dapat harga seistimewa tu. Kalau ada syarikat lain nak potong line... dia akan dapat harga yang lain.. lebih mahal dari harga kita tawarkan. Ok?”

“ok.. deal..besok selepas saya berbincang dengan Mid saya telefon abang” kami terus bersembang mengenai bisnes jersi kami. Petangnya selepas berjumpa abang Midi Sim terus berjumpa Mid di rumahnya... nasib baik dia ada di rumah dan tidak keluar bekerja. Kami perlu berbincang mengenai perniagaan baru ini secepat mungkin, aku dah terhidu bau wang yang banyak. Sampai di rumahnya  mereka berbincang dengannya ;

“Aku ada peluang baru Mid... abang Midi ada link dengan kilang minyak wangi” Sim menjelaskan semuanya dari A sampai B sepertimana abang Midi menjelaskan kepada Sim tadi.

“Hmmmmm... cadangan yang bernas sekali. Tapi kita kena tambah modalla kan?” betul tu... bisnes baru kena tambah modal... Mid semakin bijak ;

“Yup... bukan sahaja modal. Kita kena sewa kedai dan beli van. Sekarang ini dah tak sesuai kita letak barang dalam rumah tu. Van pun kalau asyik sewa pun rugi gak... lebih baik kita ada van sendiri. Pekerja baru pun kita kena ambil... seorang jaga stok minyak wangi... seorang lagi jaga laman web. Azlan seorang tak larat de” Mid diam seketika ;

“Berapa modal kita nak keluarkan ni?.”

“Dalam 50,000 ribu ringgit... modal pusingan sedia ada adalah untuk jersi... ini kita kena sediakan modal yang berlainan untuk perniagaan baru ni.”

“Aku 25,000 manakala kau pun 25,000 begitu? Aku baru nak merasa simpan duit banyak. Dah kena keluar balik” rungut Mid.

“Tapi aku jamin aku akan gandakan duit kau 2 kali ganda.... macamana aku buat dalam penjualan jersi... dari modal 50,000 ringgit sekarang dah mencecah seganda... akhir bulan ni dah mencecah 100,000 beb. Takkan kau tak percaya aku.. aku dah buktikan kat kau kan”Sim menyakinkan Mid.... Mid ni memang berat sikit dalam mengeluarkan wang ;

“Oklah... besok aku pindahkan wang ke dalam akaun kau” kemudian kami terus berbual tentang hal-hal bisnes serta hal-hal peribadi.

Besoknya Sim menelefon abang Midi menyatakan persetujuan. Sim membuat pesanan stok 1,000 unit pertama minyak wangi jenama yang terangkum dalam 10 haruman paling popular dan dicari oleh pelanggan. Kami juga mengikat kontrak kepada kilang untuk membekalkan minyak wangi hanya kepada kami secara esklusif selama 2 tahun.. maka jika ada syarikat di Malaysia ingin mengadakan usahasama maka syarikat tersebut akan mendapat harga lain... bukan harga yang diberikan kepada kami. Dari segi bayaran pula kami akan bayar separuh apabila barang sudah dipesan, manakala separuh lagi akan dibayar dalam masa 10 hari selepas barang sampai di lapangan terbang. Jadi dalam masa seminggu Sim mesti jual sekurang-kurangnya separuh dari stok sebagai modal pusingan.

Aku juga telah meminta supaya Azlan mencari kawannya secepat mungkin yang mampu memaut turun brosur dan menaiktaraf laman web secepat mungkin... sasaranku Isnin depan laman web khas untuk minyak wangi pula boleh dibuka. Ini kerana 1,000 unit minyak wangi akan sampai melalui penerbangan sabtu ini. Azlan mengatakan dia ada seorang kawan lelaki yang nerd dalam bidang komputer ini. Aku terus mengambilnya dan mengupah sebanyak 500 ringgit jika dia berjaya mengemaskini laman web kami pada ahad ini. Aku juga menelefon ejen hartanah untuk menyewa sebuah rumah kedai secepat mungkin. Strategik atau tidak, tidak mengapa kerana aku hanya menyimpan stok... bukannya hendak buat rumah kedai. Tapi sewa di Bangi ini agak mahal... tapi aku tiada pilihan lain.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.