Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
232,104
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 17 B ; cuba bermanja dengan Ani

Malam itu merupakan acara yang pasangan pengantin selalu tunggu-tunggu ( Sim memang teruja mendapat hadiah free ), acara membuka hadiah pemberian tetamu. Si Mid masih ada lagi di rumah Dato Malek, petang tadi Mid balik mandi dahulu di rumah sewa dan datang kembali selepas solat Maghrib. Katanya nak tengok hadiah apa yang Sim dapat.... dia ni pulak yang teruja lebih. Kami mendapat hadiah seperti set pinggan mangkuk, gelas, cawan, baju dan seluar, set barangan kulit, perfume, telefon bimbit, alat elektrik, bingkai ayat-ayat suci dan perhiasan rumah. Memang banyak yang kami dapat sebab yang datang pun ramai. Ayah mertua memberi kami buku-buku agama, mak Adah pula memberi satu set baju batik dan telekung, pihak Istana memberi TV 42 inci LCD manakala abang-abang ipar dan keluarga memberi kami percutian ke Pulau Krabi dimana tarikh bertolaknya pada lusa. Pukul 12.00 tengah malam Sim naik ke bilik... lenguh-lenguh kaki dan pinggangnya.. mungkis sebab berdiri lama semasa majlis pagi hingga petang. Di dalam bilik Sim melihat Ani sedang berbaring ;

“Ani... boleh tolong aku tak?” Sim meminta pertolongan Ani... beliau berkerut menahan kesakitan.

“Tolong aper? Kau ni malam-malam buta nilah nak mintak tolong. Aku letih ni. Penat tahu tak.”

“Tolong urutkan pinggang dan kaki aku. Lenguh siot” Sim meminta simpati Ani. Sumpah.. memang lenguh pinggang aku ni. Rasa nak tercabut pun ada jugak ni... ni semua pasal menyental periuk belanga... itu baru 3 biji yang aku sental... kalau aku sental semua agaknya patah kut pinggang aku ni.. nasib-nasib.

“Kau ni mengada-ngadala. Baru cuci periuk 2-3 biji dah sakit pinggang. Aku relaks je.”

“Engkau relakla... Boh sabun pastu bilas periuk. Aku yang tukang sental periuk tu. Kau tahu tak. Lenguh pinggang aku ni. Tolongla... aku merayu kat engkau ni. Aku memang lenguh betul ni,,,, bukan sesaja. siapa lagi yang aku minta tolong dalam rumah ni.. takkan mak adah pulak... nanti bapak aku tembak aku pulak nanti” Sim merayu.

“Yelah-yelah. Jangan nak menggatal yek. Aku tumbuk pinggang kau ni nanti. Biar kau tak boleh berjalan. Jalan pakai kerusi roda... tarik sendiri. Minyak mana?” Sim menghulurkan minyak angin yang dia minta tadi dari ibu mertuanya sebelum masuk ke bilik.

“Dah! Terlentang cepat atas katil ni” Si mentelentangkan badanku di atas katil. Setelah terlentang Sim membuka sikit bajunya di bahagian pinggang.

“Aku tak tahu mengurut orang ni. Belasah orang pernahla. Camni ni aku nak buat?.”

“Kau letak minyak kat tapak tangan. Pastukan kau sapukan lah keliling pinggang aku ni” Ani melumurkan minyak di tapak tangan. dan mula menurut kasar di pinggang Sim.

“Sakitla.... cuba kau perlahan sikit urut pinggang aku. Kau nak membunuh aku ker apa. Perlahan sikit yer.”

“Banyak songehla kau ni. Aku dah tolong kau ni pun dah cukup bagus” walaupun agak kasar, tapi dapat juga aku rasa kelembutan tangan Ani. Sedap gak.. hehehehehehehehe.

“Ni sampai bila aku nak urut pinggang kau ni?.”

“Sampai minyak tu meresap. Nanti aku bagitaula” dalam 10 minit barulah Sim merasa lega sedikit.

“Ok... dahla” Sim bangun dan mengeliat.

“Boleh kau urut kaki aku pulak?” Ani membaling botol minyak ke riba Sim.

“Wah! Da bagi peha nak lebih pulak! Banyak cantik kau. Urut sendiri... kaki kau tangan boleh sampai kan?.”

“Yela-yela. Pinggang kau tak rasa lenguh? Kalau lenguh boleh aku tolong urutkan. Aku bab-bab mengurut ni memang pakar” Sim terdiam apabila Ani menunjukkan penumbuknya. Lalu Sim ketawa kecil dan berlalu pergi ke kerusi malas untuk mengurut kakiku sendiri. Ani ke bilik air untuk membasuh tangan. Selepas dia sudah keluar dari bilik air;

“Kau boleh ke tido kat bawah. Kalau tak boleh kau tido atas katil ni. Aku tido kat kerusi malas” kata-kata Ani mengejutkan Sim.

“Tiba-tiba pulak kau baik dengan aku ni? Nape? Dah buang tebiat?” Sim kehairanan.

“Kau kan sakit pinggang. Nanti kau tido bawah lagi bertambah sakit. Tidur atas simen.”

“Takpe ker kau tido bawah? Sayang jugak kat aku kan.”

“Pala otak kau! Aku ni kesian kat kau. Ganas-ganas aku tak sampai pulak aku nak biarkan ko tidur kat bawah. Nanti bengkok pulak tulang kau nanti.”

“Betul ni?.”

“Betulla. Dah cepat tukar... kau nak ke tak nak? Taknak aku tidur atas katil ni” Sim dan Ani bertukar tempat tidur. Sim tidur di atas katil manakala Ani di kerusi malas yang direndahkan. Sayang jugak kamu kat aku kan Ani.....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.