Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
232,049
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 22 B ; tugas-tugas Sim

“Sehat. Terima kasih Dato” lantas Sim mengeluarkan salinan dokumen yang diminta. Dato Khaidir menelefon seseorang yang Sim rasa penyelianya. Setelah diletakkan gagang telefon ;

“Nanti.... awak kalau ada masa ambillah SPM.. sekarang kerja sekurang-kurangnya perlu ada SPM. Lagi satu gaji yang saya tawarkan RM 1,000... itu tak masuk OT dengan kerja hari minggu. Ada juga komisen jika awak dapat buka satu stesyen layan diri.. tapi itu semua akan diterangkan oleh penyelia kamu” kemudian pintu diketuk... Dato Khaidir menyuruh masuk. Kelihatan sesusuk tubuh lelaki dalam lingkungan umur 40an.

“Ha Man... ini pekerja baru yang aku cakapkan tu... namanya Kassim, kau pi kenalkan dengan pekerja kita. Pastu hang pi terangkan kerja dia ni... tugas-tugas dia. Ok?” Dato memberi kepada arahan kepada penyelia Sim ;

“Baik bos... saya Aiman. Panggil abang Man jer” Sim berjabat tangan lalu abang dan mengikutnya keluar. Sim di perkenalkan dengan pekerja-pekerja syarikat dan dibawa kesemua jabatan yang ada di dalam pejabat tersebut. Kemudian Sim di bawa ke bahagian di mana perniagaan mesin layan diri diuruskan. Kelihatan hanya 3 orang yang sibuk membuat kerja dari 12 meja yang ada di jabatan tersebut. Abang Man menjelaskan kepada Sim meja banyak yang kosong kerana mereka semua sudah keluar pergi menguuruskan mesin layan diri di lapangan. Dia juga berkata kepada Sim tidak perlu memakai pakaian pejabat yang terlalu formal. Cukuplah sekadar t shirt yang kemas dan seluar slack serta mesti berkasut. Cuma yang kerja pejabat sepertinya sahaja yang yang memakai pakaian formal. Kemudian Sim ditunjukkan kubikku sendiri... siap komputer tetapi menggunakan printer berpusat.. disinilah Sim akan memasukkan data jumlah wang kutipan dan membuat laporan kewangan kutipan setiap hari Jumaat. Kemudian dia menyuruh Sim ke biliknya yang kecil sahaja luasnya. Tapi selesa ;

“Duduklah” lalu mengambil air kotak di bawah mejanya dan menghulurkan kepada Sim. Kami minum 2-3 teguk sebelum abang Man mula berkata ;

“Syarikat Dato ini terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan... kira rojak la.. ada servis mesin layan diri, menyewa dan servis mesin wang automatik, membaiki dan membina kiosk dan perkhidmatan mesin dobi layan diri jenama Pink Wash. Dato juga ada syarikat lain yang terlibat pengangkutan, syarikat pembersihan dan pengimportan mesin pembersih air jenama Howay” Sim mengangguk faham.

“Jadi... kau akan ditugaskan sebagai penolong eksekutif kutipan taupun lebih popular di sini sebagai Team Leader. Tugas kau pagi-pagi lagi pergi pusing ke kawasan samada Sepang, Bangi, Semenyih, Kajang, Serdang dan Cheras dengan team kau untuk mengambil wang dan masukkan wang syiling baki. Dalam team kau tu ada ada 3 orang pembantu iaitu seorang juruteknik dan seorang lagi pembantu am. Seorang pak guard yang ada pistol pun akan mengiringi team kau... maklumlah korang nanti akan membawa duit yang banyak. Pembantu am akan isi semula barang dalam mesin manakala Juruteknik akan membaiki kerosakan atau melapor kerosakan jika teruk. Petang tugas kau masukkan duit dalam bank... pastu balik ke pejabat untuk memasukkan data kutipan. Itu sahaja. Bolehkan?” terang abang Man tentang tugas  yang Sim perlu dilakukan. Aku mencatatkan dalam sehelai kertas ;

“Boleh. Mesin layan diri apa syarikat ini berikan perkhidmatan atau jual?” tanya Sim.

“Macam-macam... ada mesin jual top-up, mesin menjual air kotak atau air tin, ada mesin dobi layan diri, mesin jual lagu, mesin jual jajan, dan mesin jual air RO. Kat area Bangilah yang paling banyak sebab situ banyak kolej dan universitikan. Kadang-kadang 2 hari baru boleh selesai melakukan kutipan. Begitu juga kawasan Sepang, banyak juga mesin layan diri dan syarikat ini dapat kontrak mengurusakan meter meletak kenderaan... Dato juga mendapat kontrak penswastaan pengurusan tempat meletak kereta dari Majlis Perbandaran Sepang dan dari LCCT” Sim mengangguk... cantiklah. Boleh tengok-tengokkan Ani dalam Universiti.

“Selain itu tiap minggu hari Jumaat petang kau kena bagi laporan kat aku sepanjang minggu kutipan kau... wajib tau bagi laporan tu.. takleh tangguh-tangguh. Kalau tangguh nanti bising pulak orang bahagian kewangan. Maklumlah ketua bahagian kewangan tu mulut becok sikit.. perempuan. Biasalahkan. nanti aku bagi contoh camna format laporan yang kau kena buat. Kau pergi pusing setiap kawasan dan cuba habiskan dalam sehari... bukan hari-hari... kami ada beberapa team yang jaga tempat lain. Tapi diorang tak kerja sini. Kerja di gudang kat Kelang. Kalau negeri lain, mereka akan beroperasi kat tempat diorang. Cuma kat sini je yang jaga Kuala Lumpur dan tempat kau” Terang abang Man.

“Dato kata saya dapat duit tambahan kalau cari tempat baru” tanya Sim teruja... aku memang nak cari duit tambahan.... gaji pokok berapa senlah sangat.

“Ah ah... kalau kau dapat tempat baru, maka team kau akan dapat komisen 300 ringgit bagi setiap mesin yang dipasang. Kena kongsi-kongsi dengan orang lain. Kau dapat 150 yang lain pun dapat 50 ringgit seorang. Pandai-pandailah kau cari... nanti aku ajar macamana nak cari tempat dan buat kertas kerja. Juga bagaimana nak dapat kebenaran dari pemilik premis dan PBT.. banyak kerja kena buat... tapi lumayan.. malah kadang-kadang komisen lagi tinggi dari gaji kau sendiri” ya... Sim berazam akanmencari tempat yang baru untuk dapat lebih banyak komisen. Setakat gaji RM 1,000 mana cukup. Sewa rumah dekat RM 500. Kereta lagi.... Sim sekurang-kurangnya cari duit tambahan sekurang-kurangnya 5 ratus ringgit lagi setiap bulan... baru boleh hidup.

Kemudian Sim diajar bagaimana membuat laporan dan kertas kerja. Selepas itu akan diajar untuk memasukkan data ke dalam komputer. Juga penerangan mengenai tugas-tugas luar dan sampingan. Besok Sim aku mengikut abang Man untuk mengutip wang dan mengajar tentang tanggungjawabnya di luar nanti. Pukul 5 petang Sim balik ke rumah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.