Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
231,168
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 2 : sinopsis dan Sim dibelasah pelabur

Sinopsis

Mengisahkan seorang pemuda bernama Kassim atau nama glamornya Sim seorang anak yatim yang melarikan diri dengan kawannya baik Hamid ( Mid ) dari rumah anak-anak yatim di Gombak. Mereka melarikan diri pada usia Kassim 16 tahun kerana tidak tahan duduk di rumah anak-anak yatim. Setelah keluar.. pelbagai pekerjaan yang mereka lakukan bermula sebagai pencuci kereta, kemudian menjadi pembantu pasar…. sebelum berkenalan dengan abang Fazzul. Abang Fazzul mengupah mereka menjaga perniagaan barangan tiruan dan cetak rompak yang memberikan upah yang super lumayan. Kemudian abang Fazzul membuka syarikat pelaburan haram pada tahun 2011 di mana mereka berdua diambil bekerja.

Selepas setahun, abang Fazzul melarikan diri dengan wang pelabur… manakala Sim dan Mid diburu oleh para pelabur yang marah keraba wang pelaburan hangus begitu sahaja. Pada satu malam, apabila mereka mengeledah pejabat untuk mencari maklumat dan seterusnya mengesan abang Fazzul, mereka telah berjaya dijejaki oleh para pelabur yang marah. Sim dan Mid cuba melarikan diri dari kepungan para pelabur yang diketuai oleh abang Ali. Sim terkepung di sebuah taman perumahan dan dipukul oleh para pelabur. Sim yang pengsan telah ditinggalkan di bawah pokok di sebuah rumah di taman tersebut. Dijumpai oleh seorang perempaun yang berkelakuan ala-ala tomboy bernama Ari ( nama sebenar Ariani Suzana ) yang baru balik menonton perlawanan bola Euro. Ari mengheretnya masuk ke dalam rumah dan merawatnya.

Pelabur yang tidak berpuashati menelefon jabatan Islam daerah mengatakan bahawa terdapatnya kes khalwat yang sedang berlaku. Akhirnya Sim dan Ani telah ditangkap khalwat. Ayah Ani, Dato Malek mengahwinkan mereka berdua walaupun Ani dan Sim tidak bersetuju. Tapi demi menjaga nama baik Dato Malek yang merupakan orang besar di peringkat Negeri maka keputusan diambil untuk menikahkan mereka berdua besok petangnya. Terdapat pelbagai konflik dan perkara lucu yang terjadi sepanjang perkahwinan mereka selama 4 bulan.

Tapi akhirnya Sim menerima perkahwinan mereka dan cuba untuk mencintai serta menyayangi Ani sepenuh hatinya.. sebaliknya Ani hanya melayan Sim sebagai kawannya sahaja.. tidak lebih dari itu. Ani juga tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan melebihkan kawan-kawannya. Tapi akhirnya berlaku perkara yang tidak disangka membongkarkan siapakah Sim dan ayahnya yang sebenar dan sebab musabab Sim ditinggalkan di rumah anak-anak yatim…………..


Bab 2       

Dipukul

Sim menjenguk dari sebalik longkang… melihat kumpulan pelabur yang memburunya  masih berada di sini atau tidak. Ok clear…. pelabur tu takde kat sini lagi…. dah blah. sim pun apa lagi.... dia memanjat keluar dari longkang, perghh… bau teloq! Nasib baik air longkang tu tak penuh…. kalau tak habis lencun baju aku. Kasut karipap aku pun habis basah… nasib baik kasut murah… kalau kasut kulit yang aku selalu pakai mahu aku maki hamun pelabur tu. Marah sim di dalam hati.... Sim bergegas berlari ke lorong-lorong perumahan dengan tujuan untuk mencari rumah yang kosong yang boleh dijadikan tempat bersembunyi sementara menunggu hari siang. Apabila Sim tiba di satu lorong perumahan taman Angsa....

“Oi nak pergi mana tu? Laju jer lari bang… boleh kita orang temankan?” jerkah seseorang. Alamak… geng pelabur tu ada lagi kat taman ni. Sim menoleh ke belakang arah suara yang menegurnya tadi…. Sim lihat ada dalam 5 orang geng pelabur di belakangnya. Mereka bersiap sedia dengan senjata di tangan masing-masing…. yang dapat dilihat oleh Sim antaranyakayu, kayu hoki, besi, bat dan sebagainya yang boleh dijadikan senjata. Kali ini mereka tidak membawa motor, hanya berjalan kaki. Patutla senyap jer…. tak dengar bunyi motor pun. Mampus aku kali ni, aku kena bertindak cepat ;

“Saya nak larila la bang!” apa lagi, pecut seribu la Sim.

“Woi! Jangan lari!” teriak salah seorang dari mereka. geng pelabur terus mengejar Sim… sampai di hujung simpang jalan tersebut, geng pelabur yang satu lagi muncul dari arah depan menghalang Sim. Mampus! Aku terperangkap!.

“Mana nak lari ha? kau ingat kau boleh lepas? Mana kawan kau yang satu lagi? mana Dato Fazzul keparat tu!” tanya ketua geng pelabur tersebut.

“Saya tak tahu bang  mana Dato pergi… tadi saya pergi pejabat pun pi ambil dokumen peribadi diorang. Kami memang tak tahu mana mereka sekarang ni berada” nama ketua pelabur itu Sim amat kenal. Sim yang menaja abang Ali masuk pelaburan penipu tu . Sial! Kalau aku tahu abang Ali tu panas baran gila.. aku tak ajak dia masuk. Sekarang ini aku sendiri yang susah.

“Tak tahu? Kau sanggup mati nak pertahankan bos kau yang dah ambik duit kami? Kau makan komisen… bos kau makan duit berjuta-juta? Bangang betul kau ni. Aku tanya kau sekali lagi. Mana bos kau Fazzul tu. Dato konon….. Dato taik kucing!” bentak abang Ali. Ya… nama bos aku Fazzul… gelaran Dato yang kononnya dianugerah oleh kesultanan Sulu. Tapi sebenarnya gelaran dibeli oleh Fazzul.

“Saya tak tahu bang. Demi Allah saya tak tahu... kami pun dah dekat 2 minggu cari tapi tak tahu kat mana dia” benar, sim memang tidak tahu di mana Fazzul pergi. Dia sendiri kena tipu oleh Fazzul.

“Kau ni nak kena belasah baru nak bukak mulutkan. Apa lagi geng. Belasah la!” kata abang Ali dan geng pelabur itu mula menuju kearah Sim. Sim tidak tahu mana arah hendak dituju... beliau telah dikepung oleh pelabur yang marah. Kena ayamlah aku malam ni....

“Opsss! Nanti dulu! Nanti. Mana ci abang semua ada senjata. Saya tangan kosong. Lagipun abang-abang semua ramai. Satu demi satu la.. baru adil! Abang pukul ramai-ramai matilah saya” helah Sim.

“Ok. Biar aku belasah mamat ni dulu... aku memang geram dengan mamat ni” abang Ali menuju ke arah Sim. Dia melepaskan penumbuk kearah muka Sim. Sim mengelak tumbukan tersebut. Sim menendang lutut abang Ali. Abang Ali yang besar badannya itu jatuh macam nangka busuk. Sim menumbuk muka abang Ali 2-3 kali.

“Aduh!” abang Ali mengaduh sakit. Nyata pengalaman bergaduh semasa Sim terlibat dalam samseng jalanan dulu banyak memberi pengalaman dalam pergaduhan tanpa senjata. Abang Ali tertiarap, tiba-tiba dia menjerit ;

“Korang tunggu apa lagi! Belasah la mamat ni!” sebaik sahaja habis abang Ali berkata begitu, kena serbula Sim dengan geng abang Ali.Sim cuba melarikan diri, tapi dipintas oleh seorang geng pelabur yang membaling bat ke kakinya. Sim terjatuh, bila Sim cuba hendak bangun... Sim dipukul beramai-ramai oleh geng pelaburtersebut. Sim hanya mampu melindungi mukaku dengan tangan. Bertubi-tubilah Sim kena pukul dengan penendang, kayu, besi dan apa sahaja yang boleh dipukul. Akhirnya setelah Sim tidak melawan;

“Opss. Dah-dah! Jangan bagi lembik” Sim yang lembik dikerjakan mendengar abang Ali berkata. Dia lantas menuju ke arah Sim dan memegang kolarnya.

“Ini sebagai pengajaran. Aku taknak kau mati. Sekarang ni. Aku bagi tempoh seminggu kat engkau cari mana Fazzul celaka tu. Pulangkan duit aku. Tapi sebelum tu..... aku nak balas apa yang kau buat kat aku tadi. Berani kau tumbuk aku yang hensem ni yer... nah ambik kau!” lantas abang Ali menumbuk muka Sim. Sim yang sudah sedia lemah hanya merelakan abang Ali menumbuk mukanya bertubi-tubi... Sim terus pengsan pada penumbuk yang keempat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.