Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 5-1

BAB 5

 

MAKLIMAH

 

“Saayanngg, kenapa taktidur lagi ni..?“tanya Johan kepada teman sekatilnya.

Johan membuka sebelahmatanya perlahan dan dilihatnya, mata Didi masih bulat merenungnya.

Rapat sungguh,nafasnyapun boleh dirasa berlalu mengikut helaan nafas suami ke mukanya. Sudah lima tahunbersama, masih tidak puaskah menatap wajahnya?

“Hemm…tak boleh lelappp ..”jawab Didi meleret.

Johan sudah tahu, ini kes“Jika dia tidak boleh tidur, orang lainpun juga tidak dibenarkan tidur..”

Ditariknya Didi supayalebih dekat di sisinya.

Dipeluknya ketat.

Jika tidak mahu tidurjuga, tak tahulah apa lagi cara yang hendak dia buat?

Dia penat dan mengantuk, banyak pula pesakithari ini. 

Siang tadi sampai hendak ke bilik airpunterpaksa ditangguhnya. Dia sudah jangka, memang setiap tahun, apabila musimbuah, memang penyakit batuk dan selsema menjadi-jadi. Kena pulak musim duriandi waktu musim hujan.

Yang si pesakitpun satu, bila makan tu tidakingat dunia!

Jika kulit durian yang berduri itu bolehdimakan, mahu juga dibaham mereka. Makan sampai suara menjadi serak akibatpanas!

Jangan hendak disalah musim buah, salahnyamanusia yang tidak reti membuat percaturan. Kenalah tahu, jika makan banyak apaakibatnya.

Ini tidak, masih mahu menjadi seperti ikan emas.Ikan emas, jika diberi makanan, akan dimakannya sehingga perutnya kembung, Tidaktahu hendak dihadkan. Akibatnya akan terapung di permukaan, kembung danwassalam, jawabnya!!.

Lupakan dahulu kesah si pemakan durian dan si ikanemas.

Perempuan di sebelah yang tidak boleh tidur yangperlu dirawat dahulu.

Pesakit istimewa yang sudah berada di dalampelukannya perlu di beri rawatan dahulu. Rawatannya mudah sahaja, bisik Johandi dalam hatinya.

 “Kenapa pulakkk..” soal Johan dengan suaranyayang mamai.

“Entah! “ jawab Didisepatah.

 Jawapan yang biasadiberikan oleh orang yang memang tak ada jawapan sebenarnya.

Perkataan “Entah”.

Juga jawapan selamat,pasti tidak akan ada soalan susulan lagi.

Dah tahu dah!

Johan senyum. Terlebihminum kopi agaknya bini aku malam ni, sampai tak boleh tidur. Sudah terlebih caffeine dalam badan.Didi suka minum kopikah?

Hemm..mungkin!

“Mata tak mahu lelappulak” sambung Didi dengan suara manja yang mengoda.

Lagiketat Johan memeluk Didi, dengan harapan isterinya rasa dilindungi.

Diamengantuk, penat di klinik dan penat macam-macam.

Wahaiisteri tolonglah faham, namun dia masih boleh tersenyum, demi isterinya, walaupunmata masih tertutup.

Didalam pelukan Johan, Didi masih terkebil-kebil.

Sebenarnyabanyak persoalan yang sedang bermain difikirannya, sengaja dia menjawabperkataan “entah “ itu.

Waktu orang tidur, takkanpula dia hendak bersoal jawab dengan si suami.

Namun dia tetap menyimpansoalan itu di kotak mindanya agar dia tidak lupa.

Previous: Bab 4-5
Next: Bab 5-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora