Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 5-2

Persoalan pertama,siapakah sebenarnya perempuan yang bernama Tracy, yang pasti dia bukan pesakit.Si suami memberitahu strictly business,jadi Tracy ke klinik suaminya bukan kerana dia memerlukan rawatan tetapi atas urusanlain. Urusan business, business apa ek!

Jika tidak business urusanapalah agaknya?.

Kedua perkataan “layan”yang terkeluar dari mulut suaminya di dalam kereta sewaktu pulang, masihmenjadi tajuk utama, penting tu!.

Adakah sudah hambarlayanannya setelah 5 tahun hidup bersama?

Hemmm.. Didi tidak adajawapan kepada soalannya sendiri.

Soalan subjektif tu!

Persoalanketiga, kecil sahaja yang perlu dijadikan masalah. Tetapi masalah kecil, lagibahaya kerana ia boleh menjadi masalah besar jika dibiarkan.

Masalahnyasejak bila suaminya sudah pandai makan luar? MAKAN LUAR!, makan makanan.. bukanmakan lain..!!

BagaimanaJohan mengetahui gerai Mak Limah itu ada menyediakan masakan telur itik masaklemak?

Diakerap ke sana ke?

Tetapibila?

Persoalanpertama dan kedua memang perlu dicari penyelesaiannya, tetapi persoalan ketigaitu?

.Ahhhh..biarkan, bagus juga, memudahkan diri aku, tak perlu susah susah masak. Betuljuga cakapnya, aku akan ada lebih masa bersamanya. Lagipun  di situ adalauk kegemaran aku, masak lemak pisang muda. Didi tersenyum memikirkan.

Ciumanmesra singgah ke pipi suami.

“Apalagi niii.  tidur ajelah sayang..”kata Johan.

Terussahaja tangan kasar itu mengetatkan lagi pelukannya.

Hisss..isteri aku malam ni, yang hendak jadi burung hantu tu kenapa?

 Johan menguap dan menutup mulutnya. Susahjadinya, jika tugas burung hantu, berjaga malam sudah diambil alih olehperempuan di sebelahnya.

“Tidurlahsayang.., esokkan kita nak keja” kata Johan.

Menguaplagi, dan di tutupnya mulut yang ternganga.

“Hemm..”jawab Didi pendek.

Yangpenting dia rasa selamat apabila berada di dalam pelukan suami.

Takkesahlah sama ada dia tidur atau berjaga.

Johancuba menyambung semula lenanya, dengan harapan perempuan di dalam pelukannyatidak mengganggu dirinya lagi., cukup-cukuplah tu… sambung aje cerita untukesok.

Esokboleh cerita panjang-panjang.

Dididiam membeku.

Sudahdua kali mengganggu lena suaminya.

Kalipertama masuk ke dalam pelukan,

Kalikedua pelukan dieratkan,

Kaliketiga, sama ada Didi kena marah, atau doctor Johan beralih tempat tidur disofa panjang. Di situ pasti tidak ada yang menganggu tidurnya kerana sofa hanyacukup-cukup untuk dirinya seorang. 

 Sebelum berlaku tindakan yang ketiga, baiksahaja Didi berpura-pura tidur.

Didalam hati memasang niat. Dia akan rungkai misteriitu, satu persatu mengikut caranya, I didit my way kata Frank Sinatra.

Didi tersenyum sendiri..

Apa pula Frank Sinatrayang masuk dalam kepala otaknya. Dalam mengira-gira persoalan yang boleh sahajadifikirkan esok, terlintas nama mendiang Frank Sinatra. Penyanyi popular yangsudah berzaman RIP six feet under.

Apa kes!

Namun Didi diam tidakbergerak, tidak berniat hendak menganggu lena suaminya lagi, kesah FrankSinatra lagilah tak usah difikir. Kuatir Johan mengambil tindakan yang ketiga. TanpaDidi sedar, dia juga terlelap. Terlelap di sisi dada suami yang sejak duamenjak ini menyimpan satu misteri!.

Previous: Bab 5-1
Next: Bab 5-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora