Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 6-3

Selesai solat,segera Didi turun, terutama apabila terhidu aroma lauk yang enak sebaik sahajapintu biliknya terbuka.

Didi senyumlagi.

Hari ini harisenyum sedunia agaknya, kerana Didi senyum tidak sudah-sudah.

Difikirannyaterfikir, agaknya Johan singgah membeli makanan di gerai Mak Limah. Aroma yangdia hidu, ialah kerana Johan memanaskan makanan tersebut.

Mustahil diaboleh memasak lauk yang sebegini enak baunya. Ini baru terhidu bau, rasanyatentu lagi enak!.

“Lauk apabang.. sedap Didi bau, terbau sampai kat atas!” tegur Didi, bersuara sebaiksahaja dia sampai dianak tangga yang paling bawah.

“Apanya Didi..?”terkejut Didi mendengar suara.

 Hah! Itu bukan suara suaminya, tetapi suaraseorang perempuan.

Terlopong mulut Didi, bagaimana suaraperempuan itu boleh berada di dalam dapurnya.

Mana Johan!

“Eh mak! Bila mak sampai? Mak datangdengan siapa? Johannya mana?” bertitir soalan yang minta dijawab.

Dalam terkejut, sempat juga Didimenghulurkan tangan untuk bersalam dan mengucup tangan tua ibunya.

“Yang banyak soal tu kenapa? Mak yangpatutnya soal Didi, bukannya Didi yang soal mak? Didi tahu tak mak call Didi,banyak kali. Hantar sms jugak, tapi sampai sudah tak berjawab-jawab. Abah dahnaik risau, lepas tu dia terus call Joe. Nasib baik Joe angkat. Risau makdengan abah dibuatnya. Kita orang dah sampai depan rumah kau orang tau? Hampirsatu jam tunggu?” bebel mak.

Didi terpaksamenadah telinganya dengan leteran si ibu.

“Ha! Mak call? Tak perasan pulak Didi..?”jawab Didi sambil mengerutkan mukanya.

“Haah..! Didi tak tengok phone Didike?” soal mak lagi.

“Nasib baik, bila abah beritahu yang diadah call Didi banyak kali tak angkat, Johan beritahu Didi ada  mesyuarat.. legalah sikit..” mak menyambung bebelnya.

Diditerlopong.. kan dah kena leter! Padan muka. Hendak buat macammana, dah salahsendiri.

Teringat Didiyang telefonnya di letakkannya on silentmood. Dalam mesyuarat tadi, manalah pulak boleh on telefon. Yang jadimasalahnya dia lupa hidupkan semula. Jika dia ingat untuk menghidupkan semula,pasti dia akan terlihat miss call atau sms yang telah emak hantar.

Fikirannya tadi penuh dengan carahendak cepat sampai ke rumah. Yang lain bukan priority baginya.

Itulah! Kalut tidak bertempat.

Senduk yang masih di tangan makdicapainya. Cepat-cepat Didi membantu emaknya di dapur. Menyusun pingganmangkuk dan emak sebok menyenduk lauk ke dalam mangkuk.

“Mak kata mak datang dengan abah..habisnya mana abah?” sambil tangan Didi ligat menyusun, mulut ligat jugabertanya.

“Joe ajak abah maghrib kat surau hujungsana tu..! “ jawab mak.

Didi lega.

Laa.. lupa pula Didi keujudan Johan. Sudah tahu kereta ada di halaman, habistu orangnyamana?

“Yang mak tak beritahu awal-awal nakdatang? Manalah Didi tahu..!” Didi masih tidak mengaku kesalahan sendiri.

Masih tidak mahu kalah.

“Mak ingatkan abah dah beritahu Didi,rupanya dia lupa. Tahu ajelah abah Didi tu..lupa memanjang, entah apa yangdingatkannya, mak pun tak tahu. Banyak masalah negara agaknya atau banyaksangat  makan kepala ikan, itu yang jadipelupa!” jawab mak, memerli abah.

Nasib baik abah tidak ada untukmenjawab soalan mak. Jika abah dengar, mahu merajuk agaknya orang tua tu.

“Abah ada apa kat sini?” tanya Didilagi.

Sedangkan dia tidak tahu langsung akankehadiran kedua orang tuanya di rumahnya.

“Abah nak pergirumah Karim, kawan lamanya. Uncle Karim, Didi kenalkan? Ala.. uncle Karim yangsama tempat kerja dengan abah dulu. Dia nak kahwinkan anaknya..Ripin.. Didikenal budak Ripin tu..? Diakan sebaya dengan Didi. kat.. kat.. apa ke namatempatnya. Kampung Nakhoda.. ahh.. Kampung Nakhoda, Batu Caves. Lusamajlis tu..Didi sama Joe nak ikut?” tanya mak lagi.

“Ala mak ni.., dia orang jemput mak,bukan jemput kita orang?” sahut Didi.

Mengelak sebenarnya untuk turut sama. Jika dijemputpun belum tentu dia pergi. Tapi tidaktahulah pulak Johan, jika dia mahu menghadiri majlis tersebut, Didi tentu akanturut serta.

“Tak.. tak..dia datang sendiri kat rumah, dia kata sekeluarga! Kalau sekeluarga tu, Diditermasuklah.. alamat ada dalam kad. Kad dalam kereta. Jangan abah lupa masukkandalam kereta sudah! Parahlah jawabnya..takut tersesat entah ke mana pulaknanti! Jadi lebai malang, ingatkan dapat makan, tapi lapar sebab terlepaskenduri, ” bebel mak lagi, sempat pula buat jenaka Si Lebai Malang. 

Previous: Bab 6-2
Next: Bab 6-4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora