Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 1-2

Terkenang Didiperbualan dirinya bersama teman baiknya Atirah, di kaferia di siang harinya,sewaktu makan tengahari.

“Di,. aku nibukan mahu masuk campur hal urusan rumahtangga kau! Akupun serba salahsebenarnya nak beritahu. Tapi sebab kau kawan baik aku, jadi aku terpaksa jugakberitahu!. Aku harap kau boleh terima apa yang aku nak sampaikan ni tau!. Kaupuntahu aku bukan kepoci, tapi aku tak tahan lagi nak simpan rahsia ni? Janji! Kaujangan ambil hati tau!” Tirah membuka mukaddimahnya.

“Beritahu apa?Rahsia apa? Kau ni biar betul!” tanya Didi.

Berkerut-kerutmuka Didi dengan persoalan, inginkan penjelasan dari si kawan. Dia sendiripuntidak tahu hendak mengklasifikasikan ayat si kawan. Perasaan ingin tahumeluap-luap, terutama melihat Tirah bersungguh-sungguh mahu menyampaikansesuatu.

Di dalamhatipun sudah seperti berkata-kata, “cepatlah beritahu. Tidak sabar rasanya diahendak mengetahui!“ namun dia berpura-pura tenang.

“Aku nak cakapni, kau jangan marah tau?“ amaran kedua dari si kawan, buat Didi lagi tidaksabar ingin mengetahuinya.

“Kau ni...cakap ajelah? Buat aku risau aje. Cepatlah!“ desak Didi.

“Okey! Aku dahwarning kau. Jangan marahya!“ lagi satu amaran dari si kawan buat Didi hilangpertimbangan.

“Kalautertangguh-tangguh macam ni, baik kau tak usah cakaplah..“ rajuk Didi.

“Yalah..yalah! Kalaukau hendak tahu, dah banyak kali aku terserempak dengan Johan keluar dengan seorangperempuan. Perempuan yang sama pulak tu! Mulanya aku ingatkan dia keluar denganpesakitnya, tapi bila dah kerap dan dengan orang yang sama aje, aku dah mula syak,entah-entah kekasih gelap dia.. skandal dia!”  akhirnya Atirah meluahkan apa yang terbuku didalam hatinya sekian lama.

Jantung Didi berdenguplaju. Biar betul kawan aku ni?

Dia ni ceritapasal Johan laki akukah? Atau Johan lain? 

Terhenti Didimenyuap mee bandung, yang sepatutnya menjadi kegemarannya. Dia terus hilang selera. Teman baiknya menyampaikanberita yang membuatkan dia hilang selera. Rasanya bagaikan makanan tersekat di kerongkong.

Tiba-tiba airliurnya menjadi pekat.

Tersekat dikerongkong bersama dengan lebihan mee bandung yang tadinya sungguhmenyelerakan, tiba-tiba terasa hambar. 

“Kau jangansalah faham Di. Kita dah berkawan lama, sejak dari Universiti lagi. Aku kenalkau. Suka duka, semua kita kongsi sama-sama. Aku tak mahu Johan sakitkan hatikau! Aku tak mahu dia permainkan kau!“ tertunduk sahaja wajah Atirah apabiladia hendak menyampaikan perkara yang kurang enak untuk didengar oleh Didi.

Sebenarnya diajuga berat hati hendak menyampaikan, tetapi demi ikatan seorang kawan yangbergelar kawan baik, dia terpaksa sampaikan. Walaupun berat. Dia tidak mahumembiarkan Johan melakukan yang mampu menyakitkan teman baiknya. Lagi lamadisimpan di dalam hatinya, lagi rasa berat untuk dipikulnya. Menyimpan rahsiaseolah-olah memberi laluan kepada Johan untuk berbuat sesuka hati, bermain kayutiga di belakang kawan baiknya.

Itu tidak adil!

Didi memandangke arah si kawan yang masih tunduk. Didi tahu Atirah ikhlas, walaupun pahituntuk dia mendengarnya, tetapi dia terpaksa telan. Dia percaya Tirah, takkan kawan baik sendiri hendakmembuat cerita pulak?

Apa yang diadapat jika dia berbohong?

“Kau janganberitahu Zaim pulak apa yang aku cakap ni..tau! Mati aku nanti. Dia dah pesanbanyak kali suapaya aku jangan masuk campur..” sambung Atirah lagi, seakanamaran, lagi satu amaran, amaran yang ketiga.

Tangan Didi masihmengodek godeh mee bandung di dalam pinggan di hadapannya. Bila sudah hilangselera, apa sahaja yang ditelan sudah tidak terasa apa-apa. Ibarat ular sawa,hanya main baham sahaja, sekadar mengisi perut, supaya jangan lapar.

SedangkanAtirah juga hilang selera kerana terpaksa memberitahu perkara yang dia sudah diasimpan begitu lama membuat dia rasa kenyang.

Didi pulamenundukkan mukanya. Muka sudah memerah, hidung sudah memerah dan air jernihsudah bertakung di kelopak matanya.

Sebelum air matayang bertakung melimpah keluar, Didi sapu dengan belakang tangan.

“Betulkah Johanyang kau nampak?” tanya Didi ingin meminta penjelasan, mengharap si kawantersalah orang.

“Betuuulll., memang Johan. Kau ingataku dah tak kenal si Johankah? Kau lupa, kankau juga tahu aku akan ambil Zaim tiap petang di pejabatnya! Bukankah pejabatZaim satu blok dengan klinik Johan?“ katanya lagi.

Mengesahkan,lelaki yang dia nampak memang Johan, suami Didi.

Lagipun Didimemang tahu di mana Zaim bekerja.

“Aku bukan apaDidi, kau kena perlahan-lahan tanya dia. Aku tak mahu kau dipermainkan si Johantu...!“ sambung Atirah lagi.

“Apa-apapun kaujangan serang dia pulak! Aku tahu kau takkan buat perkara bodoh tu. Kau isteriyang baik. Lainlah aku, kalau Zaim, dah lama aku kerjakan dia..!“kata Athirahyang berbunyi geram.

 

“Ouch“ rupanyaDidi terpijak serpihan kecil kaca yang tidak habis dibersihkan.

Didi menundukdan menarik perlahan serpihan halus agar tidak patah di tapak kakinya. Lukayang kedua akibat serpihan kaca.

Terhenti Dididari mengingati butir-butir kata Atirah.

 Itu kesah tengahari tadi. Kini dia perluhadapi kesah semasa dan kesah mendatang.

 

“Abang, kalauabang sudah jemu dengan Didi, buatlah yang terbaik bang! Jangan buat Didi sepertiorang bodoh..“ Didi bersuara bersendirian.

Air mata yangsudah berjujuran disika dengan belakang tangan.

“Didi, lelakimacam tu patut kena ajar“ terfikir pula Didi untuk bertindak apabila diaberfikiran kusut.

 Idea jahat tiba-tiba muncul.

 

“Jangan Didi! Bukankahkau isterinya? Kau kena hormat dia kerana dia suami kau! Baik aje kau tanya diaelok-elok.Itu lebih baik..“ Berbisik pula di hati kecil, terfikir untuktindakan yang lebih masuk akal. Terutama apabila Didi sedar statusnya di sisilelaki itu. Kepala otak Didi berserabut. Berserabut memikirkan apa yang harusdia lakukan.

Tindakan yangdrastik atau tindakan yang lebih rational?

 

Lima tahun hidupbersama dengan ikatan suami isteri, tidak pernah Didi dan Johan membangkitkansoal anak. Walaupun Johan seorang doctor, tidak pernah dia menjadikan anaksebagai alasan untuk mengenepikan Didi. Mereka sama seperti pasangan-pasanganlain. Didi menaruh kepercayaan seratus peratus kepada Johan, Dr.Johan Irfan.

Tidak sedetikpundia sangsi kepada lelaki itu. Tetapi, apa yang didengar dari mulut kawannyatengahari tadi telah membuat dirinya goyah dan ragu.

 

Yang paling menyedihkandirinya ialah apa yang dilihatnya sendiri dengan mata kepalanya beberapa jamlalu. Pandangan itu cukup menghancurkan hatinya.

Hatinya luluh!

Benar rupanyaapa yang telah disampaikan oleh si kawan. Suaminya curang, sudah sah sah di depan mata diamelihat Johan berjalan seiring dengan seorang perempuan cantik sambil tertawa. Bukanmain lagi gelak tertawa mereka.

Mereka tertawasedangkan hati Didi sakit dan pedih.

Namun Didi cubabersabar, dia tidak perlu bertindak melulu.

Nasib baikmereka tidak perasan kehadiran Didi. Didi hanya memerhati gelagat mereka dari dalamkereta di tempat pakir di hadapan klinik Johan.

Mereka terushilang bersama kereta yang dipandu oleh si perempuan.

Entah ke manalahagaknya mereka?

Didi sungguhrunsing dan bingong memikirkan.  

Sudah hampirmahu pitam rasanya. 

“I can smell something fishy is going on here.!.” kata Didi di dalamhatinya.

Wake-up Didi, you need to do something nowA.S.A.P..nak jadi apa jadilah” cuba menyemarakkan semangatnya, walaupunsebenarnya hatinya kecewa.

 

Perasaan marahnya meluap-luap. Ibaratgunung berapi Karakatau yang bersedia memuntahkan lahar panasnya. Walaupun Karakatau yang selama ini dikatakan tidurlena, kini sudah sampai masanya untuk dia terjaga.   Jangan disangkagunung berapi yang tidur, tidak akan memuntahkan laharnya?  Malah gunungberapi yang tidur ini lebih merbahaya, kerana bila-bila masa sahaja akanterjaga, dan memuntahkan lagi banyak lahar yang panas.

Kerana Didilahsi Gunung Krakatau itu!

Previous: Bab 1-1
Next: Bab 2-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora