Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 6-4

Terdengar salamdari luar. Johan dan abah terus masuk menuju ke arah Didi dan emak. Bukan mainkamcing lagi mertua dan menantu.

“Kad jemputansi Karim tu abang simpan dalam kereta kan?” tanya mak kepada abah, sebaiksahaja abah muncul.

“Adaa..” jawababah.

“Abah tahu kenak pergi sana tu mak?” soal Didi lagi.

Sangsi juga diadengan dengan abahnya.

“Boleh aje,guna GPS..” kata mak.

Amboi! Bukan main modern lagi mak danabah. Urusan memandu adalah urusan abah, tapi  mak pula yang pandai pasal GPS.

“Kesah tadi, Didi kena tanya abangdulu, takut dia on call ke apa..dia kan bergilir dengan kawannya tu..” jawabDidi perlahan.

Emak hanyadiam, mengerti tugas menantu yang tidak tentu masa. Doktor, klinik sendiri pulatu, tentu kena jaga reputasi klinik.

Jika semedangdoktor tidak ada di klinik, baik sahaja tutup klinik. Buat dimarah oleh orangsahaja.

Tidak perludisuruh abah sudah siap duduk dan menyenduk nasi. Johanpun ikut sama.

 Semua sudah terhidang, apa lagi yang hendakditunggu. Sudah tahu, hidangan untuk mereka, jika tidak untuk siapapula? Tambah pula masak asam pedas mak memang menusuk hidung. Terangkat!bestnya.

Didi dan mak pun apa lagi.. joinsekaki.

 

Riuh bunyi rumah yang selalunya sunyi.Penghuni sudah bertambah, dari dua kepada empat orang. Johan yang palinggembira. Dua hari, tidak perlu memasak atau singgah di gerai Mak Limah keranadapurnya akan berasap. Dengan resipi Mak Nora yang memang tidak ada tolokbandingnya.

 

****

 

“Nasib baik abang free, dapat balikawal, kalau tidak tukasihan mak dengan abah tunggu lama kat luar..keringlah mereka tunggu kita!” Johanmemulakan perbualan, nada berirama marah.

Didi sedangmenyisir rambut di depan cermin, buat ilmu tidak kenapa..

 Johan sedang duduk berlunjur di atas katilmembaca buku.

Johan melipat kaca matanya.

Buku juga ditutup.

“Yang Didi tak jawab phone tu kenapa?”tanyaJohan beserta dengan tangannya panjang meletakkan buku di meja sisi.

“Takkkk.. Didi tak sengaja,  tadiada  mesyuarat..abang kan tahu Didi ada mesyuarat! Didi silentkan telefon.Sebab meeting lambat habis, Didi rush nak balik, lupa langsung pasal telefon..”jawab Didi dan terus mengambil tempat, berbaring di sebelah Johan.

“Next time kena selalu check telefontu..kalau ada urgent things macam hari ini!”  sambil Johan memejamkanmatanya dan mengerutkan mukanya.

“Kenapa bang..?” tangan Didi spontanmengurut pelipis si suami.

Johan hanya membiarkan.

“Pening ke?” tanya Didi manja

“Tak.. penat aje..” jawab Johan lemah.

Tangan Didi beralih ke panggal leherpula.

Terpejam lagi mata Johan, apabila jariDidi mengurut lembut tengkuknya.

 Hilang penatnya. Perasaan marah terbang teruske Lautan Hindi.

“Sebelah kiri sikit sayang..hemm.. katsitu..hemm” kata Johan.

Seronok rasanyadapat bermanja dengan si isteri.

“Dah ke?” tanyaDidi

“Kejap lagi lahsayang..Didi memang pandai urut tenguk abang..macam ni laaa..” kata Johan.

Didi senyum,cik abang memberikan pujian.. siapa tak suka?

Didi sudahberani sekarang ini.

Strateginya dariMutiah mesti diteruskan, nekat  seorangperempuan yang bernama Didi.

MESTI!! 

Previous: Bab 6-3
Next: Bab 7-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora