Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 9-2

Johan hanyamemandang Ilham yang sudah menjinjing beg sukan dengan reket tenis terjulurkeluar. Kemudian menelek jam di lengannya.

“Aku gerakdulu.. nanti bukan kau yang kena leter, aku jugak yang kena leter Suzie. Kautahu ajelah, pedih telinga bila kena leter bini ni. Lagi pun cuti week end akunak bermain dengan princess Lia aku“ tersengeh sahaja Ilham dan bergerakmeninggalkan Johan yang masih duduk di bangku.

Belumpunjauh, Ilham menoleh sambil jari telunjuk ke arah Johan yang memandang dirinyaberedar.

“Ingat Joe,jangan tangguh lama-lama.. informDidi!” pesannya.

Terang danjelas, bunyi seperti amaran sahaja.

Iyalah, Johanterasa cemburu apabila Ilham memberitahu dia perlu pulang segera kerana inginbermain dengan anak perempuannya yang sudah berumur 4 tahun. Mereka berkahwinpada tahun yang sama. Ilham sudah mempunyai anak, yang dia bila lagi? PuteriLiyana Ilham Yusri. Entah dari mana datangnya title puteri. Mereka bukannyadari kaum kerabat manapun. Sudah menjadi trend sekarang ini ikut suka menamakananak-anak mereka dengan nama puteri, syed, wan. Sudah tidak perlu ikutketurunan atau salasilah. Nasib baik nama-nama itu yang dipilih, jika hendakikut trend barat, menamakan anak dengan nama buah seperti epal, lagi kes teruk.Cuma bayangkan nama anak manggis, duku atau durian..tak dapat hendak dibayangkan!

DoktorJohan tersengeh sendirian..

Ahhh! Buatapa hendak fikirkan hal orang, hal sendiri yang belum selesai. Banyak lagisimpulan yang perlu dileraikan. Harap-harap biarlah simpulan itu yang senangdilerai dan bukan simpulan mati. Johan terfikir soaldirinya dan Didi. Persoalan utama, macammana hendak dia membuka mulut memberitahuhal ini! Hisy.. pening juga hendak difikirkan.

Adakah Didi akan merajuk atau marahkepadanya?

Adakah Didi akan meninggalkan dirinya?

 Atau mungkin Didi akan bersetuju, mana tahu?

Banyak betul soalan yang terkumpul di dalamkepala Johan.

Johan masihduduk di bangku memandang Ilham berlalu meninggalkannya dan dia menarik nafaspanjang..

“Didi, abangharap Didi bersetuju dengan rancangan abang thistime” doa Johan perlahan, menunduk.

Diaberdiri, memasukkan tuala kecil yang sudah sedikit lembab oleh peluh dan reketke dalam beg. Lemah sahaja, dan dia juga meninggalkan padang tenis yang masihriuh dengan pemain-pemain lain yang masih rancak memukul bola masing-masing.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora