Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 4-2

Semingguberlalu, saban petang Didi ke klinik Johan, tetapi tidak pernah berselisihmahupun  bertemu dengan perempuan Sarawak yang dikatakan itu. Sejak seminggu jugalah Didi membuat kerja bodoh,membuat spot check, mempertahankan haknya.

Petang nantidia akan ke sana lagi, kali ini awal sedikit. Jika dia bertemu dengan perempuanSarawak itu, akan diselidiknya puas-puas. Tidak kesahlah sesekali menjadidetektif Conan. 

Namun malangsudah tidak terserempak lagi.

Hairan jugaDidi, sudah tidak ada urusan business lagikah?

Atau memangJohan menyembunyikan sesuatu. Entah-entah perempuan itu kekasih gelapnya. 

Sepatutnya takusah ditanya soalan yang tidak ada jawapan, tanya dirinya sendiri?

Sudah tidak adakerja lainkah?

 

“Puan, doktorJohan dengan pesakit sekarang ni. Boleh puan tunggu sekejap ye?” pinta Noni,penyambut tetamu cum telefon operator cum assistant klinik.

Banyakportfolio yang dipegang oleh si Noni ni.

Klinik kecil,mana mampu menggaji ramai pekerja.

Jawabnyaseorang pekerja terpaksa mempunyai banyak tugas, multi tasking.

Didi hanyasenyum dan mengambil tempat duduk di depan bilik suaminya, tanpa berkataapa-apa. Tidak mahu mengganggu, suami yang sedang bertugas, nanti nampak ketarapula dia membuat sport check!.

Majalahdibelek. Majalah yang sudah hampir lunyai. Sudah beratus tangan agaknya yangsudah menyelaknya. Dari lima minit ke sepuluh, membawa ke 20 minit. Didi sudah kerutmuka. Takkan lama sangat Johan merawat pesakit ini?

Teruk sangatkahpesakit ini?

Selalunyaconsultation paling lamapun 15 minit. Itupun jarang berlaku, pukul rata 5 ke 10minit sahaja.

“Lama lagi keNoni? Patient ni…sakit apa ya?” tanyaDidi kepada Noni.

Dia sudah mulasyak!

Noni hanyatersenyum dan diam. Urusan pesakit dan doctor tidak boleh dihebahkan kepadasesiapa, butir-butir pesakit  strictly confidential.

“Saya masuk aje,boleh..?” Tanya Didi.

“Jangan puan,kejap lagi keluarlah tu..” kata Noni menyedapkan hati Didi.

Dia sejakakhir-akhir ini, cukup cemburu dengan suaminya.

Perubahanhormone barangkali. Umur sudah mencicah 32 tahun. Sudah 30 karat.

Yang hairannyahormone cemburu pulak yang melebih-lebih.

 

Tersentak Didiapabila terkuak sahaja pintu bilik Johan, guestwho yang Didi nampak?

Yang keluarialah perempuan Sarawak itu, bukan main lagi senyum lebarnya.

PerempuanSarawak yang dia nampak bersama suaminya seminggu yang lalu.

Terliang liungberjalan dengan bajunya yang ketat dan singkat. Rambut paras bahu, dilepasnya. Bukan main lagimake-upnya, merah sana sini. Berjalan seperti model memperagakan pakaian yangtidak cukup kain. Namun tidak dapat dinafikan, perempuan itu memang dalamkategori cantik, jika lelaki melihat tentu tertoleh-toleh.

Jika perempuanseperti Didi pun mengaku cantik, maka cantiklah perempuan itu.

Perempuan, jikasudah kena make-up, tentu nampak cantik, tetapi cantik tidak asli, kecantikanyang menipu diri sendiri.

Didi hanyamemandang perempuan itu beredar.

Yang hairannya,dia keluar tanpa mengambil ubat.

Didi kerut lagimukanya, pasti perempuan itu bukan pesakit.

Hati yangperlahan-lahan sejuk, membara semula.

Entah-entahbetul kata si Tirah tu.

Jangka suhumerangkak naik..

Cool Didi,cool.. bisik kepada diri sendiri. 

Previous: Bab 4-1
Next: Bab 4-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora