Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 7-6

SebenarnyaDidi tidak tahu menahupun  apa-apa. Pertemuanyang tidak dijangka dengan Johan. Mereka bertemu di Genting Highlands. Didibersama teman sepejabat kerana kursus, Johan pula berada di sana kerana inginmenghilangkan diri dari mendengar leteran mummy. Bukan mereka rancangpun.Itulah dikatakan jodoh dan pertemuan rahsia ALLAH.  Bertemupun sebab hendak minta tolong si jejakayang duduk berseorangan untuk membantu mengambil gambar Didi dan Tirah. Asyikgambar sorang-sorang sahaja, tidak ada gambar mereka berdua kerana tidak adaorang yang boleh diminta tolong. Kerana sudah membantu, Didi dan Tirah belanjamimun.Cerita punya cerita, rupanya mereka belajar sama University, di UKM. Selepasitu, Johan melanjutkan pelajarannya ke UK. Patutlah seperti pernah berjumpa!Johan senior mereka rupanya, Seorang jurusan kedoktoran dan seorang lagi jurusanpolitical sains. Itulah, ada chemistrykah seorang doctor dengan seorang PTD?Jawabnya, seorang bercerita pasal pesakit, seorang bercerita pasal hal ehwal politiknegara. Yang hairannya selepas beberapa kali berdating, Johan melamarnya. Didiserba salah. Hendak ditolak, Didi tidak ada alasan yang kukuh, dia pun tidakada lelaki istimewapun di dalam hidupnya. Hendak menerima, rasanya perhubunganmereka terlalu pendek.

Atasnasihat keluarga Didi, meminta Didi menerima sahaja Johan. Bercinta selepaskahwin, lebih indah dan selalunya berkekalan.. Kata orang tua-tualah.Sungguhpun memang bercinta selepas kahwin lebih indah. Cuma selepas beberapatahun ini yang goyah sedikit oleh issue ketiadaan zuriat. Bukannya Johan yangbising, tetapi keluarga. Dah lama agaknya tidak kesampaian impian mereka untukmenimang cucu. Tetapi tidaklah digesa oleh mereka, Cuma angin sepoi-sepoisahaja. Tetapi bagaikan ribut Didi rasakan.

Baru beberapa tahun ini sahaja Didi diterimaperlahan-lahan oleh mummy Rina. Baru hendak berbaik-baik, sudah pula munculsemula si Mona di dalam hidup mereka. Banyak betul halangan perkahwinan Didi.Kesah si Tracy, si perempuan Sarawak tidak settle lagi, sudah muncul pula satulagi bala, bekas tunang si suami. Aduh..sakitnya dada ini. Rasanya sepertikekurangan udara untuk bernafas. Air mata usah dicerita, bantal sudah separuhbasah. Hati sebak, mengenang nasib yang sudah menjadi pilihan kedua oleh suami.

 

Johan mendekati isterinya. Dipeluknya dan membiarkansi isteri terus menangis di dadanya.

“Di.. kenapa ni.. apa yang Didi hendak menangiskan. Abang bukan buat apa-apapun dengan si Mona tu.Abang tak sangkapun nak jumpa dia. Si Alvin yang tak tahu menahu hubungan abangdengan si Mona tu yang ajak dia join sekali. Joyce, adik si Alvinkan jugaperamugari, berkawan pulak dengan Mona tu.. itu yang dia kenal..?” tangan kasarJohan menyika air mata Didi.

Johanmembuka buku cerita yang tidak ada skrip. Skrip yang datang daridalam kepala. Skrip yang apa dia tahu. Lancar sahaja Johan bercerita.. Betuljuga apa yang dikatakan Johan. Yangdia hendak menangis bagai nak rak tu kenapa? Hendak salahkan Johan, Alvin atauMona? Silap-silap Didi hendak salahkan si Joice? Langsung tidak ada kenamengena! Jawapannya salahkan diri sendiri. Sensitive tidak bertempat, cemburu tanpausul periksa.

“Dahtu.. jom turun sambung balik makan.. abang tengok Didi makan sikit aje tadi.Abang tahu Didi lapar tu. Jom turun, abang suapkan..” kata pujukan Johan. 

Previous: Bab 7-5
Next: Bab 7-7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora