Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 1-1

BAB 1

 

DIDI

 

“Prangg…” terdengar kuat bunyi sepertikaca berkecai.

Berselerak kaca di lantai,tetapi  Didi hanya merenung sahajaserpihan kaca yang berselerak di lantai itu.

Sekarang, baru puas rasa di hatinya.

Semua habis pecah.

Benci betul Didi kepada orang yangberada di dalam gambar.

Mata tertumpu kepada sekeping kertasyang terhampar di celah serpihan kaca. Direnungnya lagi gambar yang tersadai dicelah celah kaca yang berselerak itu namun gambar tidak jejas apa-apa,segarispun tidak tercalar.

Ahhh.…tak bolehjadi! Getus Didi, geram.

Didi masihtidak puas hati. Frame gambar kristal mahalnya yang pecah, tetapi tidaklangsung mencemarkan gambar yang ada di dalam frame itu.

Mata masihtertancap ke arah gambar, dengan perasaan marah, geram dan tidak tahu apa yanghendak ditafsirkan di dalam hatinya sekarang.

Grrr...perasaanmarah yang mendidih. Sudah tahap jangkasuhu yang paling tinggi. Raksa sudah tidak terhenti ditahap maksimum. Mungkinraksa mencanak naik memecahkan jangka suhu, tetapi itu tidak terjadi kerana siraksa masih terkurung di dalam kaca kecil tersebut..

 

Terpampanggambar sepasang pengantin yang nampak mesra. Si pengantin perempuan tersenyumlebar, sengeh sehingga ke telinga. Si pengantin perempuan yang berada di dalam pelukan si pengantin lelaki.Sama cantik dan sama lawa, berseri-seri kedua mempelai. Si perempuan berkebayadan si lelaki berbaju melayu yang sedondon, siap bertanjak. Dia kenal sipengantin, kerana dialah si pengantin perempuan itu. Pengantin lelaki lagi diakenal, kerana dia adalah suaminya.

Bergambardengan aksi membunuh yang diabadikan selepas mereka bernikah 5 tahun lalu. Merekahanya berani beraksi di waktu itu sahaja, itupun hasil dari tunjuk ajarphotographer professional yang mereka tempah. Photographer yang sudah biasamengatur pose-pose mengancam begitu. Didi tahu, itu bukan hasil kerjanya yangpertama, mungkin sudah beratus-ratus pasangan pengantin yang menjadi modelrakaman kamera canggihnya, termasuk Didi dan Johan .

Jika dulu Didi pastiakan tersenyum apabila melihat gambar tersebut dan dia akan mengimbas kenanganindah bersama Johan tatkala itu. Tetapi tidak petang ini. Petang ini hatinyasakit, sangat sakit. Jika boleh, mahu sahaja dia memadamkan gambar dirinya dariberada di sebelah si lelaki. Begitu sekali bencinya.. tapi kenapa?

Memadamkandirinya dari pelukan Johan menggunakan pemadam, bolehkah?

 

Lamadirenungnya gambar yang tersadai, lalu gambar itu dikutipnya, dengan menggunakanhujung jari. Dia sudah tidak peduli dengan serpihan kaca yang berselerak. Diditahu, kaca-kaca yang tajam itu mampu melukakan jarinya. Namun itu sudah menjadimasalah utama kerana luka di hatinya lebih parah lagi, malah sudahbernanah.  

Gambar yangsudah berada di tangan dicariknya, dari sekeping menjadi dua, kemudiandikoyakannya lagi menjadi empat, dari kepingan empat keapda lapan dan dicarik-cariknyalagi menjadi, entah mungkin beratus keping!

Yang kelihatanhanyalah cebisan kecil yang sudah tidak boleh dicantum lagi. Sama sepertihancur hatinya kini.

“Padan muka..!”bisik hati geram Didi.

Gambar yangtidak bersalah, malah bukan menjejaskan apa-apapun kepada photo insan yang di dalamgambar itu. Didi tidakkesah, janji hati Didi puas, itu yang penting.

“Tak guna punyalaki! Apa lagi yang dia hendak sebenarnya.?.” gerutu Didi, geram.

 

Kata tidak mahumengalirkan air mata. Sia-sia sahaja menghabiskan air matanya hanya keranajantan itu. Tetapi perempuan, air mata mana boleh dipisahkan!

Air jernih itu sudahmengalir perlahan, keluar dari kelopak matanya. Dia cuba berlagak tabah konon,tidak mahu menangis, tetapi sebenarnya dia tidak setabah mana. Jika dia tabah,perkara bodoh yang dilakukannya tadi tidak seharusnya berlaku. Memarahi lelakiyang di dalam gambar bukan boleh berbuat apa-apa, malah merugikannya. Frame Kristalyang mahal musnah dan yang sedihnya, diri sendiri juga yang terpaksamembersihkan kaca-kaca yang berselerak itu.

Habis tu, siapalagi?    

Tangan terus mengutipserpihan kaca.

Satu persatukaca dicampak ke dalam bakul sampah.

“Aduh!..” tetibaDidi bersuara.

Didi segera menekanjarinya yang sudah luka.

Darah merahmengalir perlahan. Segera ditekan dan dicapai sehelai kertas tissue yang beradadi atas meja solek.

Kan dah kata!Jari luka terkena serpihan kaca kerana tidak berhati-hati sewaktu mengutipserpihan itu, salah sendiri  Dengan balutan kertas tissue, Didi cepatcepat berjalan mencari bekas ubat yang dia tahu di mana berada. Plaster kecil ditampal,nasib baik lukanya kecil sahaja, tetapi tetap berdarah dan cedera.

Namun masihtidak dapat dibandingkan dengan luka di hatinya.

Luka di hatinya,bukan sahaja besar malah dalam.

Mahu tidakmahu, Didi membersihkan kaca-kaca yang berselarak bersama air mata yangberjurai turun, membuatkan pandangannya kabur dek si air mata.

Mahu tidak mahukaca perlu dibersihkan sebelum mencederakan anggota dirinya yang lain pula. Cukuplahsekadar luka kecil di jari.

 

Selesaimembersihkan serpihan kaca, Didi menghempaskan badannya ke atas katil.  Air mata masih mengalir bersama sedu danesakan.

Tidak mahumenangis konon!

Tetapi lainjadinya.. kini menangis bagai hendak rak!!

Seribu satusoalan bermain di kepala.

Namun tidaksatu soalanpun yang memperolehi jawapan.

Solan pertama,Didi mahu mengetahui apa puncanya yang membuat Johan berubah.

“Kenapa kaujadi begini, adakah sebab kita tidak ada anak ke?” omel Didi sendirian.

“Abang kalauabang sudah jemu dengan Didi atau abang sudah ada perempuan lain yang abangsuka, kenapa abang tak beritahu?  Didiboleh terima. Tetapi bukan macam ni, bukan dengan cara abang berlaku curang!Sampai hati abang? Abang buat Didi macam orang bodoh! Apa lebihnya perempuanitu? Apa kurangnya Didi?” tegas Didi bersendirian.

Suarakedengaran semakin terang dan nyata sewaktu dia meluahkan perasaannya.  

Berbicarasendirian, biarkan...

Janji apa yangterbuku di dalam hatinya diluahkan.

Jangan dipendam, dikuatiri menjejaskan kesihatannyakelak.

Next: Bab 1-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora