Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 6-2

“Hisy… gerambetullah!, waktu orang mahu cepat ni.. waktu ini lah pulak jem..!” bebel Didisendirian di dalam kereta yang dipandunya.

Bukan dia tidaktahu dia akan mengalami masalah ini, tetapi sengaja buat-buat tidak mahu tahu.Sendiri salah Didi oi!

Semua keretayang berada di atas jalan merangkak perlahan, kalah kura-kura.

Itulah yangmembuatkan breakpad kereta kena kerap diganti, asyik hendak membreak sahaja,setiap seminit dua.

Kesesakanmacammanapun Didi terpaksa redah. Dia mahu pastikan Johan sudah berada di rumah.Diditakut Johan melencong entah ke mana kerana dia sudah tahu dirinya pulang lewathari ini.

Cemburu gilerDidi dengan suaminya makin menjadi-jadi.

Bukan main-main punya cemburu.

Mega merah senja sudah kelihatan di ufukbarat.

Bulan sudah bersedia  mengambil alih tugas sang mentari.

Tetapi perjalanannya masih jauh.Didalam marah-marah Didi masih mampu berfikir, sempatkah dia mengejar waktumaghrib yang pendek?

Salah dirisendiri!

Kenapa tidakmenunggu sahaja sebentar di pejabat dan selepas solat boleh pulang dengan aman.Dari terkejar-kejar tidak tentu hala seperti dikejar harimau.

Bukan ada anakyang hendak diambil di tadika ke apa?

Hanya ada budaktua yang mungkin sudah menunggu di rumah..mungkin..

Ya MUNGKIN!bisik hati kecil Didi.

 

***

 

Akhirnya sampaijuga dia di rumah.

Punat alatkawalan jauh ditikan untuk membuka pintu gate otomatik.

Didi tersenyumlebar apabila terbuka sahaja pintu pagar otomatiknya, dilihat mercedez hitamJohan sudah terpakir di halaman rumah berkembar itu. Menandakan Johan sudahpulang. Senyum sampai ke telinga. Cepat-cepat dia memakir keretanya bersebelahan.Pintu dibuka dan dia terdengar kesak kesuk bunyi yang datang dari dapur. Johanmenyediakan makan malam agaknya.

Ini yangmembuatkan dia bertambah sayang dengan si suami.

“PerempuanSarawak, kau boleh belah!. Kau tidak ada harapan untuk memancing suami aku!” Bisikhati Didi.

 Lagi sekali Didi senyum sampai ke telinga.

“Assalamualaikum..abang, Didi naik maghrib dulu..?” katanya terus berlari-lari anak, memanjattangga dengan laju untuk membersihkan diri dan bersolat.

Previous: Bab 6-1
Next: Bab 6-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora