Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 7-2

Didi sudah siap di hadapan cermin, siap bertudungsekali. Hanya perlu touch up sikit-sikit, tang muka dengan calitan gincu yangberwarna lembut dan diakhiri dengan semburan minyak wangi Easter LauderPleasure intense  

Haruman yang dia pakai sejak pertama kali Johanbelikan sewaktu singgah di duty free shop KLIA, 4 tahun yang lalu.

Johan suka bauan itu. Apa yang Johan suka, Didi suka..suka..suka..

Siap! The magic of lipstick, muka yang tadinyapucat, nampak lebih berseri, walaupun dengan calitan pewarna bibir yang nipis.

Didisenyum melihat arca sendiri yang dia perasan sudah cukup cantik.. konon…

Johansudah menyarung baju kemeja yang dihulur Didi. Segera dia mencapai seluarpanjangnya dan tali leher yang tergantung di tembol pintu.

Didimemegang tali leher sementara memerhati si suami menyarung seluar. Segera diamembantu mengemaskan ikatan tali leher, sedangkan memang sudah kemas di lehersuami, sengaja ingin merapati tubuh si suamilah tu!.

Pap! Satukucupan singgah di pipi.

 “Thanks sayang..” kata Johan.

Didi terpana,.tidak pernah secara spontan berlaku sedemikian.

Didimeraba pipi yang mendapat ciuman suami, seperti tidak percaya, betul ke?

Bolehsahaja dia membantu Johan berpakaian setiap hari, jika selalu mendapat upahsedemikian. Didi masih tercegat.

“Apatunggu lagi,  jom..!” sambil menghulurkantangannya, mengajak Didi turun bersama. Tangan yang dihulur, disambut.

Johansudah pasti mertuanya sudah menunggu di bawah.

Jikakena perli, biar dua-dua kena perli!

Terbukasahaja pintu biliknya, aroma seperti beehoon goreng, menerpa ke deria hidung. Kembangkuncup lubang hidung menghidu keenakan bau makanan.

Deriahidung memberi tindak balas kepada otak, dan tiba-tiba perut merasa lapar.

Hummmnyummy..bee hoon goreng mak..

 

“Hah..!baru turun! Emak ingatkan kau dua orang tak kerja?” sergah mak.

Baru dipertengahan tangga sudah kena serang.

Didi dan Johan berpandangan sesama sendiri, malu jugaditegur sedemikian.

Dah tahu dah, memang pasti kena perli.

“Hemm…kita orang kerja hari ni mak. Mak dan abah takapa ke tinggal kat rumah?” tanya Johan sambil menarik kerusi di meja makan.

Semua sudah terhidang. Pinggan diisinya beehoon yangsudah tersedia di dalam mangkuk. Didi pula menuang kopi buat suami dan untukdirinya. Emak dan abah sudah lama selesai sarapan apabila pinggan kosong masihberada di hadapan mereka. Merekacuba berbual-bual kosong sahaja, sementara menunggu Didi dan Johan turungamaknya.

“Takkesah.. mak dengan abah boleh aje pusing-pusing kat sini, jika bosan..” kataabah.

Mereka berbual hanya sebentar kerana Didi terpaksasegera ke pejabat. Dia harus sampai sebelum jam 9 pagi.

Lainlah Johan, klinik mula beroperasi pada jam 10 pagisetiap hari, tetapi selalu dia ke klinik awal, menyemak nama-nama pesakit yangbakal dia rawat. Sekurang-kurangnya dia sudah tahu apa penyakit yang akandiberi consultation.

Namun sudah terbiasa, mereka beredar bersaingmeninggalkan rumah.

 

Bukan niat mereka untuk meninggalkan kedua orang tuaitu sendirian. Mana sempatnya hendak mengambil cuti, tambahan kehadiran merekasecara mendadak. Nasibbaik juga mak dan abah tidak ambil pusing, walaupun mereka ditinggalkan.

Melihatanak dan menantu sihat dan ceria sudah cukup memadai. Tidak kesahlah samaada mereka berdrama di hadapan mereka atau realiti.

Previous: Bab 7-1
Next: Bab 7-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora