Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 7-5

Memangdia sudah tahu, nama Mona memang tidak boleh didengar Didi, Didi elergi dengannama itu. Terutama apabila Mona pernah hampir menjadi isteri Johan. Cumanya diameninggalkan Johan seminggu sebelum majlis pernikahan mereka, gara-garatersangkut di Paris kerana semua penerbangan pulang dibatalkan akibat cuacaburuk. Tetapi yang sebenarnya Mona memang mengelak dari bernikah dengan Johankerana sudah ada lelaki Perancis yang dia kepit ke hulu ke hilir. Mat Saleh Journalistbebas yang Mona jumpa di sana. Memang dia tidak berapa sukakan Johan, yangsentiasa terperuk  di klinik dan asyikberbau ubat. Tetapi kerana kehendak Mummy Rina, ibu Johan dan Mama Doreen, ibuMona, mereka turutkan rancangan dua sahabat baik itu.

Yang hairannya,part Mona mengikut jantan mat saleh itu tidak menjadi isu, kerana mummy Rina, percayaseratus sepuluh peratus dengan pembohongan Mona yang memberi alasan diatersangkut di lapanganterbang Charles de Gaulle. Tambahan pula hampir setiapmalam, berita di TV memaklumkan Eropah mengalami musim dingin yang melampau,sehingga hampir melumpuhkan semua operasi penerbangan. Wallahualam. Yangmenjadi tajuk utama, Johan dipersalahkan kerana mengambil tindakan membatalkanmajlis pernikahan beberapa hari sebelum majlis berlangsung, tanpa mahu menundatarikh menunggu kepulangan si Mona yang masih menggatal di Paris.  Sebaliknya Johan membatalkannya terus.

Manatidak hatinya sakit. Setiap kali gambar dari iInstagram memaparkan bakal isteriyang bukan main lagi manja dan extra mesra bersama dengan lelaki bukan muhrim.Sudah seperti laki bini, berpeluk sana berpeluk sini.  Perempuan macam itukah yang harus dia terimasebagai isteri? Mummy sahaja yang masih bersangka baik, masih memujuk hatinyamenyatakan yang si Mona sedang bertugas. Tugas apa ke bendanya, kalau berpelukkalah orang puteh. Itu tugas perempuan jalang, bukan tugas peramugari! Itulah, orang selalubersangka buruk dengan profesion seorang peramugari. Di luar negara selalubersosial di luar batas. Sedangkan tidak semua yang melakukan sedemikian.Disebabkan oleh nila setitik, rosak susu sebelanga. Disebabkan oleh perempuan-perempuanyang berperangi seperti Mona, ramai beranggapan semua peramugari berperangaisama. Kasihan mereka. Bukan salah profesion. Sepatutnya profesion itu memberikhidmat dan bantuan kepada pelanggan di udara sahaja, yang rajin sangat hendakmenghulur khidmat dan bantuan di luar jadual siapa suruh?.

Hanya orangyang buta sahaja yang tidak dapat menilai yang mana betul dan yang mana salah. Salahseorang yang buta itu, ialah mummy Rina. Apa sahaja yang dibuat si Mona gedik,semua cantik di matanya. Entah apa yang diberi makan oleh Mona, sampai begitusekali dia mendapat sokongan emak mertua tidak jadinya. Bab pakaian tidak usah hendakdicerita, memang selalu tidak cukup kain dan sendat seperti sarung cempedak. Kononnya,mammy Rina ingin Johan  berusaha untukmengubah Mona perlahan-lahan, apabila Mona sah menjadi isterinya. Tetapi sayang,tidak kesampaian, dia sudah cabut., Alhamdulillah, lega hati Johan.

 

Lamajuga perang dingin Johan dengan mummy Rina. Tambah-tambah lagi, dia kehilangankawan baiknya Doreen, besan tidak jadi. Hanya Megat Kamil dan papa Darus sahajayang tidak mahu campur hal urusan kedua isteri mereka. Soal jodoh anak-anakmereka serahkan kepada pemilihan anak-anak itu sendiri. Dah Johan membatalkanmajlis nikah, Megat Kamil boleh buat apa? Diapun terasa malu juga apabilamelihat photo-photo anak perempuannya yang terover bebas. Malah dia masihberkawan dengan Papa Darus. Nothingpersonal. Yang kecohnya isteri-isteri mereka. Mereka seperti menolak takdir pula, itulahnamanya mereka berdua tidak ada jodoh! Yang hendak memaksa mereka kahwin tu,buat apa!

 

Tup-tuptidak sampai 3 bulan, Johan muncul dengan calon isteri yang entah dari mana diakutip, Johan dapat penganti begitu cepat sekali.  Menambah lagi api kemarahan  mummy Rina? Didilah yang dimaksudkan. MummyRina menuduh Didi punca Johan membatalkan pernikahannya. Nauhuzubillah. Bertahunjuga Didi berusaha mendekati ibu mertuanya. Kena pula Didi tidak sophisticated sepertisi Mona, malah bertudung. Lagilah makcik itu bengang. Minah salut kelambu yangdipilihnya. Sedangkan Didi tidaklah berjubah setiap masa. Dia berpakaianmengikut tempat. Jika ke pejabat, dia akan berpakaian yang layak untuk ke pejabat.Jika keluar beriadah atau bertemu teman, lain pula cara pakaian dan pemakaiantudungnya. Yang penting, mesti bertudung, menutup aurat dan pakaian yang kemas sertasopan. Cuma pada hari bertemu bakal mertua yang Didi berjubah. Bukanpun jubahhitam. Jubah yang sopan dan menarik. Cuma jika sudah tidak berkenan orangbertudung, pakai apapun masih tidak berkenan.

Previous: Bab 7-4
Next: Bab 7-6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora