Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 8-2

 

“Johanmana?” tanya Mummy sebaik sahaja Didi menghulurkan tangannya untuk bersalam.

“Ada katkereta, ambil beg pakaian, kejap lagi dia masuklah  dia tu mum” jawab Didi.

Mata Didimelilau mencari insan-insan lain di dalam rumah banglow. Papa dan insan yangdicari semestinya Anne.

“Papa manaMum..” tanya Didi lagi.

“Apa lagi,kalau tak ke golf club, kejap lagi baliklah dia tu. Mummydah inform minta dia balik cepat hari ni. Familygathering.., kalau dia tak balik, mummy nak rebus aje bola golf dia tu..”jelas mummy.

“Hah, mummy nak rebus  bola golf?” tanya  Didi dengan nada sedikit terkejut.

“Haah..,kalau papa tak balik.. tapi sanggupke mummy ni.. cakap aje yang lebih, bilapapa dah  di depan mata, semuanya lupa..”jawab mummy lagi.

Didisengeh. Begitulah perempuan, cakap tidak serupa bikin. Di belakang suami bukanmain lagi garang macam harimau. Bila suami sudah di depan mata, harimau terusjinak, jadi harimau sarkis, harimau sudah sorokkan kukunya. Ingatkan hanyadirinya sahaja yang berperangai sedemikian, rupanya mummypun begitu. Agaknyasemua perempuan yang bergelar isteri perangai sama!

“Anne?”tanya Didi lagi.

“Entah!kata keluar kejap, cari barang toiletries yang dia sesuai. Apa yang Mummybekalkan dalam rumah ni, dia tak guna jenama tu, katanya. Ishy macam-macambudak-budak sekarang..” rungut Mummy sambil menanti Johan yang berjalanmenghalanya.

KelihatanJohan yang menjinjing beg pakaian kecil. Hanya sepersalinan sahaja. Yang lainsudah tersedia di dalam bilik mereka. Beg diletak dan tangan dihulur lalumencium tangan Mummy.

 

“Kakakk..”semua tertoleh ke arah suara. Anne memanggil Didi.

“Apa khabaradik kakak..” mereka berpelukan.

“Anne sihataje..” hanya menganguk kepala.

“Kak, Annerasa akak kurus sikitlah, baru enam bulan tak jumpa akak dah lagi slim macam ni.Abangtak beri cukup makan ya?” tegur Anne.

Sambil Anne mata menjeling ke arah Johan,si abang.

“Mana ada? Semua cukup. Anne jangantuduh abang tak tentu pasal ya?” balas Johan.

Cepat sahaja Johan menjawab. Anne tutupmulutnya, menahan ketawa. Didi juga. Anne hanya menyakat abangnya. Itupun takboleh ke? Sejak bila pula mudah sensitive, tidak boleh bergurau?

Namun tetap menyambut salam tanganlembut adiknya. Anne membetulkan tudung kepalanya, lalu berjalan seiring denganDidi menuju ke dapur di mana Mummy sudah menunggu. Johan ke bilik mereka di tingkatatas untuk menghantar beg yang berisi pakaian sepersalinan. Mereka bermalam di rumahitu malam ini gamaknya.

“Cuti berapa lama kali ni, Anne?” soalDidi sambil tangan membantu apa yang patut.

“Sebulan setengah kak, dah malas nakronda Europe tu.  Rasanya Anne dah redahtempat-tempat yang patut Anne sampai,cukuplah…syukur alhamdullillah..” Anne mengerutkan mukanya apabila melihat Didi.

“Akak adamasalah ya? Anne dapat rasa akak macam tak happy aje? Abang Johanbuat hal ke? atau Mummy…?” soal Anne.

“Tak..tak…bukan abang atau mummy,nanti-nantilah akak cerita. Hari ini, kita lupakan hal akak buat sementara, okey!akak nak dengar ceria Anne pulak?” kata Didi riang.

“Hemm.. okey, akak nak dengar ceritaapa? Cerita Cinderella yang pengotor kerana berkawan dengan tikus atau Ponochiosi budak kayu yang suka berbohong. Anne boleh cerita juga kesah puteri yangpemalas yang kerjanya asyik tidur, tidur , tidur sampai bertahun tahun macamsleeping beauty tu.. which one, you nameit..Anne boleh cerita..” Anne bergurau sambil tangan melengkar di bahusatu-satunya kakak yang dia ada.

“Hisy.. budak ni.. akak serious ni Anne.Akak bukan nak dengar fairy tales, itu hanya fantasy. Dah namanyapun fairytales, cerita dongeng, hendak buat apa percaya..ni.. akak nak dengar ceritabetul, reality.. kesah Anne.” Sambil tangan Didi juga melengkar di bahu adikiparnya.

“Hemm.. ingatkankan cerita macam tu yangakak nak dengar..sebab orang suka dengar cerita fantasy macam tu.. cerita yangdireka-reka. Tak caya, biar Anne try. Kalau Anne cerita sebenar, tentu bosannak dengar, kalau masukkan sikit fantasy, tentu sampai meleleh air liur nakdengar, nak tahu apa yang akan berlaku next.. macam baca cerita novel, dah taksabar-sabar nak tahu ending. Last-last, baca beberapa muka surat di depan.Lepas itu baca beberapa chapter di tengah dan terus selak last page nak tahuapa kesudahannya, betul tak?.”  Kata Annesambil tersenyum. Dialah tu agaknya bila baca novel. Main-main bacatebuk-tebuk. Jika buku ilmiah studynya yang dibuat begitu, baca maintebuk-tebuk, mahu kena repeat setahun lagi. Silap-silap dia buat salahtafsiran. Mana tidaknya, dah baca tak katam.

“Itu kalau baca novel dek.., ini akaknak tahu cerita Anne..kat Swiss sana tu..bilalah agaknya akak nak sampai sana?”

“Cerita Anne tak menariklah kak..Macamni lah kak, cerita Anne, pagi pergi kuliah, petang balik rumah. Hujung minggu keluar hangout dengan kawan-kawan dankadang-kadang tu cycling.. pusing-pusing Zurich… kalau ada ceramah agama yangdalam bahasa inggeris kat masjid sana, Anne pergilah..itu aje” jawab Anne.

“Ceramahdalam Bahasa German Swiss Anne tak pergi, tak faham hendak pergi buat apa? Bunyimacam tak exciting langsungkan?  But actually it is.. I love my life..”Tersenyum Anne memandang Didi yang membulatkan matanya.

“Akak tu.. pujuklah abang bercuti katsana.. sementara Anne ada. Nantikalau Anne dah balik, mana nak ke sana lagi? ..” pujuk Anne.

“Bolehlahkak, pujuk abang tu.. boleh honeymoon sekali lagi. Akaksama abang duduk atas gunung kat sama, guarantee best punya..bolehguling-guling atas snow macam Bollywood..” pujuk Anne.

“Nanti.. nanti lah, akak try. Abang tu asyiksebok aje.. tulah!!” jawab Didi.

“Kau orangberdua, tunggu apa lagi, jom .. tu ah, Papapun dah balik.” Tegur Mummy memintasperbualan yang baru hendak panas, meminta Didi dan Anne ke meja makan di ruangdapur.

Didipandang Anne, Anne pandang Didi, kemudian keduanya tertawa.

“Nasib baik balik, tak adalah terhidangbola golf..” kata mummy.

Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Apa pula mummy bercerita pasal bola golf? Hanya Didi dan mummy sahajayang faham. Selamat kau bola golf, kalau tidak tentu kena rebus!.

Previous: Bab 8-1
Next: Bab 8-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora