Home Novel Kisah Hidup Perempuan
Bab 2-1

Bab 2

 

JOHAN

 

Terkejut Didi darilena, apabila terasa ada tangan kasar menyapa di dahinya, namun dia tetapmembatukan dirinya.

Hatinya masihsakit dan bengkak.

Dia memang tahusuaminya seorang doktor, sampai terbawa-bawa tugas seorang doktor sehingga ke rumah! 

“Sudah balikrupanya syaitan gondol sorang ni..!” bisik hati geram Didi.  

Didi tidakmenyedari kepulangan si suami kerana terlelap setelah penat mengamuk danmenangis. Namun dibiarkan sahaja tangan kasar itu melekap di dahinya.

Tidak mampuditepisnya  Bagaikan telapak tangan Johan ada mempunyai kuasa magis, yangmembuat hati Didi yang sakit tiba-tiba terus beransur pulih.

Tadi bukan mainlagi marahnya, bagaikan gunung berapi Karakatau konon! 

Kini sudahtidak jadi gunung merapi lagikah?

Sudah jadibukit sahaja agaknya, bukit yang hanya dipenuhi rumput. Bukit yang diammembatu, dan tidak ada lahar yang hendak dimuntahkan...

Hanya keranasentuhan tangan kasar lelaki yang dibenci itu sudah di dahinya. telah berjayameredakan sedikit rasa marah.

Mudah sungguh kaumengalah, Didi!

Hanya dengansedikit sentuhan, dia sudah cair.

Betul kataAtirah, dia seorang isteri yang lembut, baik dan mudah mengalah.

Sifat-sifat inimenjadikan salah satu sebab untuk Johan dengan mudah mengambil kesempatan keatas kelemahan dirinya.

 

Tetapi jikadifikirkan, Johan tidak pernah membuat kesalahan kepadanya.

Kenapa mestidia hendak marahkan si suami?

Johan sentiasapulang ke rumah, walaupun ada sesekali pulang lewat, tetapi pasti memberitahupenyebab kelewatannya. Penyebab yang di berikan selalu masuk akal.

Jikakepercayaan yang diberikan oleh Didi membuat Johan mempergunakannya, itu adalahtidak wajar. Memanglah Johan lelaki tidak berguna!

Menyala semulaapi kemarahan Didi.

Penjelasanperlu Johan berikan, agar Didi faham, terutama dengan insiden yang sungguhtidak enak dipandang oleh Didi petang tadi.

“Okey! Sekarangabang hendak mempermainkan Didi ya? Fine!.Lets the game begin.” bisik suara hati Didi yang geram.

 

“Sayang. sayangtak sihatkah?”tanya Johan kepada Didi yang tidak bergerak.

Dia masihmembelakangkan dirinya dari Johan.

Johan kerutmuka. Dari pegangandahinya, tidak ada haba yang boleh dikategorikan sebagai demam. Tetapidibiarkan sahaja, perempuan yang masih mendiamkan diri itu.

Bukannya diatidak kenal perempuan yang terbaring itu?

Dia sudah kenallama. Bukan sehari, atau dua hari dia kenal? Sudah lebih dari lima tahun, merekaberkongsi segalanya. Dia sudah tahu luar dan dalam, juga apa yang tersirat atautersurat di dalam hati.

Tetapi petangini lain sedikit perangainya.

PMS agaknya tu,bisik hati kecil Johan. 

 

“Sayanggg.. ,kut iapun tak sihat, nak rehat, tukarlah baju tudulu.  Tentu sayang tak selesa?” sambungJohan cuba memujuk. Bukan main lagi lembut bicaranya.

“Nak abang tukarkan..?”bersuara lagi Johan dengan nada mengoda, cuba bersuara kerana tidak ada jawapanyang diterima.

Didi masih diammembatu.

Ibaratberbicara dengan dinding sahaja lagaknya.

 Johan julingkanmatanya ke siling. Difikirannya memikirkan, memang ada yang tidak kena denganperempuan ini!

Sah PMS!

 

Previous: Bab 1-2
Next: Bab 2-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rose Ezadora