Home Novel Keluarga Tertulis di Hati ( Pergi Bersama Janji)
Tertulis di Hati ( Pergi Bersama Janji)
Azilah Wahab
26/8/2014 18:34:32
32,023
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 5

BAB 5


ZAFRAN hanya memandang tindakan Marissa Norhanis mencabut kad sim dari belakang tubuh telefon bimbitnya itu. Kad sim itu kemudiannya dibaling keluar dari cermin tingkap kereta.

“Sabarlah sayang. Simcard tu tak bersalah pun. Kenapa dibuang?” soal Zafran lembut. Cuba memujuk Marissa Norhanis. Isterinya nampak sungguh tertekan.

Marissa Norhanis membungkam.

“Bersabarlah ya sayang. In sha ALLAH, abang akan sentiasa di sisi sayang. Saat susah dan senang. Abang cuba lakukan yang terbaik untuk kita hidup bersama, demi rumah tangga yang baru saja kita bina. Pengorbanan Marissa untuk abang terlalu besar. Terima kasih ya sayang.” Zafran memujuk.

Marissa Norhanis tidak bersuara. Esak dan sendu tangisnya masih bersisa. Matanya sembab. Hidungnya merah dan berair. Sudah banyak helai tisu dari kotak di depannya ditarik. Apabila tisu itu basah dan renyuk, diambilnya tisu yang lain pula.

“Abang tak sangka sedemikian reaksi mereka. Tetapi, In sha ALLAH, abang percaya, satu hari nanti, ibu dan ayah akan terima sayang semula. Juga abang sebagai menantu mereka. Setiap percintaan akan diuji dengan bermacam-macam dugaan. Semua ini daripada Tuhan untuk melihat kekuatan cinta kita.

Teguhkah atau rapuhkah? Buat masa ni, sayang kena banyak bertenang. Abang akan sentiasa ada di sisimu. Abang akan jadi pelindung sayang sehingga ke hujung nyawa abang. Abang berjanji untuk setia dengan sayang sampai bila-bila,” sambung Zafran panjang lebar apabila kata-katanya tidak bersambut balas daripada Marissa Norhanis.

“Tengok… mata sayang dah bengkak macam kena gigit tebuan. Hidung berair macam budak kecik selsema. Hingus meleleh sampai ke dagu. Siap ada gelembung lagi. Eeee…yerk!” usik Zafran.

“Abang! Mana ada?” marah Marissa Norhanis seraya menampar manja bahu Zafran. Zafran tergelak senang dapat mengusik isterinya.

“Abang laparlah. Kita berhenti makan dulu. Lepas tu kita solat. Boleh jamakkan saja. Macam mana?”cadang Zafran.

“Alahhhh…takkan nak berhenti dengan muka sayang macam ni?” Marissa Norhanis macam tak bersetuju dengan cadangan suaminya.

“Kenapa?”

“Malu orang tengok.”

“Laa…malu buat apanya? Yang penting sayang tetap cantik menawan di mata abang. Kaulah satu-satunya wanita yang membuatkan diriku berasa nak terbang ke angkasa lepas lantas memetik bintang-bintang. Dirimu jua telah membuatkan aku berasa nak menyelam ke dasar lautan, mengutip mutiara terindah. Walau apa pun rintangan mendatang, abang akan berusaha untuk menghadiahkan sesuatu yang manis dan berharga untuk sayang. Sesiapa pun tidak pernah memberikan kebahagian itu kepada sayang, kecuali abang.”

“Ya lah tu. Abang, kalau buat ayat memang pandai…”

“Sayang…abang bukanlah sasterawan negara. Abang hanyalah insan biasa yang memburu cinta sang puteri. Mujurlah hamba yang hina dina ini diterima cintanya oleh Sang Puteri Kayangan. Lantas, ku syukuri nikmat ini kerana Puteri Kayangan sanggup meninggalkan istananya. Sungguh, tak kusangka… seorang pengemis cinta seperti hamba ini dapat melayari bahtera perkahwinan dengan puteri impian. Terima kasih tuan puteri.” Zafran bersuara teruja, meluahkan segala isi hatinya. Sesekali tangan kirinya nakal mencuit dagu dan menyentuh lembut pipi gebu Marissa Norhanis. Sebelah tangan lagi , memegang stereng kereta.

“Alah…sudah-sudahlah bertuan puterinya abang. Nak turun ke tak nak? Jangan asyik berputeri kayangan, stereng tu pegang elok-elok.” Marissa Norhanis mengingatkan suaminya. Zafran tergelak manja. Nada suara Marissa Norhanis tidak berbunyi sedih lagi.

‘Okeylah tu,’ bisik hati Zafran.

“Oooo, abang. Nak turun ke tak?”Marissa Norhanis mengulangi pertanyaan.

“Eh, mestilah nak! Kan abang dah cakap, abang lapar. Sayang tak lapar ke?”

“Laparlah bang. Dah jam berapa ni? Tengahari tadi, kita langsung tak makan. Kita berhenti je lah makan kat mana-mana . Okey?”

“Baik Tuan Puteri Marissa Norhanis. Kita berenti makan kat Air Keroh ya?”

“Mana-mana sajalah bang. Asal dapat isi perut.”

“Sayang tu buat-buatlah senyum. Sampai Air Keroh nanti, muka jangan keruh pulak. Pergi wash room dulu. Basuh muka dan touch up sikit. Sayang abang kan cantik. Tambah cantik kalau sayang make up untuk abang.” Zafran memandang sekilas ke wajah Marissa Norhanis. Masih sempat mengenyit mata.

“Pegang stereng tu baik-baik bang. I kat sebelah abang je ni, nak main kenyit-kenyit mata jugak ke?” tegur Marissa Norhanis. Bimbang juga dengan sikap Zafran. Macamlah pro sangat memandu. Macamlah tak ada kenderaan lain yang bertali arus.

Teguran Marissa Norhanis bersambut ketawa Zafran yang berdekah-dekah. Senang hati nampaknya dia melihat perubahan emosi Marissa Norhanis

“Kenapa? Tak bolehkah seorang suami bermain kenyit-kenyit mata dengan isterinya?”

“Eh, bukan I cakap tak boleh main kenyit-kenyit mata, bang. Lebih dari tu pun boleh…”

“Hahhh…lebih dari tu pun boleh?” Zafran berpura-pura terkejut. Tiba-tiba saja dia buat muka gatal.

“Yum…yum! Ni buat abang rindu lebih kat sayang ni,” ucap Zafran sambil mendaratkan tangan kirinya di bahu Marissa Norhanis.

“Ermmm…tapi agak-agaklah. Abang kan tengah memandu,” balas Marissa Norhanis lembut seraya melentokkan kepalanya di bahu Zafran. Zafran tersenyum senang. Lengan isterinya itu diusap-usap mesra.

“Abang, nanti tolong belikan nombor telefon baru untuk I, ya?” pinta Marissa Norhanis.

All right, sayang!”

“HEI, ZAFRAN! You buat apa kat sini?” sapa satu suara. Zafran yang sedang enak menikmati makanan tersentak. Dia berpaling mencari empunya suara yang menegurnya. Marissa Norhanis turut memanggungkan kepala.

“Eh, Carmen!” Zafran terkejut.

Zafran,what are you doing here? Ni siapa?” soal Carmen. Matanya melirik pandang ke arah Marissa Norhanis.

“Oh…I berhenti makan kat sini. You nak pergi mana? Dengan siapa?” soal Zafran pula tanpa menjawab soalan Carmen. Kepala Zafran melilau ke kiri kanan, macam mencari seseorang.

“Hai, I’m Carmen.” Carmen memperkenalkan dirinya kepada Marissa Norhanis. Mereka berjabat tangan.

“I’m Marissa. Zafran’s wife.”

“What? Your wife, Zafran?”Carmen bertanya dengan air muka tidak percaya. Sesekali matanya memandang ke arah Zafran. Sesekali juga dia merenungi dalam-dalam ke seraut wajah polos Marissa Norhanis.

“Carmen, actually…”Tutur kata Zafran termati di situ. Zafran nampak serba salah mahu bercerita.

“Ya, Carmen. Kami baru saja menikah. Baru seminggu,” sampuk Marissa Norhanis tanpa berselindung. Pada hemah Marissa Norhanis, dia perlu menghebahkan status dirinya yang kini bergelar isteri kepada Zafran.

Raut wajahnya manis, cuba mempamerkan kebahagian pasangan yang baru bernikah. Sengketa keluarga dan lara di hatinya diletak ke tepi buat sementara. Lupakan segala kesedihan demi membina hari-hari bahagia bersama suami yang dicintai. Biarlah kisah sedih itu antara dia dan keluarga saja, insan lain tak perlu tahu.

“Menikah? Oh, my God! ” Penjelasan Marissa Norhanis membuatkan air muka Carmen berubah sama sekali. Sejeda, Zafran terkelu bicara. Marissa Norhanis terpinga-pinga melihat reaksi Carmen.

“Oh, bukan main lagi you! Bernikah senyap-senyap. Tak ada hujan, tak ada ribut. Ini kali ke berapa dah?” Sinis suara yang meluncur keluar dari bibir Carmen.

“Carmen!” Zafran menujah tajam ke kornea mata Carmen. Nada suaranya yang keras menekan cuba dikawalnya. Reaksi Zafran mahu memarahi Carmen. Tetapi melihatkan Marissa Norhanis yang tercengang-cengang memandangnya, tindakan Zafran terbantut.

Carmen, yes…she is my wife.” Zafran tersenyum memandang Marissa Norhanis. Marissa Norhanis turut tersenyum kala matanya beradu tepat dengan mata Zafran.

I love her very much,” tokok Zafran lagi. Carmen merengus perlahan.

“So…please, jangan ganggu kebahagiaan kami, Carmen!” Zafran menyambung ayat. Kali ini, nada suaranya terkawal.

“Tapi Zafran, ni yang ke berapa dah?” soal Carmen geram. Kemudian, dia mengetap bibir.

“But…it nothing to do with you!” marah Zafran. Rahangnya berlaga kejap. Matanya mencerlung marah memandang Carmen.

“Ermmm…excuse me, apa maksud you Carmen? Yang dah ke berapa?” soal Marissa Norhanis tidak faham.

Hidangan di depan mata tidak lagi disentuhnya. Perbualan Zafran dengan wanita berkacukan Cina Serani itu kedengaran serius di cuping telinganya.

“Ohhh…nothing, Marissa!” Carmen cuba memaniskan wajah meskipun Marissa Norhanis nampak tidak berpuas hati dengan jawapannya.

“Just forget about it. Kita lupakan saja, ya?” sambung Carmen.

Dia sengaja melarikan topik perbualannya tadi. Wajah Zafran yang merah padam membuatkan Carmen faham. Zafran sedang menahan marah terhadapnya. Carmen pun tidak mahu mengambil risiko, mencari masalah dengan Zafran kelak.

“But frankly speak, you sangat cantik Marissa. Jelita. Sayangnya, I lambat mengenali you, sebelum you mengenali Zafran.” Carmen bersuara. Pandangan matanya melekat lama ke wajah Marissa Norhanis.

“Carmen…please, tinggalkan kami. I tak nak bergaduh dengan you di sini!” Zafran bernada lembut tetapi tegas. Carmen mencebir bibir. Konon tidak terusik perasaannya dengan suara Zafran yang meninggi.

“Okeylah. By the way…nice to meet you Marissa. Have a nice honey moon,” ucap Carmen sebelum berlalu pergi dari situ.

Sekali lagi, Marissa dan Carmen berjabat tangan. Kemudian, Carmen berjalan menuju ke ruang parkir kereta. Zafran menarik nafas lega apabila tubuh Carmen sudah beredar dari situ.

Lenggok gaya Carmen yang tinggi lampai menarik perhatian Marissa Norhanis. Carmen memakai skirt labuh dengan blouse beropol mengikut potongan badan. Rambutnya lurus beralun, mencecah ke pinggang. Dia berwajah kacukan dan bersolek secara sempurna.

Carmen begitu cantik dan bergaya di mata Marissa Norhanis. Sesekali, Carmen berpaling ke belakang dan tersenyum memandang Marissa Norhanis. Mereka berbalas senyuman.

‘Eh, macam dia tahu-tahu saja yang aku duknilai perihal dirinya,’ bisik Marissa Norhanis. Kala Carmen melambai tangan ke arah Marissa Norhanis, dia turut melambai balas.

Zafran buat tidak peduli. Dia meneruskan suapan, menghabiskan sisa-sisa nasi di dalam pinggan.

“Who is she?” soal Marissa Norhanis berminat sebaik saja kereta Carmen menderam pergi. Kornea matanya beralih pula ke wajah Zafran yang sedang enak mengunyah makanan.

“Siapa? Carmen?” soal Zafran lagi. Marissa Norhanis mengangguk.

“Sayang…I don’t know who is she actually. But some thing you have to know about her…” Zafran bercakap dengan nada berbisik.

About what?” soal Marissa Norhanis ingin tahu

“Ermmm…dia tu perempuan dua alam,” cerita Zafran ringkas. Sesekali matanya melilau ke sekitar kedai makan. Takut pula ada yang menelinga. Walaupun tidak ramai pengunjung di kedai makan itu, tetapi kata pepatah, cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.

“Perempuan dua alam? Apa maksud you, abang? I tak fahamlah.” Terkejut Marissa Norhanis mendengar perkataan dua alam itu.

“Adoi sayang ni…itu pun tak faham ke? B. I. S. E. X lah!” sambung Zafran lagi sambil menyebut satu persatu huruf. Mengeja perkataan yang dimaksudkan.

“Hahhhh? Astargfirullah hal azim! Betulkah bang?” Marissa Norhanis hampir terjerit mendengar cerita Zafran.

So, beware! Abang tak suka sayang dekat-dekat dengan orang seperti Carmen. Cara dia pandang sayang pun, dia macam tertarik kat you. Siap puji-puji isteri abang cantik. Abang takut, cantik pada dia, ada makna tu. Eiii…geram betul abang!”marah Zafran.

“Tapi, betul ke ni? Macam tak caya aje.” Marissa Norhanis berkerut dahi.

“Betul ke, tak betul ke, percaya ke, tak percaya ke, kena percaya juga. Dengar cakap abang. Ingat tu!”

“Tapi, macam mana abang tau dia macam tu? Silap-silap tuduh, berdosa kita bang.” Marissa Norhanis mempersoalkan kata-kata suaminya.

“Alahhh...abang tahu lah. Tapi panjang sangat ceritanya nak perincikan satu persatu. Dipendekkan kisahnya, dulu…Carmen tu beria-ria nak tackle abang. Abang aje tak layan. Eiii…tak bernafsulah dengan perempuan macam tu. Lelaki nak, perempuan pun nak juga. Eeii yerk! ” tegas Zafran dengan muka geli geleman. Mendengar cerita Zafran, Marissa Norhanis terpana.

“Ermmmm… lain kali, kalau Carmen ada cari sayang kat mana-mana, elakkan beramah mesra sangat dengan dia. I’m crazy jeolous,tau?! Abang tak mahu sayang terjebak dengan perempuan tu. Abang tak mahu sayang terpikat dengan cara dia. Carmen memang pandai memujuk…”

“Terpikat dengan dia? Ishhh…Nauzubillahi mim zalik! Mengarutlah abang ni. Geli geleman pulak badan I dengar pasal Carmen ni.”

“Dah, kalau geli geleman, jom lah kita balik!” ajak Zafran. Makanan sudah licin di dalam pinggan. Air juga langsung tidak berbaki di dalam gelas.

“Eh, kita ke surau dulu lah bang! Kata tadi nak sembahyang jamak takhir, maghrib isyak. Takkan nak terus balik pulak?” Marissa Norhanis mengingatkan seraya memandang jam tangannya. Tepat pukul sembilan malam.

“Ha ah la. Abang lupa lah pulak!”

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.